CHONG Wei (kiri) meraikan kejayaan menang perak bersama (dari kiri) Lin Dan (pemenang emas), Chen Jin dan Park Sung-Hwan (pemenang gangsa) selepas upacara penyampaian pingat badminton perseorangan lelaki di Stadium Gimnasium Tianhe, malam tadi.
Gagal akhiri penantian 40 tahun emas negara
PENANTIAN 40 tahun pingat emas acara perseorangan badminton di Sukan Asia masih tidak kesampaian apabila jaguh negara, Lee Chong Wei disekat juara Olimpik, Lin Dan dari China dalam pertarungan final, malam tadi.
Dengan rekod seimbang 1-1 tahun ini tetapi pemain ranking keempat dunia itu di depan 13-7 sepanjang kerjaya, Lin Dan yang mendapat sokongan padu peminat tempatan, nyata lebih unggul untuk menidakkan hasrat Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia dengan kemenangan 21-13, 15-21, 21-10 dalam tempoh sejam 12 minit.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas Sukan Asia ialah menerusi Datuk Punch Gunalan pada edisi 1970 di Bangkok manakala dua percubaan Rashid Sidek dan Chong Wei sendiri di Doha 2006 sebelum ini gagal. Kekalahan semalam turut menafikan sasaran dua emas kontinjen negara pada temasya ini, selepas beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut tewas di final, kelmarin.
Sejak awal set pertama, Lin Dan menguasai gelanggang mendahului 8-4 dan terus memastikan jurang 12-7, 19-12 sebelum menamatkan permainan dengan 21-13 dalam tempoh 27 minit.
Begitupun, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama, meningkatkan permainan pada set kedua mendahului 11-6, 17-12 dan 19-14 sebelum memastikan kemenangan 21-15 dalam tempoh 20 minit.
Pada set penentuan, Lin Dan kembali menguasai rentak awal dalam gelanggang menerusi pukulan rendah mengelirukan untuk mendahului 4-0 dan 8-1 sebelum menang 21-10.
BOON Heong (kiri) dan Kien Keat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada gandingan Markis dan Hendra 21-16, 24-26, 19-21, malam tadi.
Chong Wei jadi harapan negara
PINGAT emas yang seharusnya berada dalam genggaman terlepas apabila pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas dalam pertarungan sengit final beregu lelaki di Gimnasium Tianhe, malam tadi.
Begitupun, impian meraih emas dalam acara badminton pada edisi kali ini di Guangzhou tetap wujud dan kini harapan besar itu terletak di tangan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang bakal menentang jaguh tuan rumah, Lin Dan dalam perseorangan lelaki, malam ini.
Ketika sudah hampir di ambang kemenangan, Kien Keat-Boon Heong yang juga pasangan nombor satu dunia harus menyalahkan diri sendiri apabila akhirnya tunduk kepada pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-16, 24-26, 19-21.
Kekalahan itu menyebabkan mereka gagal mengulangi kejayaan memenangi emas di Doha, empat tahun lalu, manakala gandingan lawan yang juga pemenang emas Sukan Olimpik Beijing 2008 berjaya menebus kekalahan tewas di separuh akhir kepada beregu negara.
“Kami sepatutnya sudah menang tetapi nasib jelas tidak menyebelahi kami,” kata Boon Heong sejurus perlawanan. “Kami berjaya bangkit daripada ketinggalan di set penentuan tetapi lawan memanfaatkan peluang dengan menamatkan perlawanan.”
Terdahulu, Chong Wei walaupun beraksi di depan ribuan penyokong Chen Jin yang ditentangnya di separuh akhir, tetapi ia sedikit pun tidak membuat dia gementar apabila beraksi bak wira untuk menundukkan juara dunia itu 14-21, 21-15,21-7 untuk melangkah ke final.
Dan, kini satu-satunya halangan yang tinggal buat Chong Wei sebelum emas dikalungkan dilehernya adalah menjinakkan Lin Dan yang mara ke final selepas mudah menumpaskan pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan 21-14, 21-10.
p/s: Aku rasa nak kOndem tb1 coz xsiarkan live c.wei n lbt siarkn kkk tbh main smlm,,,,
anyway, stil suppOrt them cz badmintOn never die in my heart!!!!! btw,,Lee Yong Dae makin cute arrr skunk...hu3