TeRKiNI :BaDMinToN BeRPaSuKaN LeLaKi AkHiR SuKaN SEA 2011 InDoNeSiA
Asssalamualaikum..
Kepada sesiapa yang ada sakit jantung tak patut tengok perlawanan bergu
antara Malaysia dan Indonesia tadi sebabnya, saya sendiri yang takde
penyakit ni pun berdebar macam nak putus jantung. Tak senang duduk
dibuatnya sewaktu menyaksikan perlawanan tadi apatah lagi setelah
menyaksikan gelagat melampau yang ditunjukkan oleh penyokong/penonton
Indonesia. Geram sungguh!
Namun pasangan baru bergu negara Lim Khim Wah dan Goh Wei Shem
layak diberi pujian kerana kekentalan mental mereka mampu menahan
asakan jerit pekik/ejekan penyokong Indonesia seterusnya berjaya
menumpaskan pasangan Indonesia yang berada di ranking ke 6 dunia
dengan kemenangan 21-18,15-21,25-23 . Sekurang-kurangnya
semangat juang dan kemenangan mereka telah membuatkan
penyokong Indonesia terdiam sebentar.
Dengan kemenangan dalan game ke dua tadi sedikit sebanyak
telah menaikkan semangat pasukan negara setelah
Liew Darren kalah kepada Simon Santoso dalam perseorangan
pertama dengan mata 20-22, 21-12 .
Namun begitu, kemenangan straight set Tommy Sugianto
ke atas Mohd Arif Latif dalam game yang ke tiga telah
meletakkan Indonesia di depan dengan kedudukan 2-I.
Mungkinkah Malaysia masih ada harapan untuk mendapatkan
pingat emas dalam acara badminton ini? Atau,
kita bakal keciwa lagi??? Rasanya..macam tu la..
p/s: Kita KALAH okehh!!!.....
kalau LCW da retired nti,,ak nk jd BIG FAN sape lak????aiiiyo0oo,,,
No comments:
Post a Comment