Saturday, January 29, 2011

my Hero vs Ur Hero

Perlawanan yang sangat2 dinantikan oleh aku & seluruh peminat badminton
 my HERO vs ur HERO

Sori,,even ppl said Lindan much beter than Chong Wei
I cant adore him as well as I love Chong Wei
Abt d skills in playing badminton???
I think only Lindan can beat Chong Wei
& Chong Wei d only and One persOn who can stOp him

Any others??
there just like,,,'pelapis' or 'veteran'
nice word,,,hanya sekadar dipinggiran=) 


hopefully jalan rya okey esok, cuaca baik,,,nk smpi cOpat k umah....hu3
REMPIT plsss Pakcik BUS!!!!!!


My sis alwys said "nape la suka apek xbasuh b**** nie???"
My answer stil like b4 "suka hati la",,hahah
Orang kata, "dr mata turun k hati",,wakakaka


i choose u??? u choose me???


 sehati sejiwa=)


serasi bersama=)


Lastly, of cz i wish my lovely LEE CHONG WEI beaten LINDAN 2 d death of d game!!!
hahahahah
& Even He lost again n again,,
He is Only & ONE Lee Chong Wei=)))

Thursday, January 27, 2011

Sceptical resdung'an'??

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

p/s: Setiap penyakit pasti ada penawarnya,,,,carilah ia sehingga kte menjumpainya

Wednesday, January 26, 2011

double trouble

Lately, mcm2 masalah yang hadir tanpa di undang,,dats y i called my n3 'double trouble',
Pasal umah swa mmg masalah, ap yg aku ckp dsalah tafsirkn oleh 'Uncle India' nie,,sengal gler!!
So i wil move on next sem, myb duduk bwh bustop or masjid 4 another 1 sem,,aiyooo
Someone, who close wif me 'merajuk' cz aku xajak p tgk bdmintOn,,,cian dia!!!
Someone, yg aku pgl bff went 2 kursus,,,so can't share wif him,,
Someone, who i admire b4 was ruined my emotion cz sudenly i met him
Someone, who i called gurlzz frenzs changed a lot,,united we stand devided we fall
Someone, who shared story wif me myb wil losing her/his fiance
Someone, somehow, somewhere was spoilt everything!!

My Expression can't bring inspiratiOn 2wards myself

Should I 'zikrullah' more than usual??? yes, I am....

Hanya ingin Kau tahu


Monday, January 24, 2011

Xkisahla Jaguh Super Siri pun,,,


CHONG WEI (berdiri kanan belakang) dan Taufik (kiri belakang) bergambar kenangan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (berdiri depan tiga dari kiri ) selepas majlis penyampaian hadiah. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (berdiri depan, tiga dari kanan).


KEJAYAAN merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 ternyata menjadi suntikan semangat buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei
Ini kerana, pemain ranking No. 1 dunia itu akan turun pula beraksi pada Siri Super Terbuka Korea Selatan bermula Selasa ini.
Semalam, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama Terbuka Malaysia tidak berdepan halangan untuk menundukkan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat 21-8, 21-17 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Selaku juara, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM91,800) manakala Taufik meraih AS$15,200 (RM46,512).
Ternyata, kemenangan yang dilakarkan Chong Wei itu dianggap sebagai motivasi terbaik buat pemain berusia 29 tahun itu sebelum beraksi pada Terbuka Korea Selatan yang menawarkan hadiah paling lumayan dalam kejohanan Siri Super.
Terbuka Korea Selatan menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya berjumlah AS$1.2 juta (RM3.6 juta).
"Saya harap, kejuaraan di sini (Malaysia) memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan kecemerlangan pada Terbuka Korea Selatan nanti," kata Chong Wei.
Bagaimanapun, laluan Chong Wei pada Terbuka Korea Selatan kali ini tidaklah semudah yang disangka apabila undian yang dikeluarkan tidak memihak kepada pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Pada aksi pusingan pertama, Chong Wei dijadual berdepan pemain Denmark, Jan Jorgesen.
Sekiranya menang dia perlu menentang sama ada pemain sensasi Korea Selatan, Park Sung-hwan atau Chen Jin dari China pada pusingan kedua.
Sekalipun laluan Chong Wei pada kejohanan tersebut dilihat penuh berliku namun pemain itu tetap optimis dengan peluangnya untuk menggenggam gelaran juara.

CHONG Wei (kanan) dan Taufik bangga dengan hadiah masing-masing selepas muncul juara dan naib juara Terbuka Malaysia yang berakhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.


"Memang undian tidak memihak kepada saya dan saya perlu berdepan pemain-pemain yang hebat pada pusingan awal.
"Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut.
"Apa yang penting, saya mahu fokus terhadap diri saya sendiri dahulu. Saya akan fikir satu demi satu perlawanan," jelas Chong Wei.
Chong Wei telah berlepas ke Korea Selatan lewat malam tadi.

The Malaysian Fans Rowkkk d stadium!!!!
 Fanatik fan Of BadmintOn,,,whO???

Nie tuala C.wei,,unfOrtunately,, dia baling xsmpi kt aku,,,hu3

p/s: next time need 2 spend mOney on premium seat plak,,hahahha

Wednesday, January 19, 2011

Gigi

SOALAN: Alasan nak cuci gg adalah untuk menjaga kebersihan gg tetapi ap yg ak dapat????
JAWAPAN: Ak dapat sakit gg,, semuanya rs ketat, kelat & kecuttttttttttttt

SOALAN: Siapa yg bertanggungjawab??
JAWAPAN: Diri sendiri & doktor yg ganas 2,,,,adOiii2

SOALAN: Nak g ag k Klinik kerajaan???
JAWAPAN: Tahla,,,,Klau xmampu nk wat cmne, huahuahua

p/s: MOOD: Sakit rs nk DEMAM='(((

Kenapa cerita tentang bulan nie???

MEI
  • Keras hati & tegas.(kdg2 xbtempat)

  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi . (ak xperlukn persaingn utk bmotivasi dri sdri, slalunya ak akn 'jatuh' klau bsaing,,,xkisah la dlm ap kes skali pn=))))

  • Pemikiran yang tajam. (????,,,tahla)

  • Mudah marah apabila tidak dikawal. (sape2 pn akn marah kot klau x dkawal)

  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain. (nie kna tny org lain,,,)

  • Perasaan yang amat mendalam. (jiwang nyerr....)

  • Cantik dari segi mental & fizikal. (ye k???,,,sy cOmOt jek)

  • Tidak perlu dimotivasikan.
  •  
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. (betulll niee)

  • Mudah dipujuk. (nie kelemahan ak, rs nk tukar bulan lahir jekk)

  • Bersikap sistematik (otak kiri). (sy tgn kanan,,,,)

  • Suka berangan. (of cozzzzzz)

  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. (yuppp,,,nujum pak belalang)

  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. (betul,,mudh pening ble kna ujan,,tidur lebih akn rs sengal2,,,hahaah)

  • Daya khayalan yang tinggi. (nie cm sma ngn berangan jekk)

  • Permikiran yang tajam.
  •  
  • Pandai berdebat. (xformal leh la,, formal???bleh blaa)

  • Fizikal yang baik. (ok la,,,cun2...hahaah)

  • Kelemahan sistem pernafasan. (asma k???,,MNA AD!!!!!!!salah nie,,,,)

  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  •  
  • Tidak berapa suka duduk di rumah. (ye k??klau blik kg ak duk diam jekk, tp klau kt luO,,,hhhmmmm)

  • Tidak boleh duduk diam. (sbb suka jalan2,,,mkn angin)

  • Tidak punya ramai anak. (???)

  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  •  
  • Agak boros (hahahha,,klau xd duit xjugak,,,haahha)
p/s: Aku dilahirkan pada bulan Ramadhan,,,,tahun 1987 pada wak2 petang....(menurut Prof Mak AKU,,,hehhe
TQ mak, sbb susah payah lahirkn sy, susukan sy, & besarkan sy & doakan sy,,,& ats segalanya....TQ TQ TQ=)

Thursday, January 13, 2011

Boleh saya kata sesuatu???

 

Saya Sayang Semua


Boleh x kita duduk sama2 ag??

 

Saya Rindu Saat2 nie,,,

 

 Saya xnak ianya pergi sebagai memori yg kelam

p/s: Ni suara hati seorang sahabat yang mahu segalanya kembali seperti sediakala,,,,
Ya Allah, Jangan Kau hilangkan rasa kasih sayang antara kami
Kerana rasa kasih ini menjadikan kami lebih bahagia,,,
Menjadikan kami lebih Kuat,,,
Ya Allah,,
Hilangkan rasa sakit dhati kami kerana ianya bakal menghancurkan kami
Aku mohon padamu Ya Allah,,
Kuatkan persahabatan kami
Kuatkanlah ukhwah kami,,,,
Ya Allah, semoga Kau ikhlaskan hati kami supaya menjadi satu....
&
Demi mendapat RedhaMu....
Amin3





Saturday, January 8, 2011

Keputusan

Apabila kte telah mengambil sebarang keputusan
/
/
kte perlu bertanggungjawab ke atasnya
/
/
Dan setiap keputusan yang dibuat ada alasan
/
/
Biarlah kerana marah, dendam, pengorbanan, kesakitan
/
/
Keputusan xperlu berubah hanya kerana alasan
/
/
Setiap alasan yang diberikan juga xperlu munasabah atau rasionalnya
/
/
Sebabnya kita ada hak dan kebebasan untuk membuat keputusan 
/
/
Dan kita berhak untuk melalui proses pembelajaran dr keputusan tersebut
/
/
Jika takut menyatakan keputusan,,
/
/
Baik mati dr hidup....
/
/
Tapi akhirnya,,,
/
/
Keputusan yang dibuat hanya akan menyakitkan diri tuan empunya badan



Thursday, January 6, 2011

Nak cakap pOn malasss

Ikan semalam da pun dmasak,,,,
TAPI>>>>

xd rasa ap pOn..hu3
 
 hancusssss

 tapi licin gakkkk

sedap ekkk....hehehhe

p/s: Sori 2 SABA & SUE klau sakit piluttt esOkkk....hahah

Wednesday, January 5, 2011

Pertama

n3 pertama bukan terakhir,,,
n3 bermula dengan kisah ikan,,,
ikan sedap tak bau hanyir,,,
namun bau ikan xhilang di tangan,,,

cian ikan,,,,,
 /
/
/
PENDERAAN
Picture 1
Ikan yg d'siang' menjadi lembik lemah & longlai

Picture 2
Ikan ini sudah hilang sebelah kepalanya

p/s: AMARAN!!!!

Jangan lakukan penganiayaan ke atas mana2 ikan selepas ini.....hehhe
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!