Monday, December 31, 2012

Officially OFF!

Assalamualaikum..
Hi peps!

Gila sah hari ini, aku telah menamatkan zaman 'universiti'ku. So, we r officially off la sangat kan...ahaks!
Penat 4 tahun kira dah habis, penat selepas 4 tahun tiada siapa akan tahu...haha

Sebenarnya bukan apa pun, habis 4 tahun belajar nie....macam biasa jek!
Cuma yang pasti,
Yang berkawan pasti akan terpisah jasad
Yang bertemu pasti akan bertemu yang lain...haha
Macam kasar lak ayat kat atas tue!haha..

Gila sah, yang paling sedih nak meninggalkan tempat'jatuh' lagi dikenang.... sedih banyak!
Salam perpisahan rakan-rakan.....In Sha Allah, ada jodoh ketemu lagi :')

Saturday, December 29, 2012

Tolong 'like' yang baik2

Assalamualaikum,,,
Hi?

Alrite,, sekarang nie banyak perkara sikit2 kita akan 'like' kan
Haha...
So do I,,,
So, dalam masa menulis n3 nie, "Tolong like yang baik2", aku asik2 berbalik pada diri aku.
Bukan apa, dalam masa menulis peringatan, Peringatan yang terbaik adalah untuk diri sendiri baru lah nak nasihatkan orang lain kan...uhuks

Fenomena 'like' sangat popular di kalangan fesbukerss kan?
Jadi, kalau nak like tue....fikir dulu!
Nanti keluar kat home, siapa yg malu? Diri sendiri gak kan...atau korang xmalu...hee~
Nak like pic kawan pun kena pk dulu, nak like page lawan pun kena pk jugak dulu...
Semuanya kena pk dulu...

Sebenarnya,, like tue bermaksud suka kan?
Tapi ada gak org like, pastue kutuk2 kan....
Fenomena 'word' dah xsesuai dengan 'elaboration'
Haha....

Aku xde la amik berat sgt dengan benda alah nie, tapi kengkadang tue, agak semak gak la.
Espeseli org like pic yg 'sweet' tp xberapa nak halal tue! ahaks....

p/s: Korang mempunyai akal bukan? Tepuk dada tanyalah SELERA & IMAN jua :)

Friday, December 28, 2012

Ilham Pujangga

Assalamualaikum...
Selamat pagi :)

Bait2 lirik 'Ilham Pujangga' ini sangat memberi erti untuk anak MUDA seperti KITA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
U all leh dgr Ismail Haron nie nyanyi kat ISMAIL HARON

Ilham dari pujangga 
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah 
Biar cercaan sekali datang menimpa 
Sudahlah memang adat di dunia 
Bersuaralah kamu pada perkara berguna 
Itu rahsia orang bijaksana
Ia anak muda tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan
Berikanlah tenaga
Untuk bangsa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu kepada keharmonian negara
Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban mudi dan muda...
Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...
Dan bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajibanli...
Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.
Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang menrugikan diri
Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang hai pujangga
Hanya sekadar penyanyi biasa

Wednesday, December 26, 2012

Ada pertemuan KITA jumpa lagi

Assalamualaikum...
Hi?

Sebelum aku nak belajar...in Sha Allah, biar aku meluahkan sedikit rasa!
Sikit sahaja! Jangan suka sangat....ahaks!

Ada pertemuan kita jumpa lagi.... hint ke apa kejadahnya 'ayat' tue?
Of kos, it is a hint...aiyoo

Setiap pertemuan yang terjadi bukan kita yang rancang, seperti juga perpisahan...
Kes lain aku tak tahu!
Tapi kes aku nie, sikit masa lagi pertemuan 'kita' (kita la sangat)
Akan termeterai sebagai perpisahan
Perpisahan yang menjanjikan seribu kemungkinan.
Siapa akan tahu, siapa akan jangka, siapa akan rasa?

Aku dah tekad, pertemuan yang bermula tanpa sedar itu akan berakhir tanpa sedar juga :)
Sama seperti yang berlaku semasa diploma dulu....
Cerita diploma & ijazah itu agak sama cuma tak serupa...ahaks!

Hint yang di bagi akan menjadi satu 'titik' bahawa itu usaha agaknya :)

Seyesly,
Aku memang suka buat n3 blog yang samar2....dem!
Sebab aku memahami si 'dia' yang penuh misteri...uhuks!

Jadi blogger pun,
kena pandai....selain cerita kisah sendiri, orang lain... kena cerita kisah 'misteri'

p/s: Kalau aku jenis yang mudah didekati, seronok ke kawan ngan aku?? yeww~
      Perlahan-lahan mengenali aku...lama2 kita akan menjadi KAWAN...In Sha Allah :)

Selalunya p/s nie tak ada kena mengena dengan n3! haha....

Monday, December 24, 2012

Meniti hari-hari terAKHIR part I

Assalamualaikum....
Apa khabar?

Meniti hari2 terakhir? agak sentimental n3 blog kali nie.
Meniti hari2 terakhir di UPSI,,,
Minggu akhir nie, bukan la sibuk sangat, kertas kerja projek akhir pun hanya tunggu nak di jilid cuma duitnya jek belum ada, so aku tangguhkan dulu bahagian penjilidan tersebut...haha!
Lepas tue, ak banyak lepak, surfing tenet, borak, masak, makan....& cari info sikit utk exam 31 Disember kelak!

Dalam meniti hari2 terakhir nie, ada banyak 'mende' nak buat tapi tak buat2 atau maybe tak dapat buat.
Selain daripada tue, aku & kawan2 penyibuk ku jugak, bertungkus lumus mencari pekerjaan sbg bekalan lpas abis blaja nie.
In Sha Allah, rezeki cepat, cepatlah menyenangkan orang lain kan. Yang penting, kata kakak aku..." Buat kerana Allah". See? haha.... Jangan pk blaja kerana nak keje...dem! dulu kita macam tue kan? sekarang Alhamdulillah, idok la camtue kan...amin3

Mana rezeki yang datang pun, Jangan tolak! Pesan our Dr. Mahani Razali semasa perjumpaan terakhir hari tue. Yang penting persiapan...Jangan TOLAK, JAngan MEMILIH GAJI, JANGAN memilih TEMPAT! Ukur baju di badan sendiri. KAtanya lagi, kamu IJazah jek, takde ap pun nak d banggakan, berlambak orang master, phD kat luar sana...( Dr Mahani cakap versi Kedah, pekat gler!)

Minggu2 terakhir nie memang agak minggu yang bermuhasabah sikit la...sikit? haha...
Bukan ap,
Kadang2 kita akan mempersoal kembali tentang apa tujuan sebenar kita, apa yang telah dipelajari, apa yang dapat kita korban kelak, persiapan apa yang telah dibuat, keyakinan tahap mana yang telah dicapai....
Semuanya, agak2 menyesakkan pemikiran....TAPI biasa lah....

Letak TEPI dulu persoalan2 tersebut,,
Yang paling PENTING :
1) Projek Akhir di hantar sebelum habis blaja
2) Hantar borang2 jawatan kosong ke 'chosen' places
3) Study subjek akhir (Pendidikan Sivik)

Yang kurang PENTING :
4) Banyak gila! haha...

Lagi satu,,
Selain kerja & tugasan...HATI!
Hati nie rasa berat nak pergi dari sini.... alamak! emosi terlebih...haha

Okeyla, maybe ada part II...In Sha Allah

p/s: Hati berat Akal Berselirat Otak Berkarat!

Wednesday, December 12, 2012

Masalah...

Firman Allah S.W.T :
والفتنة أشد من القتل
“Fitnah lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

Boleh baca dengan lebih jelas di hjarshad

Assalamualaikum....
Hi

Lately, banyak betul perkara yang serius berlaku.
Ujian & dugaan sebelum nak menamatkan semester akhir nie sangat mencabar.
Mencabar mental, emosi, fizikal & yang paling utama rohani.

Terbaru, kes memburukkan Dekan.
So, batch aku yang di tuduh.
Kalau betul salah seorang daripada kami yang buat, cari BUKTI dulu.
Ini tidak,,, semborono jek meletakkan kesalahan ke atas KAMI....


"HARI INI TELAH DIBERITAKAN MENGENAI KEBODOHAN DALAM KALANGAN KITA YANG SANGGUP MENULIS KATA-KATA KESAT PADA PM DR. BELIAU MERASA SEDIH ATAS TINDAKAN INDIVIDU TERSEBUT KEPADANYA SEHINGGA BELIAU BERTANYA APA SALAH BELIAU KEPADA INDIVIDU TERSEBUT DAN SEM 8 KERANA BELIAU TELAH BERIKAN YANG TERBAIK DAN TIDAK BERKIRA UTK SEM 8. ATAS KEBODOHAN KAWAN KITA INI RASA HORMAT PROF PADA SEM 8 TIDAK ADA LAGI DAN TELAH MENGGANGU URUSAN POSTING KITA SEMUA.."

Masalahnya dengan ayat nie ialah :

Belum pasti atau terbukti ag sahabat2 kita yang melakukannya.

Jelas & nyata, ayat tersebut telah mem'BODOH'kan kita sendiri.

Ayat tersebut boleh jadi FITNAH sekiranya,,,, TIDAK ADA salah seorang pun antara SEMESTER 8 yang melakukannya.

Kalau betul, mereka yang melakukannya.....FITNAH & TUDUH melulu bukan JALANnya.

Seyesly, aku marah dengan ayat tersebut......
"Kebodohan?"
Kalau betul orang tue melakukannya pun, siapa kita nak buka AIB mereka.

Mudah2an tiada siapa yang di FITNAH.... & segalanya menemui jalan kebenaran....Amin3

p/s: Jadi KETUA nie bukan sekadar dengar arahan orang atas tapi belajar menjaga keprihatinan 'orang bawah' yang senantiasa di tindas & d anak tirikan.....


Tuesday, December 11, 2012

Child, Listen!



Maksudnya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk harapan (Surah Kahfi : 46).

Assalamualaikum,,,
Hi?

Today, I'm loved to share bout love between man and his parents.
Children and parents are person that can't be separated even in hereafter,, rite??

Ok, susah la nak cte dalam English nie....takut korang salah faham atau aku sendiri yang susah nak faham!
Anak dan ibu (espeseli) telepati nya sangat kuat kan?
Kalau mak korang sakit, ada rasa tak?? Kalau takde,, pk2 la sendiri.
Kalau mak korang susah hati, ada terdetik tak kat dalam hati?? hurmm.... (jawab dalam hati tau)

Aku??
Of kos, aku akan rasa.
Sebagaimana my 'mak' leh detect my feeling & my hardness..

Sebab tue, aku kaitkan ayat surah d atas supaya nak bagi tahu ibubapa bahawa pahala amalan dari perbuatan mereka mendidik kita itu yang akan membawa mereka ke syurga. Kalau baik acuannya maka bagus lah 'kuih' nya.

Cite kedua nie, maybe takde kaitan dengan ayat surah tersebut.
NAmun, masih perkaitan antara anak & ibubapa.
Kalau korang takde duit, sape orang pertama yang korang g buat aduan?? (Jawab dalam hati, seyes ak malas nak dengar)
KAlau korang mengadu pada orang salah, tak malu ke?
Sori, aku bukan nak marah! 
Tapi mana korang letak 'tempat istimewa' mak korang or ayah korang kat HATI korang??
Re-check balik dear!

Walhal, mak ayah korang pasti akan dahulu kan korang. Doa untuk korang!
Walaupun, dorang tak pernah cakap pun dorang sayang korang. Seyes! sampai mati pun korang takkan dengar dorang cakap i lap u macam bf/gf korang always ckp.
Tapi, bukti kasih sayang mak ayah korang, sudah terang ag bersuluh.
Malu la weyh,,, sayang orang luar lebih dari orang yang 'menghasil'kan kita.

Bukan soal kita dah besar...
Contoh, takde duit...takkan nak mengadu kat mak kot? kan?
Tapi, bukan kah itu tanggungjawab mereka. Lantak la...bagi mereka jalankan tanggungjawab mereka supaya kelak mereka takkan disoal "Mengapa mengabaikan anak kamu wahai si polan si polan?".
Korang nak ke? 
Aku cte berdasarkan kepada pengalaman.
Sape tak penah kebulur waktu belajar nie....kan?
Tapi, apa my 'mak jawab??
"KAlau kamu tak makan, mak makan banyak mana pun takkan kenyang"....
pastue...katanya ag
"Kat umah (kg) nie, kalau takde duit masih leh makan, kalau korang yang duk blaja nie, nak cari makan cmne kalau tak guna duit?"

Jawapan my 'mak' tue LANGSUNG tak buat aku CAIR masa tue,
TAPI yang buat aku CAIR, adalah sikap aku!
Betapa HEBATnya aku membelakangkan 'mak' aku. Aku seperti mempersoalkan tanggungjawabnya.

Sebenarnya, aku tau korang semua anak2 yang baik TETAPI bagi juga peluang untuk IBUBAPA kita berbuat baik terhadap KITA.
Beri mereka peluang menjalankan TANGGUNGJAWAB mereka.
JANGAN! Beri peluang kepada orang luar merampas TAKHTA mereka sebelum waktunya.

p/s: Beruntung orang ada AYAH sebab SEKARANG nie lah peluang korang memberi AYAH korang pahala dalam menjalankan tugas nya, begitu juga sebaliknya.

Sunday, December 9, 2012

Kursus Kahwin PART II

Assalamualaikum...

Kalau ada part I pasti ada part II, rite??

Gini,, 2nd day nie..ada penceramah yg slow sangat! ada yang gempak sangat!
Bukan yang slow tue tak dapat pengisiannya namun bese la, duk belakang...telinga asik dengar pok pek pok pek,,,
gilo korang aku tak tergoda?
Konpem, tak leh tahan...aku pun join venture sekali la!

Kalau yang besh tue,, rasanya 100% lulus d telinga & jiwa...haha

Hari nie punya moral :
1) how to handle ur stress/conflict (macam main susun puzzle)
2) hukum kahwin (akidah & ibadah)
3) talak, taqlid
4) komunikasi berkesan

Rasanya dah boleh dipraktikkan....cuma kena kahwin la!
Excuse me?
Nie bukan gatal tau,, ia adalah niat.

Nak praktikkan benda baik, tak salah kot.
Aku rasa, orang yang dah kahwin pun di wajibkan g kursus kawin ag,,,sebab kebanyakan mereka mungkin sudah LUPA saat indah PERKAHWINAN!

Hurm.,,tue pendapat aku la! nak laksanakan?? Tanya pihak berwajib.

Kesimpulannya,
Setiap apa yang kita lakukan, tak kira KAHWIN, belajar, bekerja, bermain biarlah kerana ALLAH.
Asas yang kukuh bukan terletak pada rupa paras dan pakaian tapi IMAN.
Banyakkan membaca beb!

Owh lupa,, Ustaz tue td ada sebut Lelaki JANGAN salah pilih, PEREMPUAN jangan SALAH terima

p/s: The flow of LOVE is SPREAD! 

Saturday, December 8, 2012

Kursus Kahwin Part I

Assalamualaikum,,,

Hari ini aku pergi menghadiri kursus kawin.
Walaupun bukan dengan niat 'nak cepat' kawin. TAPI tetap lor mau kawin! ahaks...
Pagi2,, memang aku dah niat pergi ke kursus kawin nie untuk dapatkan ilmu.

Hello! Morning mom.... gilo korang ak cakap camtue ngan mak aku!
Mampus tak paham kot.
Awak g kursus 'tue' ke?? said my 'mak'
Tue?? Malu gilo la mak aku nie...
Aha... g la, da bayar mahal2 kan!...haha
Awak pakai apa?? said my 'mak'
Baju kurung la mak... said aku la

Mak aku nie memang pelik! Dia macam ingat aku baby ke apa?? Xleh bezakan tempat & cara permakaian.
Haahahaha....sebenarnya, dia cuma bimbang, kalau aku dedahkan aurat kot. Caranya menegur, bagi aku sangat halus. Kadang2 nak tergelak gak.

Banyak yang aku belajar hari nie. Kursus kahwin nie macam kursus agama juga or lebih betul kalau di gelar 'ceramah'.
Perkongsian ilmu.

Apa yang aku dapat??
Sikit post-mortem la yea...
1) Solat adalah asas yang penting dlm institusi rumah tangga
2) Kalau ada yang berkenan kat aku (kalau ada la)....aku kena test bacaan syahadahnya n Fatihahnya dulu.
Itu pesan Ustaz tue la...
3) Walaupun kena pilih agama yg paling utama namun,, keturunan, harta juga penting,,, rupa? penting juga...
Asalkan ada rupa...Takde hal kan!
4) Bertunang adalah tempoh berkenalan! bukan wajib kawin....kan? Tukar persepsi korang espeseli orang melayu,,,aku tak kata, ustaz tue yang kata.

Dan banyak lagi....

Tadi, ada 4 orang penceramah....
Esok, ada lagi 4 orang!
Tengok aku leh tahan mata tak!

Semoga ilmu yang sedikit itu memberi manfaat yang besar kepada si pendengar....InsyaAllah.

p/s: Aku doa aku bertemu jodoh yang Allah pilih buat aku....sama juga buat kamu semua! InsyaAllah...amin3

Wednesday, December 5, 2012

akhir?

Assalamualaikum...
Hi!

Berakhir? not yet.... Kenapa awak buat macam tue? I'm totally offended by U today. Seriously, i already lost my appetite. I think u r too rude. If u don't want just say it lor. I will accept d fact. However, u r too sweet for me to put the blame on U. Maybe I'm wronged!. Now, i do like U but i don't want to tease U again!

My short n3 tell dats I'm a hurt broken girl TODAY! Seyes!

p/s: Adios!

Wednesday, November 28, 2012

Biarlah SAPI yang dapat nama...

Assalamualaikum
Hi beb

Malam nie, Malaysia vs Laos! Jangan lupa update kat aku sebab aku ada kuiz malam nie,,argghh!! semak gler...

Baik, aku bukan nak cte pasal bola tapi nak cerita tentang SAPI...
Hukum Allah itu perlu kita pegang bukan??
Sapi tetap akan jadi sapi
Lembu akan tetap jadi lembu

Satu kisah,
U pointer berapa yea??
3 something jek....
ooo...ok2
Dia dapat LM (latihan mengajar) A la beb!
ooo...ok2

Nampak x beza!
haha
Aku bukan cuba buat korang pening...ahaks

Sebenarnya macam nie,,
kalau u alls bagus sebab u all memang bagus! adooii, aku pun pening sket.
Kalau kita dapat pointer bagus tapi meniru dalam kuiz, bangga ke bang??
Kalau kita dapat CGPA bagus tapi ada unsur khianat, kira bagus ke kak??

Tepuk kepala, tanya hotak korang!

Sebab tue, Pahrol (Beduk dketuk) ada menyatakan " Biarlah sapi dapat nama kerana kita bukan lembu yang terkenal dengan kedunguannya"
Am I rite??
Kalau xbetul, tolong betul2 kan...

Ikhlas nie biar org lain xnmpk dgn mata kasar tapi mereka leh nampak akhirnya dengan mata hati

peace ya!

Sunday, November 25, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012

Assalamualaikum..
Hi..

Hari ini Malaysia akan 'vs' Singapura


p/s: Malas nak elaborate banyak2! Aku bukan pengulas sukan pun,,,tapi ak penonton, pendengar & pemerhati setia Harimau Malaya!....cehhh,, cakap bukan main kan,, tapi dis is part of 'gurly' life of mine,,BOLA!

Friday, November 23, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum
Hi semua...

Alhamdulillah, dsamping membuat tesis bab 5 aku masih berkesempatan nak update blog nie.
Terasa bertanggungjawab atas perilaku mereka & merasa malu sebagai saudara mereka.

Siapa yang aku maksudkan?
Saudara seIslam kita

Kalau bukan cuti sekolah, pasti cikgu akan tanya "Hari apa hari ini murid2??"
"Hari Jumaat, cikgu!"
Bukan cikgu tidak pandai, namun di sebalik pertanyaan tersebut, seorang cikgu menyimpan seribu penghayatan tentang keindahan, kelebihan & keagungan hari Jumaat ini.

Tetapi,
kenapa? masih ramai yang tidak mengendahkan Solat Jumaat. Perlu dirasuahkah untuk menunaikan Solat Jumaat?? Sedangkan berSOLAT tersebut adalah 'rasuah' yang paling bahagia 'dapatan' nya.

Percaya atau tidak?
Rasuah yang aku maksudkan adalah kebaikan menunaikan solat Jumaat berbanding solat Zohor biasa adalah lebih berganda.
Kelebihan mendengar khutbah,, natijah & kandungan khutbah harus dsampaikan & d amalkan.
Bukan sahaja, kamu yang solat Jumaat itu bahagia, aku juga bahagia melihat kamu Solat Jumaat bersama2 & orang d Palestin juga akan turut bahagia, kerana kebaikan orang Muslim itu akan mempengaruhi saudaranya juga.
InsyaAllah.

Allah S.W.T berfirman,
"Wahai MalaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, Sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun".

Boleh baca selanjutnya tentang Kelebihan Jumaat

p/s: Berusahalah jadi imam yang terbaik buat saya kelak!

Monday, November 12, 2012

Tahniah LCW

Assalamualaikum....
Hi....
My ONE n ONLY hero dah kawin beb....
Congrate LCW!
Should I find my d OTHER HAND hero???
haha....





p/s: Lovely Mew Choo & her hero :'(....ahaks!

Saturday, November 10, 2012

Pecah Kepala

Assalamualaikum...
Hi Everyone

Andai ada kepala dua,
Masa kan akal penat berfikir,
Biarlah masa menentukan cara,
Tesis dan tugasan untuk d ukur.

Seyesly,, fb dan blog nie like an agent for refeshing our blurring mind. Selalunya apabila aku mencari maklumat, tengkuk aku mesti sakit. Semakin banyak kerja yang dibuat semakin banyak cacat cela. Itulah pedih kesusahan untuk menyiapkan tugasan.

Truly,, berhadapan dengan lappy cabaran yang berat buat mata yang mengantuk & hati yang malas! Gagahi ilmu dengan kesabaran!

Hopefully,, cabaran itu mematangkan akal & emosi. Memberi seribu erti perjuangan untuk diceritakan kepada generasi akan datang.

Finally,, Log OUT! Totally exhausted....nak poie pasar malam lak pasni..uhuks!

Tuesday, November 6, 2012

Atas & Bawah

Assalamualaikum
Hi semua....
Selamat petang & mata seakan semakin menguncup!

Mengapa n3 ini berkisarkan atas dan bawah??

Hari ini d UPSI terdapat satu program BESAR iaitu Penyerahan Kad SIswa Satu Malaysia & RTM rentas kampus....

Di mana aku??? Di dalam Dewan Besar UPSI,,,duduk di kedudukan 4 dari hadapan. Sangat jelas tentang segalanya. Walaupun semester 8,,,aku tak rowksss seperti dulu.

Atas,,,
Semua kerusi d penuhi mahasiswa. setiap ruang penuh! Segenap yang datang dari pukul 8 pagi hingga majlis tamat sehingga pukul 1.30 petang.

Bawah,
Namun,,,nasi untuk tengahari pun ada sesetengah yang tak dapat makan. Berpusu-pusu orang kena berpanas terik untuk menaiki bus.

Atas & bawah,,
Bukan aku nak marah cuma terkilan. Apabila ramai yang datang, banyak yang kurang. Sebab tu jangan salahkan orang lain jika sesuatu majlis kurang mendapat sambutan kerana yang datang selalu merasa kekurangan. Percaya tak??
Kalau korang orang 'bawah' pasti akan merasakannya!

Setakat masuk tb,,,an educated person didn't care at all. y? lu pk la sendiri :)

Orang yang d atas lebih senang untuk turun ke bawah
Berbanding
Orang yang d bawah untuk naik ke atas (Pahrol, 2012)

Kenapa??
Graviti!

( D awal pagi....d petang ari,,,muka jangan tengok la!...haha)

p/s: Atas & bawah sama penting,,, namun jika atas jujur, ikhlas, sayang untuk melindungi bawah,,,pasti bawah akan jatuh cinta sama atas!

SIAPA salah??

Monday, November 5, 2012

Malam Pra-Graduasi

Assalamualaikum
Hi...

Malam pra-graduasi??
Of kos akan ada makan malam...haha

Tentatif
SABTU
8.00 am : Bertolak dengan tayar bus ke Marina Jetty
11.00 am & something : Berhigh heel & skirting menaiki ferry
12.00 p.m : Pangkor's Welcome!!
12.30 p.m : Check-in kat bilik yg kurang bersih sket,,,8 orang dsumbatkan!
3.30 p.m : Snorkeling time! Manyak luka2....batu nya tajam sangat
6.00 p.m : Naik bot untuk blah dr situ
8.00 p.m : Dinner!
10.00 p.m : Nyonya's PAKK berdansa beb! Lagu ketipang payung & nona singapura plus Hindusetan!haha
12.00 p.m : TAMAT riwayat majlis

AHAD
8.00 a.m : Breakpessss
9.00 a.m : Sukaneka & BAnana BOat & MANDI manda lorrr
12.30 p.m : Lunch ke??? Check OUT
2.00 p.m : Lumut.....main lumut, beli cenderahati cenderajantung

p/s: Dislike red!







Permulaan perjalanan akhirnya akan tamat tak lama lagi...uhuks!

Monday, October 15, 2012

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum
Selamat pagi :)

n3 nie paling ringkas tetapi bermakna....klau bukan bagi Tuan nya, tetapi bagi aku, sahabatnya!

Secretly, Aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir ke -25 kepada Miss Shafini Binti Mohd Norashid...
Banyak kenangan yang aku, dia & rakan2 lain simpan. Walaupun hanya tinggal kenangan, namun xkan dapat di padam dengan men'delete'kan album....

Secretly, Semoga panjang umur, murah rezeki, dapat hubby yang soleh & sekufu, pekerjaan yang sesuai & syurga dunia & akhirat :)

p/s: Sahabat itu paling tinggi nilainya apabila berjauhan tetapi saling mendoakan :)

Dia hanya Satu




p/s: Banyak betul kenangan rupanya!

Sunday, October 14, 2012

Dekorasi Bersama Tadika ABIM

Assalamualaikum...
Hi beb!
Even aku penat tapi seronok...seyes sonok (macam xcaya kan?)

Program Khidmat Komuniti kedua yang dijalankan di ABIM.
Pertama, program pengisian ilmu yang di panggil bengkel...
Objektifnya lebih kepada mendidik & mengajar kanak-kanak.

Kedua, program dekorasi
Objektifnya, membasmi kekotoran...ahaks! & memeriahkan ag suasana tadika dengan gantungan bunga, burung, kapal terbang & lain2 ag :)

Okeyla,,,rasa2nya maybe 2 3 taun ag, datang Tanjung Malim nie,,,Tadika ABIM adalah salah satu tempat yang akan dikunjungi! Insya Allah :)

p/s: semoga usaha yang sedikit ini di BERKATI...amin3

















Inilah bidang kami.....Pendidikan Awal Kanak-kanak! :)

Saturday, October 13, 2012

Ustaz Don Danial Di UPSI

Assalamualaikum....
Hi....
Di kesempatan yang ada, selama bakal 4 taun menghabiskan sesi pengajian ISMP PAKK di UPSI...12 Oktober 2012, mahasiswa UPSI berkesempatan mendengar 'ilmu' dr al-Fadhil Ustaz Don Daniyal di Kampus Sultan Azlan Shah.
(Kredit syadib )

Pada hari tersebut, keadaannya seperti berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Hal demikian kerana, jarang2 sekali penceramah yang terkenal & femes bertaraf artis dapat dijemput ke UPSI. Jadi, terima kasih kepada penganjur & siapa2 lah yang terlibat secara xlangsung or langsung. Walaupun, hanya 2 jam namun impak ceramah seakan mengisi sedikit kekosongan dalam 'solat' yang kita sentiasa lakukan. Mudah-mudahan, isi pengajaran dijadikan amalan berterusan.

Antara input yang dapat dikongsikan :
1) Niat di lafazkan adalah sunat
2) Baca surah al-fatihah dengan mengeluarkan suara
3) Berhati2 dengan sebutan huruf 'za'
4) Mufakarah dalam solat

Mencari ilmu bukan dewan kuliah semata-mata...televisyen, surau, masjid, tepi jalan, buku ilmiah juga adalah medium yang UTAMA!

Kaya bukan sekadar pada hartanya tetapi ilmunya jua......wallahua'lam

p/s: Ustaz Don nie idola my 'Mak'....InsyaAllah ad kesempatan dengan izin Allah, nak bw mak dengar kuliah Ustaz Don secara live! Amin3....

Wednesday, October 10, 2012

Bengkel Bersama Kanak-kanak d tadika ABIM

Assalamualaikum....
Hi dear!
Hari ini penatnya macam seminggu pergi kem PLKN la kot....haha! Ini tidak lain tidak bukan kerana program yang dijalankan oleh kumpulan aku bagi subjek Khidmat Komuniti. Kami memilih ABIM adalah kerana kekurangan dan serba kedaifan mereka dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran, peralatan, bahan bantu mengajar & keperluan asas seperti makanan yang seimbang.

Percaya atau tidak,
5 program di dalam satu bengkel boleh dijalankan dengan lancar apabila dijalankan serentak. Kanak-kanak dibahagikan kepada 5 kumpulan. Bagi kumpulan aku, Suhaimi a.k.a Bromi yang jd Leader! Orangnya sangat penyayang, proses pengajarannya juga cukup jelas & bersepadu!haha....so, TQ Leader! Sebab buat aku xperlu mengajar. Walaupun hanya membantu, tapi tugas ku ke hulu hilir, membuatkan tenaga hilang dalam masa separuh hari.

Seyesly,
Dah lama xmengajar setelah cuTi hampir 4 bulan, proses p & p sangat memenatkan! Itupun dsebabkan team ramai.....prosesnya lebih senang. Selain tue, aku se'team' dengan suziana & Rahemi :) U all besh la....xstress langsung bekerjasama dengan korang! Last sem ni la baru nak rapat kan! Macam nyesal ye jugak la....uhuks!

Kla, dah nk solat Isyak nie.....pastue! Makan TIME yo!








Monday, October 8, 2012

Nampak jernih tapi berlopak!

Assalamualaikum....
Hi beb!

"Masalahnya adalah mentaliti mereka walhal jalan penyelesaiannya dh ad depan mata mereka"

Selalu kita dengar 'orang' berkata seperti itu kan? Yang pastinya, termasuk juga lah aku....Memang betul dan benar bahawa 'orang' yg disebut melakukan hal demikian....

Natijahnya, mereka adalah 'orang2' yang sama....dari kita kecil sampailah dewasa, kita akan mendengar masalah yang sama...espeseli di kampung. Pemikiran mereka masih belum terbuka. Kenapa??
Hal demikian kerana "siapa" kawan mereka? Jiran yang berpuluh2 taun adalah orang yang sama. Kalau keluar pun, ke Pekan atau Bandar untuk beli barang keperluan or kehendak!

Perlu ke kita menyalahkan mereka? (jawab sendiri)
Namun, kenapa di sesetengah tempat, 'orang2' seperti boleh terbuka sedikit mindanya. Bak kata Omputih, dey become more Open-minded! Cuma kalau terlebih open-minded pun teruk jugak....huhu

Solusinya? Mentaliti kita juga perlu di ubah...Cari sedikit kebaikan dalam 'masalah' tersebut. Kita mencari kebaikan dalam masalah tersebut adalah kerana supaya kita menjumpai ruang untuk mendekati mereka. Salah kita selalu menuding jari bahawa jalan dah ad depan mata tapi xnampak! Betul x?? Kita nak lepas tangan supaya masalah tersebut dibiarkan kepada pihak lain.

Itulah kata2 anak perantau yang kononnya sudah belajar tinggi! NAMUN apabila balik kampung & bertemu dengan 'masalah' orang kampung, kita masih "budak" tadika yang tercari-cari mna satu A, B dan C.

Permasalahan 'orang' kampung adalah satu masalah kerana mentaliti mereka
TETAPI
Kenapa kita juga menambah 'masalah' orang kampung dengan mentaliti kita?

Mungkin sukar....namun kalau dapat mendekati seorang, i2 juga jalan....kadang2 xsemua orang diberi 'jalan'
Tugas kita, selain mendekati mereka, kita juga berhak mendoakan mereka!

Masalah dalaman sesebuah negara, negeri, bandar, pekan, kampung, keluarga atau persendirian xboleh dilihat dengan "mata kasar", kadang2 nampak jernih tetapi sebenarnya berlopak!

p/s: Dekati dengan cara menjadi contoh juga satu penyelesaian....InsyaAllah,,.apabila tulus mukadimahnya, pasti lurus jalannya, baik pula natijahnya :)



Friday, October 5, 2012

Rupanya Baru Belajar Menulis

Assalamualaikum...
Hi Suwit2 :) !
Evening......
Apa yang telah kamu lakukan pada hari ini BEBALOI???

Apabila di kaki kira & di tolak tambah,
Aku merasakan bahawa rupa2nya aku baru belajar menulis....

Seyesly, ak baru mengenali bagaimana untuk menulis dengan baik, kemas dan teratur.

Syaratnya adalah :
"Orang Bijaksana menulis tentang ilmu, Orang cerdik menulis tentang peristiwa, Orang pandai menulis tentang orang lain & hanya orang bodoh menulis tentang dirinya......'Pak Long'....."

Aku gelarkan 'orang tersebut' adalah Pak Long
y??
U alls baca shj buku 'Nota Hati Seorang Lelaki'...karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi
InsyaAllah, banyak input boleh didapati hanya amal sahaja yang dperlukan seterusnya.....

Berdasarkan kata2 'Pak Long' td,,,Ber'blog' untuk diri sendiri & orang lain. Katanya bukan tidak boleh bercerita tentang diri sendiri tetapi lebih baik jika dipentingkan dengan 'ISI' nya.....

Seperti mana 'Orang Baru' memeluk Islam bukan kerana umat Islam tetapi kerana Islam itu sendiri yang sangat INDAH

Membaca diari yang sekadar membuai angan2
Itulah definisi 'blog' penulisan ku sebelum ini

Oleh itu, aku baru belajar menulis sedangkan aku sudah mahir menulis!

Thursday, October 4, 2012

Tujuan Rutin atau Rutin Bertujuan?

Assalamualaikum....
hi pep!
Tujuan is ______________________ (jawab sendiri)
Rutin is   _____________________(jawab sendiri bersama yang tersayang)

Lately, Ak n kawan2 kerap pergi jogin'....
Jadi, kadang2 ak 'wonder' gak la..
Tujuan rutin ak untuk bersenam??

Atau
Ak bersenam kerana rutin tersebut ad tujuan yang tersendiri??

Let me elaborate it....

TUJUAN RUTIN aku adalah untuk menjadikan fizikal, mental & emosi yang sihat, cergas & cerdas!

RUTIN tersebut turut BERTUJUAN untuk melihat orang yang aktif sedang bermain bola & berjoging serta berharap orang tersebut sihat selalu,,,kan?? kan??

p/s: Kalau rutin anda ada tujuan maka insyaAllah,,,tujuan tersebut boleh menjadi kenyataan....Asalkan bagi yang nak sihat rajin berusaha, yang nak berjaya rajinkan membaca......ahaks!

Saturday, September 22, 2012

Membelakang

Assalamualaikum...
Here I am....in Tanjung Malim, Perak
Dear, sebenarnya banyak perkara yang I buat sekarang nie, seakan banyak membelakangkan pelbagai pihak. It dissapointed! neither for my self nor 'them'.

Final semester brings a hard core mentality pressure
Sure!
I'm just died in first week

For the 'person' & person yang telah aku belakangi.....I'm so sorry :(

Sunday, July 15, 2012

Klinik Cure & Care 1Malaysia

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh.

Hi peeppps!

Klinik Cure & Care 1 Malaysia??? Like This
Klinik Cure & Care 1Malaysia, yang merupakan pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih serta pengguna dadah dengan menggunakan pendekatan baru, menerima pengiktirafan pelbagai pihak peringkat antarabangsa.Klinik yang dilaksanakan bagi menggantikan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) itu berkonsepkan pusat pemulihan penagihan narkotik secara terbuka dan berfungsi sebagai hab untuk rawatan dan juga pusat rujukan bagi memenuhi keperluan penagih.  

Alhamdulillah...Kelmarin, ak berkesempatan untuk menghadiri Hari Keluarga Klinik Cure & Care.
Mesti korang wonder kan?? Camne ak leh tersesat masuk ke Klinik Cure & Care.

Let me 'stori2' ngan U alls! (Oh! My English....haha)
Aku dengan sepupu ak menjadi kumpulan sokongan kepada 'klien2' di sana.
So setelah dijemput menghadiri Hari Keluarga tersebut, maka peluang itu kami ambil sebaik yang mungkin.

Pukul 9.15 am, kami sampai kat sana.
Dorang tengah senamrobik...
Then, masa tue cuma ada 5 buah keluarga sahaja yang telah hadir sedangkan klien2 terdapat lebih 30 orang.
Kami berdua di 'paksa' terlibat dengan aktiviti tersebut sedangkan kami datang hanya untuk memberi sokongan kowt!haha....

Kami berdua bersama dengan klien2 sama2 meng'havoc'kan aktiviti tersebut.
Pada pandangan ak,
Klien2 tersebut sebenarnya sangat 'sihat'. Secara fizikal & mental jika mereka tidak terlibat dengan dadah. Mereka juga bukan insan yang tidak menghormati orang lain. Semasa aku di sana tiada sebarang usikan nakal walaupun mereka bermasalah. Mereka cuma tiada kekuatan untuk berubah. Mungkin terdapat sesetengah pendapat bahawa mereka yang mencari nahas untuk diri mereka. Yup! memang betul,,tetapi bagi klien yang mahu masuk ke Klinik Cure & Care yang berfungsi secara konsep terBUKA ini, menunjukkan bahawa mereka ada keinginan mahu BERUBAH. Pls! Masyarakat semua....buka ruang minda dan ruang hati korang, terima mereka dengan sebaik mungkin. Dekati mereka & nasihati mereka....InsyaAllah.

Bukan ap ak cakap benda alah nie,,
Setelah ak masuk ke Klinik tersebut & terlibat dengan aktiviti tersebut, jumpa klien2 & kumpulan sokongan yang lain, minda aku lebih terbuka....malah sangat menyayat hati :(
In d ends tue, pengacara majlis minta pendapat keluarga yang hadir. Ada seorang pakcik tue cakap, "Tahniah kerna berjaya membuat aktiviti seperti ini, tetapi saya berharap apabila pulang....."
Percakapan itu tersekat....kerna airmata pengharapan!
Namun pengacara majlis, mengulas bahawa setiap kuarga mahukan perubahan daripada klien2 di situ.
Dan melihat kepada keadaan tersebut, ak melihat klien2 tersebut ada yang mengangguk2 keazaman untuk berubah, menyahut sahutan 'InsyaAllah....
Sesungguhnya mereka mahu berubah, DOAkanlah untuk mereka kawan2....Kalau korang xleh jadi kumpulan sokongan macam ak, Sekurang2nya doa korang akan memberi pahala buat korang & jalan buat 'klien2' tersebut. Peace! :)

(Naim xbantu aku langsung!....)

(Muka belajar Ber'sosial')

p/s: Spread Ur L.O.V.E!!! 

Thursday, July 12, 2012

Kerana Hello, My Lady

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh.

Anyo!

Hello?? My Lady....
Lepas tue, 'ikan' pun berterbangan jatuh dari kuali. Tiga ekor ikan tergelincir keluar dari kuali.
Itu lah penangan cerita Korea, Hello, My Lady!
Padahal ak da 2 3 kali tengok!

Ikan2 jatuh d atas dapur,,,nasib xjatuh atas lantai. Klau x, sape nk makan kan!
Setakat bakteria sket tue, ak rasa bagus untuk penghadaman orang2 kat umah nie...
Lagipun, ptg nie ad kenduri tahlil...konpem dorang p makan kat sana! Ak jek yg xleh g, sebab kena jaga kedai. Arrrgghhh!! Sekarang nie ak mandi pun malas....

Selamat makan IKAN semua! :)

Tuesday, July 10, 2012

25

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Hi dear,

25?
Okeh, hari ni ak nak 'nilai' 25! get ready ya!

25?
Sampai '25' pun u alls masih akan makan benda alah nie.....
Maybe until '50' pun...so jangan terliur ok!

(Nie megi yg ak masak sempena tengok EURO 2012....
klau megi hilang dorang salahkan ak! ada k patut..kaann!haha)

25?
If i were a boy..nop! I'm not a girl not yet a woman...haha
Tah pape ayat kat atas nie, Bahasa Malaysia ag mudah,, ak adalah perempuan & kebanyakan perempuan akan suka bunga. Maybe ad la yang xsuka, tapi 'secretly' ak macam xpercaya klau perempuan xsuka bunga sebabnya kalau yang bg bunga tue suami dia,, gler korang klau xsuka!! kecik ati lorr nti...

Bagi ak, I love it....espeseli 'bunga hidup'
Ad angan2 nak prepare untuk 'wedin'...haha
Sebabnya ak perempuan! fullstop!haha....

( Nie bunga mak ak tanam,,dah byk kali suh ak amik gambar
& so sori xkenal nma bunga nie)

25?
People loves to judge U when U turned '25'
Rite?? Banyak kali ak kena
Banyak 'events' yg ak pergi asik kena 'tibai' jek
Ad yang ak kisah & ad yg ak xkisah
Kisah & xkisah tue maybe I should do another n3 for it.
Dis '25'
People said 'U da kurus sekarang cik Long-Kang!'
OMG...ak xleh percaya betul! Tapi ramai betul yg cakap macam tue, even I wore 'Baju Kurung' lorr
Leh masuk reality series 'Believe It OR Not'.....haha

( Cuba korang tgk! Anak buah ak ag 'buunCitt than me,, C??
Xd diet pun, pagi wat keje umah, ptg jg kedai, lewat ptg main bdminton ngn knk2
Simple routine plus diet?? maybe lorr..hehe)

p/s: 25? Yes, I am....next n3 will be 25+++.....haha

Monday, July 2, 2012

Crunchy Love ya!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
Hi peOple!

Now, I'm on my beautiful 'vacation' at 'home sweet home' in Maran, Pahang.
Usually, during dis time (8.00 pm)...after took our dinner, everybody is 'lepaking' in front of d television
while i'm skipped d 'lepaking' & sometimes it would be 'muzakarah time' towards everyone, i start to write dis n3......
Interupted by 'suara sumbang' my niece sang her favourite song 'Anak Kampung'.
Actually, i'm already bored with dats song cz dey love to sing d song every single seconds when dey dont think dats i already 'muak' weyh!!!
Seyesly, nak termuntah dah....

Orait, settle about dats....dey start arguing bout 'sape nak tdo mana, bantal mana, kipas xkena'
Ayoyo....so mess around!
I'm trying to be cool......not angry at all
Because...dey already perform Maghrib 2gether.
Argue, fight are habit of d children rite??....so let it be
Sometimes, when we are getting old...our conversation among eldest being 'corrupted'. We love and feel comfort to chat among our aged...rite??
From my point of view,,love is crunchy
Its delicous but easiest to lose! haha....

I love to share how beautiful love is...
Love towards our God : Allah S.W.T
--Lately, I was watching 'Fadhilah Kamsah-Anjakan Pradigma', He said 'Kita kena jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita sesama makhluk'. It means 'When we love Allah more, Allah will taking care of OUR love.....'

Dats y, teach UR children to perform solah.
Teach them to LOVE Allah more 'than that'....'I will love U more than that'...ok, nyanyi lak ek!
Dats y, perform solah in right ways. Jangan solat pakai tibai jek!...Jangan solat macam 'patuk ayam'
When U perform solah in right ways, U know how U will cover ur aurah & be care of 'adab'
When in searching and targeting to get 'Imam Muda', U should be 'Makmum yang Solehah' dulu
Jangan hanya suka tengok Rancangan Imam Muda but captured d information in d Islamic series like dats.
People!
I'm reminding u & myself also....so dont get offended ya! :)


(y Si Adik love to wear 'kain batik' rather than 'kain sembahyang'???)
Penat dah pesan, tapi xmao jugak....adeh
Dis coming Isyak, I will remind them again!
Responsibility for dey aunty...bukan 'Paksaan'..hehe

p/s: Congratulation to Sergio Ramos & d Spanish Team!