http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6332-kerja-lain-graduan-ismp-bantah-muhyiddin-
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ‘cari kerja lain’ sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.
Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.
Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Yuyu Luna ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan piket yang berlangsung selama empat jam itu telah menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan ISMP yang dikatakan telah dinafikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
“Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah ‘front’ Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.
==================
Undi undi jugak, tapi pada ana bab ini memang graduan UPSI sudah melampau. Sudah diberikan ruang belajar di UPSI pun dah baik. Konon nak minta jaminan kerajaan supaya mereka diberikan tempat untuk bekerja selepas habis pengajian.
Mat/Minah UPSI,
Janganlah nak buat rayuan yang pelik-pelik. Muhasabah diri. Kalau nak layan untung nasib engkorang sahaja, apa nak jadi dengan anak-anak kami di universiti lain? Takpa kalau tak bekerja. Kalau nak minta macam tu senanglah. Habis tu graduan universiti lain nak cari peluang kat mana? Macamlah korang tu hebat sangat.
Ana naik marah sebab ramai lagi kalangan anak-anak kita yang belajar di UNISEL, dan banyak universiti milik Pakatan Rakyat pun tahu nak cari kerja juga. Lawan dalam pasaran lah. Siapa yang bagus dan mampu. Dia dapat kerja. Itu pun tak boleh nak fikir ke?
Inilah masalah dengan pelajar Melayu. keputusan tak berapa bagus pun. Tapi kalau nak tuntut – macam-macam yang mereka nak tuntut. Habis tu anak-anak gadis kita yang tamat Mesir, sekolah pondok, Maahad Muhammadi semua nak pergi ke mana? Apa graduan UPSI sahaja yang pandai mengajar?
Anak- anak kami yang balik dari Mesir, Jordan, Libya, Tunisia dah siap-siap nak balik. Semua dah ada ijazah yang baik. Siap ilmu agama. Sudah belajar banyak daripada suasana Arab Spring di Timur Tengah dah siap nak laksanakan amanah di negara sendiri. Apa kena mengena pulak UPSI nak dapat layanan istimewa daripada kerajaan. Jenis tak sedar dek untung. Anak-anak kami pun pandai nak kerja kerajaan. Jadi Cikgu…lepas tu boleh pastikan generasi baru Malaysia mengenali PAS dengan lebih baik. Nak harap puak UPSI sahaja…alamat melingkuplah Negara kita ni.
Minah/Mamat UPSI,
Jangan nak tutup peluang anak-anak kami ya. Sila berlawan dalam pasaran terbuka.
Bab ni ana setuju dengan Menteri Pelajaran. Perlu utamakan pelajar KPLI dan GSTT.
Artikel nie dapat dr Mat/Minah yang salah paham

p/s: MAksud pelajar GSST & KPLI pun tak tahu...adehh
Mereka(pelajar UPSI) menyokong tindakan tersebut kerana mereka memperjuangkan hak mereka...ak yg pasaran terbuka nie jugak menyokong tindakan tersebut cmne nak dapat rezeki klau TAK berusaha kan???~~~~!ahakss!!
Nie antara Komen yg menarik beb:
Tanpa Nama Says:



saya rasa awak tak tahu perkara sebenarnya… pelajar upsi mewakili semua pelajar ISMP di seluruh Universiti menuntut agar pihak kpm mempertimbangkan semula kemasukan gstt secara beramai2 dan menidakkan peluang ismp secara terus… anda kena faham.. oleh sebab kebanyakan pelajar pendidikan adalah di upsi.. jadi mpp upsi terpanggil untuk melakukan perkara tersebut… jangan hina mereka kerana mereka berhak menyuarakan pendapat… perkara ini dibangkitkan pun apabila TPM datang ke ukm dan pelajar ukm mengajukan soalan kepada tpm dan tpm mengatakan bahawa keutamaan diberikan kepada gstt… dan lulusan ismp boleh cari kerja lain dulu.. mereka pun xingin nak tutup periuk anak2 anda.. mereka cuma mempertahankan hak mereka selaku pelajar yg belajar sebagai pelajar pendidikan… dan tolong jangan hina mereka dengan menggelarkan diri mereka sebagai mat/minah upsi… itu panggilan yg bagi saya agak teruk… hanya kerana nama upsi selalu naik anda mengatakan pelajar upsi manja… disebabkan anda tidak merasa di tempat mereka anda tidak akan tahu apa yang mereka rasa… dan sila jaga siapa yang anda sokong kerana anda telah memburukkan nama parti yang anda sokong.. semua orang ada pandangan masing2 dalam soal politik… bahasa anda sangat tidak menunjukkan cita-cita yang anda cuba capaikan itu…

wakil GSTT Says:


aku BUKAN student UPSI,
aku ialah GSTT,
dan aku PENYOKONG PAS…
nampak tak beza tiga-tiga tuh?
biar pun aku salah seorang gstt,penyokong PAS pulak bagai. tp aku tetap bantah dgn kenyataan ni. gila ka hapa. dah UPSI terang2 mmg bidang diorang guru.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ak rasa makcik & pakcik yg menulis nie sayang sgt kat anak2 dia~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~haha!!~~~~~~~~~~
peace NO war beb~~!!