Friday, November 15, 2013

Kelaut

Kalu orang suruh kita wat benda lain tapi kita wat benda alah yang lain. Its 'kelaut' namanya.

Its me. Selalu macam tue.

Sekarang, sepatutnya aku on9 review. Tapi yang aku tak paham, kena wat literature review tapi group-group lain wat upload jurnal. Jadi aku senyap jela. Nak wat untuk group sendiri? Malas! NAk komen yang orang? Malas.

Aku lebih rajin nak membaca benda alah ni Photography skills

Aaisshh...seyesly, ilham terbang!


Uncle Chinese

Assalamualaikum...

Salam Jum'ah

Sepatutnya aku ada kelas pukul 3pm. Last-last wat on9 review. Iya-iya jek masa mula-mula aku masuk kelas, lecturer cakap...kita tak buat blended learning untuk kelas ni. Adoii...Aku rasa kalu ada peluang untuk skip masa, tak kisah untuk pensyarah atau pelajar. Blended learning adalah peluangnya. Bukan curi masa tapi peluang pada masa yang diberi untuk sesuatu yang lain. Tak setuju? Takpe... :p

Masalahnya sekarang, last minute punya decision buat aku salah rancang perjalanan. Ops bukan masalah, perkara biasa kann...kann?

Uisshh, salah introduction. Okeh, potong-potong :)

Pagi tadi, dalam keadaan mengantuk aku menunggu ETS di stesen Ipoh. Ipoh-KL Sentral.

"Mau pelegi keleja atau belaja?"

Hah? Macam ada orang jirus air kat muka aku. Yela, ngantuk kan tadi. Selain tu, sebab aku dengar dia cakap "keleja" macam "GEREJA". Mau tak terkejut aku.

"Apa uncle?" balas Long-Kang.

"Pegi keleja atau belaja?"....ulang uncle dengan penuh sabar la kot.

"Belajar" balas aku pendek dengan niat berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

Lepas itu,

#$%^^&&*&&^#$%&*((%%^^%$%&*

Yang kat atas tue bukan sumpahan tau, tapi berapa banyak aku berborak dengan Uncle tersebut.

Haha!

Rupanya dia bekas guru. Umur dah 70 tahun. Masa dia suruh teka umur dia, aku salah kira. Bab-bab nombor ni aku memang lemah! No.telefon pun, hanya nombor kak Ngah aku jek yang aku ingat sebab berkaitan dengan besday dia. Isteri dia Indian. Anak 4 orang. 3 perempuan 1 lelaki. Yang bongsu, masih belajar kat UPM. Dia balik Ipoh jumpa saudara-mara isteri dia. Dia orang Muar. Sangat talkative dan lovely uncle ni.

Aku cakap, uncle nampak sihat. (Biasalah, soalan balas yang nak membantu perbualan)

Uncle jawab, orang sihat juga akan pergi. Umur saya juga sudah berapa....

Tiba-tiba, aku terfikir...cara uncle jawab sama jek dengan orang-orang tua yang beragama Islam jawab.
Aku angguk dengan kefahaman. Dalam hati, yang muda pun akan pergi juga...uhuks

Tiba-tiba lagi, kamu umur berapa? Sudah kawin?

Hah? senyum aku dah tak berapa ikhlas. Belum uncle.

Sudah tunang? Geleng...
Jadi, belum kapel? Geleng...

Soalan uncle tue betul bertubi-tubi.

Dalam hati aku, nak jek tanya, 'apa rahsia uncle kawin dengan bangsa yang berbeza?'

Tapi aku simpankan sahaja hasrat tue sebab uncle dah mencelah dulu...

"Kamu masih kecik, umur pun masih kecik...."

Hah! tang ni beria aku angguk. Nak aje aku sujud syukur tang kecik tue. haha!

Moral : Orang tua tengok kita masih macam budak, tapi budak-budak tengok kita macam kita tua bebenor!

Aisshhhh....

Banyak lagi cite yang aku sembangkan dengan uncle tue. Rasa seronok, dan bermotivasi walau dalam 20 minit jek perbualan tue.

Nice to meet u Uncle!

p/s: Ada perkara yang aku sendiri terkilan dengan diri sendiri masa berbual dengan Uncle tersebut. Dem!

Monday, November 11, 2013

Sempadan

Assalamualaikum...

Ini mungkin cerita sempadan Indonesia-Malaysia atau Malaysia-Singapura atau tak ada kena mengena langsung.

Sempadan. 
Sempadan.Noktah.

Kalau mahu berpesan perlu berpandangan. Tanya iman, akal dan nilai. Pesanan selalu tawar kerana interpretasi yang berbeza buat yang membaca pesanan.

Kalau mahu berpelukan perlu disorokan. Bukan sahaja mata lensa memerhati tetapi Pemerhati sejati seakan menguji. Berbeza bukan? Seronok diperhati dengan memerhati Sang yang sedang berseronok.

Masih adakah sempadan wahai kawan dalam berpesan dan berseronok?

Berpesan tanpa mengira status diri. Berpesan tanpa nilai jati diri. Berpesan secara bedal tanpa menggunakan akal.

Berseronok. Rasa seronok dekat mana? Seronok peluk sampai mana? Seronok sayang sampai mana?

Sempadan tanpa rasa ketuhanan.

Wahai kawan, ingat bahawa dunia ini bukan milik kita kawan, tapi milik Tuhan (ZahirilAdzim)....

p/s: Aku capai inisiatif menulis kali ni kerana n3 Zahiril.

Secret Love

Assalamualaikum...

n3 kedua aku selepas Dalam kejernihan ada kaca pada hari yang sama :)

Secret Love.

Love.

Secret.

Ommoo ommoo... bukan nak cerita tentang aku. Ni sebuah cerita korea yang berjaya dapat tempat kat hati aku.


Doohoon, Yoo Joong, Minhyuk, Seyeon

Sinopsis:
YJ sanggup berkorban demi bf dia, DH. Mengaku bersalah langgar gf Minhyuk. DH berhenti kerja sebagai pendakwa raya dan bekerja dibawah Minhyuk untuk dapatkan kehidupan yang lebih bermakna. Seyeon nak dapat cinta Minhyuk tapi 'macam' tak kesampaian jek. DH berkemplot dengan Seyeon. Rahsia disebalik kemalangan semakin terbongkar. Cinta berdasarkan balas dendam bertukar cinta. Bagaimana dengan kematian ayah YJ dan anaknya.

Amacam?? ok tak sinopsis yang aku buat sendiri. Ke tak paham? haha....Aku pun belum tengok habis lagi kat www.maaduu.com 

Seyesly, dari perspektif aku sebagai penonton. Jalan cerita dia memang terbaik. Dia pusing cerita ni sampai mula-mula aku tak paham. Bila aku tak paham, aku mula akan terdetik 'cerita ni kena tengok sampai habis'. haha! Daripada aku layan cerita macam Love You Mr.Arrogant, kann? Marah peminat cerita tue nanti :p

Lagi satu, selain jalan cerita aku suka sweet-gula moment yang ada. Bagaimana seorang lelaki yang berdendam masih lagi mem'protect' perempuan. Bagaimana perempuan yang berada dalam keadaan kebenaran sanggup mengaku dan nampak bersalah sentiasa. Ucapan maaf dan terima kasih yang disulami kasih sayang. Dan yang lebih penting adalah lelaki yang ikhlas untuk perempuan yang ikhlas jugak. Pergghh! memang suweet sangat cite nie.

Gila takut aku nak tau ending cite ni. Sebab dia ada satu ayat yang macam ni 'Awak jangan mati tanpa kebenaran saya' dan 'Pls...jangan mati dulu'. Takkan ending mati kot?? Suspens....

Kelemahan yang aku nampak? Well....orang kaya dan orang biasa-biasa. Sebab apa aku kata orang biasa-biasa?? Sebab mereka ni bekerja macam biasa cuma tiada kuasa. 



p/s: Korang ada secret love?? Jaga-jaga nanti terbongkar....haha! opss...hehe






Dalam kejernihan ada kaca

Assalamualaikum...

Salam Zuhur jugak.

Pencapaian terbaik la bagi aku, dah boleh drive dari ukm ke Sungai Buloh. Poie rumah makcik kat Kundang. Then dari Behrang ke Ipoh. Malam lak tue. Masa tu aku rasa, contact lense nak terkuar dari bijik mata aku. Mana tak nya, dan dan jek kakak aku ngantuk masa tue. Aku amik kesempatan la nak drive. Terlupa yang aku pakai lenses...

Itulah kejernihan yang aku dapat. Selain dari memperoleh kasih dengan kakak-kakak.

Kenapa sudah ada kejernihan, masih ada kaca?


Of kos, kaca masih ada serpihan. Sebab? Sekarang ni hati aku nak balik kampung, nak jumpa my 'Mak'. Tapi, kesempitan macam ni membuatkan aku kena hold dulu. Seyesly, aku rindu gila kat mak. Biar lah orang nak kata aku anak mak sekalipun. Dah memang kita lahir dari mereka. Masa kan tidak rindu. Berhubung melalui telefon, ada maknanya. Tapi rindu itu tidak hilang cuma berkurang. dan timbul semula.

Hah! Aku pernah dipesan, jika kita rindu dan sayangkan seseorang terutamanya mak ayah kita, walau mereka sudah tiada, setiap pagi sedekahkan al-fatihah. Pada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku tak tau pesanan ini ada dalam hadith atau al-Quran, tapi ia baik kan? Amalkan...baik untuk aku, dan korang semua :)

Kaca yang masih ada adalah kerana masih bergantungan. Kawan aku ada cakap. "Sebab ko Long, aku cabar diri aku". Aku pun tak paham sangat kenapa kerana aku? Aku ni inspired orang ke? Mungkin disebalik kesukaran kita, kita bagi inisiatif pada orang lain. Kann?

Jadi. percayalah kaca tidak menyakitkan. Dari kaca kita dapat lihat kejernihan.

p/s: Tahniah pada sahabat2 aku yang dah dapat penempatan. Paling jauh sahabat aku dapat kat Kota Belud, Sabah....Gonna miss her badly, Miss Azwa.

Thursday, November 7, 2013

Tahniah

Assalamualaikum...

Lewat ucapan tahniah aku nie

TAHNIAH aokme :)
Feel free to log on  tokgajahforever

p/s: Harap Yol still dengan pasukan Pahang....