Thursday, February 7, 2013

Semangat Aum aum

Assalamualaikum
Selamat pagi

Okeh, dalam masa nengok bola Msia VS Qatar nie, sempat la nak share sikit.

Semangat!
Jiwa besar sebenarnya anak Malaysia nie.
Walaupun kita tak bagus pun kalau nak dibandingkan dengan Qatar tapi semangat bertahan tue, memang kita wajar tabik berapa banyak 'spring' pun.

Kita tak ada pun rakyat Jerman dapat kewarganegaraan Malaysia wakil Malaysia untuk main malam nie. Kan?
So, bangga la.
Masalah kita masih sama, passing ball, defend, striker, stamina & skill kurang.  Spirit dah besar tapi ada sikit kurang, kurang yakin nak menyerang. Sebab-sebab kekurangan tersebut lah, mereka nie takut nak menyerang kan.

Rasanya aku nak berdiri bangga dengan Mahalli, Alex & rakan-rakannya lah sebab semangat :) Semangat sahaja okeh!

p/s: Terkilan sikit kojie tak main! haha...

Kata ZAR : "Kita ghairah untuk menyerang sehingga hilang fokus bertahan"....lepas tue abis masa! The end.

Wednesday, February 6, 2013

Jasad tak bergerak Akal ligat berputar

Assalamualaikum

Hari ini jasad aku masih di sini tapi akal aku ligat berputar.
Hari ini jasad aku masih tetap di sini tapi akal alu ligat berputar mencari jalan keluar.

Hari ini jasad aku masih kekal di sini tapi akal aku menolak hakikat.
Hari ini jasad aku masih mati di sini tapi akal aku menjadi roh yang terbang tanpa 'tali'

Jasad yang tak bergerak ini menjadikan akal tidak berfikiran positif dan selari!

p/s: Akal kadang-kadang tidak mewaraskan pemikiran!

Tuesday, February 5, 2013

Buat aku fobia jek

Assalamualaikum
Hi baby-baby yang baru lahir?? haha..

Buat aku fobia jek!

Sejak dua menjak nie, aku memang fobia betul dengan telefon. Telefon dengan lebih tepat ag telefon bimbit. Lebih fobia bila 'ia' berbunyi dan terkeluar nombor-nombor opis nie.

Aku punya fobia dia macam nie :
# Mula-mula, aku akan 'ehem-ehem' cover suara tido petang aku.
# Pastu, aku kena cakap lemah lembu la pulak!
# Lepas tu, kena pk ayat yang nak ditanya & dijawab
# Alih-alih, maap yea cik, salah nombor. Salah nombor!

Dah la aku nie menanti dengan penuh harapan & doa,, silap-silap, salah nombor.
Sadis dia agak kelat sikit la.

Mende nie berlaku petang tadi, pening kepala aku. Silap-silap haribulan boleh kena darah tinggi & jantung aku dibuatnya. Ayat terlebih-lebih dah ni....haha

p/s: Penganggur jalanan masih berharap :)

Keputusan sudah keluar

Assalamualaikum

Cerita hari ini macam tak berseri. 

Bukan la teruk sangat keputusan nya tapi urm...
(Aku tak reti nak wat print screen! Da puas ak godam weyh!!!!)

Pngs 3.73 Pngk 3.67.... Aku rasa ramai member-member aku dapat kelas pertama. Nampaknya aku kombo sorang-sorang la nanti. Argghh...agak tak besh la kan. My 'FK' pun kombo hari lain la kot. 

Bukan tak ceria sangat la, sebab sampai tue jek aku boleh buat. Maklumlah, dalam 8 semester bukan semuanya aku fokus. Ada yang aku berangan, main pondok-pondok, main jet terbang. Akhirnya ini yang aku dapat. Bukan hebat mana, sebab tue aku orang yang bese-bese jek. Tak pandai mana, cuma rajin sikit jek. Bila nak berubah tah!

p/s: Aku share result bukan nak berlagak, tapi agak-agak jek. :p

I'm officially 'Layak mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak' 

Mungkin aku patut tukar 'blog title' kot ~Teacher to be~
Okeh, tak sedap langsung! Macam haram....uhuks!


Pe hal Nazmi neh!

Assalamualaikum...

Walaupun aku tak arif sangat pasal bola sepak nih tapi daripada kata-kata otai bola sepak kampung aku cakap, hurm....

Okeh, aku komen sikit...

Pe hal Nazmi neh!

# Aku rasa Nazmi kurang kental. Bukan kental apa, kental tang jiwa. Aku rasa orang Melayu nie MENTAL kurang kuat. Sori kalu ada sape-sape terasa. Aku pun Melayu. Tapi hanya sesetengah Melayu jek layak ke LUAR NEGARA. Bukan tak boleh cuma kena kuat semangat. Sebab Lecturer aku pernah cite, org Melayu kat luar negara hanya nak bergaul dalam kalangan mereka jek. So English language tak improve, culture orang tak belajar, tempat orang tak explore...so its waste!

# Maybe Nazmi kena buli?... Buli sebab tak dapat bola atas padang. Nazmi nak bercakap pun, Bahasa Portugese?? Leh ke Nazmi tue? Tak pun Spanish? Aku rasa masalah Bahasa membuatkan Nazmi kena buli. Lagi satu, Nazmi lambat belajar bersosial kot. Tak leh adapt ngan corak permainan kelab tue...

# Kalau kerana fizikal, Messi pun kecik orangnya. Walcott pun kecik gak. Apa masalah neh! Haha... Peluang tak dimanfaat untuk membuktikan yang dia boleh. Kalau paling koman pun, habiskanlah tempoh kontrak tue, kan? Aku rasa sayang jek, peluang dah ada, tapi....urm.

# Maybe kerana awek?? Tah sape tah aweknya. Bunga bukan sekuntum kot. Aku heran gak kalu sebab perempuan. Sedih mak dia kalu dia kecewa & pulang ke Tanah Air kerana perempuan tue & bukan kerana mak dia (yg juga perempuan)...uhuks!

Pe hal Nazmi neh!
Seyes, mula-mula pk memang 'sayang' tul Nazmi tinggalkan peluang tue. Tapi bila pk secara waras, he's nt totally prepare to absorb d negative & positive aura as challenge & story dats he'll will share with his children in d future. Tapi, aku kutuk lebih pun tarak guna sebab dia dah kembali.

Harap, dia leh dapat peluang bantu Malaysia kelak.

p/s: Masih penyokong setia Nazmi di atas padang! Luar padang, he's not my idol :p


Saturday, February 2, 2013

Aku dah agak!

Assalamualaikum...
Wassup?

Tengah makan petang ke? Agak-agak la tak ajak aku! Seyes majuk :)
Haha....

Aku dah agak!

Aku balik kampung, Khamis malam Jumaat sampai. Tak paham ayat nie sudah! haha...
Sampai aje pakcik-pakcik & my 'Mak' masa amik aku pada hari kejadian.
"Jadi cikgu ke awak nie? Ngajar mana? Sabah Sarawak?" Ke jadi penganggur jek...

Aku dah agak! Memang aku dah agak! Ayat nie akan terkeluar macam aku taip keypad nie.
Seyes, Aku memang dah agak!
Jawapan aku? Tak kot menganggur jek takpun jual-jual kat Pasar Malam. Tah dari mana datangnya ayat tue. Aku banyak sangat baca blog sengal kot. Ayat pun macam endah tak endah jek. Aku ingat nak jawab camni 'Keje saya mengumpat, mengata & mengutuk orang jek kot'. Amacam?? Ada berani cakap kat Bapak sedara camtu?? Ada kena makan pelempang bukan lempeng!

Aku dah agak!

Hai, ingatkan dah sombong...
Tengok! Aku dah agak dah! Memang dah agak!
Itu kes sebab aku salam lambat. Tempat tue sempit takkan aku nak langgar barang-barang hanya untuk salam kowt. Itu Cikgu weyh, kalau penoreh getah tah apa yang dikatakan pada aku!. 

Aku takde la amik hal sangat. CUMA aku dah agak! Ayat & kata-kata dorang tue macam dah bese.

Aku dah agak, jadi penganggur nie macam beban sikit. Tapi janji parents & famili korang paham usaha yang korang buat, so semua kata-kata tue, Tarak hal punya!

Lepas nie aku agak orang akan tanya aku 'Bila aku nak kawin'....haha

p/s: Alhamdulillah kak Ngah aku dah selamat 'operation' nya & another 'operation' untuk Abang Teh aku juga selamat hendaknya....amin3

Aku dah agak! Korang rindu aku kan?? plis la kan :)