Saturday, June 29, 2013

Budak : Penilaian SATU

Assalamualaikum...

Tugas menilai 'budak' ini bukan satu kerja yang mudah.

Pertamanya, skema-skema permarkahan telah ditetapkan oleh UNiTAR. Kita just follow up jea. Tapi apa yang kita cakap selalu nya based on 'budak' punya performance pada hari tersebut.

Kedua, aku menilai dari sudut LP. Bukan sebab aku 'master' dalam bidang penulisan tapi berdasarkan LP tersebut, kita dh boleh nilai sama ada 'budak' leh mengajar atau tak mahu belajar. Senang jek. Lagipun, aku amik bahagian penilaian berdasarkan pelaksanaan LP adalah kerana hal-hal tersebut tak menyentuh sikit pun fizikal 'budak' tersebut. Maksud aku, aku takkan tegur macam ni 'Awak ni dah cantik tapi pakaian tak melambang seorang cikgu pun'...Okeh, itu contoh.haha!
Bukan aku sangat menjaga bahasa tapi aku belajar and sedang belajar menggunakan bahasa psikologi.Wah! tak caya kan...haha! Seboleh-bolehnya, suara paling lembut aku kuarkan. Tak kira, lelaki ke perempuan ke. Sama jek.

Penah sekali, aku marah sangat bebudak semester lepas. Aku boleh speaking, low-tone punya range. Itu sebab aku marah sangat. Marah sebab mengajar tak ada objektif, aktiviti buat macam bibik nak mengajar kat umah, datang lewat...pehh memang marah. Tapi kalu ag marah, boleh sampai menangis aku. Bodoh kan! Kalu aku marah, aku lak yang menangis.

Sesi kedua ini, aku amik insiatif untuk lebih lembut. Tapi aku niat untuk 'tackle' hati budak. Untuk buka hati mereka. Kenapa aku 'sayang' sangat Pendidikan Awal Kanak-Kanak?? Aku nak mereka rasa seronok  seperti aku rasa. Aku nak mereka kata suatu hari nanti, 'Ini bidang kita, kita pencetusnya dan kita akan mewarisinya'.

Ketiga, Kau percaya aku boleh sentuh jiwa 'budak-budak' ni? Doakan....

Ayat-ayat yang selalu aku guna, 'Apa yang kamu buat hari ini bukan salah tapi tidak sempurna, masih kurang. Kesalahan yang kamu buat bukan satu kelemahan. Saya juga buat salah, tapi saya tak mahu mengulanginya'....Ayat seorang ibu...wakakaka!

Memang 'ayu' gila masa aku cakap tu, aku sendiri meremang bulu roma. Tapi, 'budak' besar ni tak perlu marah, cakap elok-elok sudah. Mereka pandai pikir. InshaAllah.

p/s: Aku mula suka mengajar 'budak' besar :)

Monday, June 17, 2013

Kisah Kerja : Bilik baru :p

Assalamualaikum...

Selamat malam.

Semenjak dah pindah rumah ni, hidup dah teratur sikit. Barang-barang terletak pada tempatnya. Kongsi dengan diri sendiri sahaja. Kawan aku dah ada bilik dia. Dan aku, dah ada bilik aku. Yeehaa!

First, aku nak cite kenapa aku nak bilik sendiri.
Antaranya :
*Senang aku nak tido. Sebab ramai orang takut gelap, kalu aku suka gelap. Nak tido nyenyak. Bagi aku tido itu penting.haha!
*Barang aku tiada sape nak komen. Sebab aku memang suka kemas & ubah susun atur. Supaya aku tak bosan dengan design sama & habuk tak berada di tempat-tempat yang terbiar. Selalunya kalau barang orang, aku tak suka sentuh. Jadi bila dah ada bilik sendiri, aku punya pasal la, nak alih tiap-tiap hari ke! haha...tapi takde la sampai camtu. Kadang-kadang bila aku stress, aku akan jadi rajin tahap cipan. Percayalah ?
*Kita stop sampai situ
Gempa bumi ni....sepah bagai

after renovation...haha! 

Barang wajib..
*Buku & senaskah al-Quran
* Sikat & adik-adiknya
*Krim-krim rahsia!
*Suplemen
*Botol air
*Kapas telinga
*Cermin mata & ContactLenses
*Kerongsang & Jarum jejarum :)
*Gunting? Untuk keselamatan :p

*Bantal peluk utk keselamatan :p

*Baju tergantung? Emergency case...kalu kena kuar time kalut2, of course Berlengan panjang :) & Skirt
* Kotak & beg-beg harta karun-baju & ehem-ehem 

*Lappy & kerja-kerja
Moral, kalau barang kita teratur..hati pun senang & kerja pun senang :)

p/s: Gambar lintang-pukang! This is me NOT Darul Makmur :p

Saturday, June 15, 2013

Kisah kerja : Bicara Pagi

Assalamualaikum

Tajuk : Bicara pagi

Aku : Kak, ni nak cite tentang bicara pagi tadi yang kita dengar tu.

Kak : Kalau bicara pagi, baik ko cite waktu pagi.

Aku : (tercengang-cengang!)

Nasib ko 'otai', kalu tak aku bedal balik dengan ayat 'kampit siut!'.....haha!

p/s: Set 'alarm clock' biar betul pagi petang nya! cis!

Wednesday, June 12, 2013

Main Api

Assalamualaikum

Malam ni, tak buzy mana. Tinggal nak wat skema jawapan peperiksaan akhir untuk budak jek ag. Aku bukan suka sangat main api ni. Tapi main bunga api aku suka. Kecik-kecik dulu, arwah abang aku selalu temankan aku main bunga api. Zaman sekarang, anak-anak buah aku pulak rampas zaman kecik aku. Haha...rampas? haha

Main api
Selalunya orang akan kaitkan dengan cari nahas. Aku ada rapat dengan seorang budak lelaki. Dalam nset, aku tulis namanya 'The Nakalz Guy'. Kepada sape-sape yang ada dalam contact list aku, memang nama korang akan ada gelaran. Supaya senang aku nak bezakan yang mana. Besela, nak ikut cite Korea konon!

Kisah main api ni, dalam pada kesibukan aku...tet tet tet! Nset bunyi. Ish mana ada bunyi camtu. Bunyi lagu 'True Colors' la, nyanyian by Michelle Chamuel, The Voice Season 4 ni. Rupanya, awek budak tu. Dia nak korek rahsia aku. Macam penjenayah lak dibuatnya. So, sebagai seorang yang matang dan lecturer la kononnya...wah! wah! ....Aku menjawab dengan penuh hikmah. Sikit pun aku tak sentuh hal mereka.

Lagipun, aku rapat pun sebab dia junior aku. Cuma, pelik ah! Cuba pk di bahagian KOTAK pemikiran aku. Mestilah aku nak L yang tua sikit pada aku, Tak pun sebaya, Tak pun muda 2 tahun k....haha! Ini! 7 tahun jarak dengan aku. Cuba pk, wahai P yg jeles itu. Lagi pulak, dia belajar ag. Diploma. Bukan memilih status & sebagainya. Tapi, kadang-kadang aku pk, ble kita ikhlas Orang salah faham. Bila kita tak ikhlas, kita plak tak dapat pape. Pahala hilang Dosa datang!

Aku harap tiada salah faham. Korang pun jangan salah faham. Kalu ada pape yang tak tenang di hati pada pasangan, straight jek! huhu

p/s: Aku pening...housemate aku tak abih-abih cite pasal kawin. Keta dulu sis! Haha...Sambung master pun tak jalan-jalan ag nih!

Mulut Diam Akal Berbicara

Assalamualaikum..

Malam semua!

Sebenarnya banyak mende-mende aku nak cerita. Ibarat macam tajuk n3 lor. Tajuk jek 'kerek' lebih. Haha!

Mulut Diam Akal Berbicara Tangan Tak Tertaip 'Keypad'nya!

p/s: Okeh....tido! Letih gila...

( AKU ketagih CUTI sekarang ni...wawawa!!)

Wednesday, June 5, 2013

Jangan Ambil Hak AKU

Assalamualaikum...

Walaupun dah diberi salam namun aku masih nak gunakan ayat ni. Gila 'khinzir' betul sape yang ambil hak aku tu. Dahla ianya dari orang tersayang. Nak dapatkan pun susah. Lagipun sekarang aku dengan dia dah duduk jauh. Penat-penat aku balik keja, ia dah tak ada. Mana tak hangin aku. Lebih-lebih ag mende alah tu aku suka. 

Kalau orang bagi atau buatkan, aku tak suka sangat tak pe lah jugak! Korang paham tak sakit ati tue camne. Mende tu akan wat aku tido lena, makan kenyang & mandi basah. Kalu mende tu ada, aku tak minta mende lain dah!

Aku cite pasal 'sambal belacan' buatan Mak aku. 

Aku bawa dari Pahang weh! Semata-mata nak makan untuk seminggu nie.

Aku makan dengan kicap. Laju macam The Rocket Pocket Man jea aku jilat jari.

Siut tul!

p/s: Agak-agak leh tak pos sambal belacan yang dah siap buat. Makkkkk!! waaaaa :'(