Saturday, May 25, 2013

Kisah Kerja : Budak-budak

Assalamualaikum

Budak-budak. Bebudak.

Budak zaman 70-an

Mak : Amir, pergi mandi!
Amir : Baik, mak!

(Marah-marah, tapi tetap poie)

Budak zaman 80-an

Mak : Long-Kang, pergi mandi! Bucuk gila kamu tu. Nama pun longkang kan.
Long : Jap mak, jap mak....nak main jap. 

(Balik umah kena piiaaappppppppp.....)

Budak zaman 90-an

Mak : Siti, tolong mak buat karipap
Siti : Malas la mak, Siti sibuk ni...nak nyanyi

(Menjawab...menjawab)

Budak zaman 2000 (masa ni dah tak ada -an -an tu kan)

Mama : Adib, tolong mama angkat kain
Adib   : Mama lah angkat, abang budak lagi. Nanti bila abang besar, abang angkat lah. 

(Logik jugak alasan dia, tapi....)

Budak-budak zaman dahulu, nak menjawab pun takut. Zaman yang aku cite tu kira awal lagi. Kalau zaman 30-an ke, 40-an....lagi lah. Takut sangat dengan Orang Tua.

Mak aku pernah cite, masa dia kecik kalau pecahkan pinggan atuk aku marah sampai boleh dengar satu kampung, rotan lagi. Marah macam nak bunuh anak. Bak kata pepatah 'Biar mati anak, Jangan mati adat'. Tapi, Aki aku lemah lembut sikit. Dia yang 'cover' mak. Belikan pinggan baru.

Tapi, zaman dulu. Walaupun pinggan harga 20 sen tapi susah nak dapat. Sekarang harga RM500 pun, orang tak heran. Kan...kan?

Moral :
Budak-budak zaman mana lah, asal dilentur dengan baik akan jadi manusia yang baik. Budak-budak negeri mana pun, kalau berkawan dengan budak-budak yang baik, maka hasilnya baik lah ia.

Sejak aku datang Melaka, dan bergelar seorang pengajar, banyak aku dengar Orang Melaka ni cakap kasar, Orang Johor kat kolej ni sosial, anak-anak orang kaya memang tak pandai nak hormat guru. Sabah Sarawak lagilah....macam-macam hal.

Yang aku ambil, 'anak-anak ini sama' masih boleh dibentuk. Yang aku cuba buat 'a teacher should open her mind, take a hand and open heart'. 

Kalu budak-budak rumah aku. Masha Allah. Aku sampai tak berani tegur. Bila kita solat dan mengaji, mereka boleh bising macam kat 'clubbing'. Clubbing tu macam mana? Tah! Google sendiri. Itu belum tegur depan-depan. Mereka boleh perli kita. Kunci pintu bilik air. Allah je yang tahu, betapa tak sabar nya aku nak kuar dari rumah tersebut. Tapi, dalam hati aku tetap merintih supaya Allah buka kan hati-hati mereka. Bawa lelaki masuk rumah. Buat apa? Aku di kira bersubahat. Sebab aku duduk dibawah bumbung yang sama. Tapi, ada satu kali tu...ada budak baru kat rumah tu tanya, 'kiblat arah mana kak?'. Alhamdulillah.

Kadang-kadang aku pk, kalau mereka adik-adik aku..macam mana? Takkan aku nak biarkan. Dengan selemah-lemah iman, aku tegur dengan hati.

Setakat ni, bila aku pergi 'observe' students....aku cuba sehalus-halusnya menggunakan perkataan. Guna bahasa yang boleh sentuh jiwa mereka. Lagipun, Prof. Haniz dah pesan kat aku. Guna personaliti sendiri dalam mengajar. Dia kata aku mengajar lembut tapi berkesan. Lembut? Lembut macam ni...aww..awww!
Haha..memang tak lah weh! Aku tak marah suara kuat or kasar tu, aku selalu sinis dan ada mimik muka.
Itu Aku....

Banyakkan baca buku. & Islam ada segalanya. Syumul!

p/s : Aku excited nak tengok bola malam nie! Kamon Tok Gajah. JDT Gaara boleh dibuat gulai eh. haha

Friday, May 24, 2013

Poie Pekan

Assalamualaikum...

Selamat pagi Sayang! hee~

Poie Pekan?

Pekan is small town. Tu definisi aku kaut sendiri. Tapi pekan juga boleh diklasifikasikan sebagai sebuah bandar kecil, tempat orang berjual beli. Contoh, macam Pekan, Pahang. Alah...parlimen Najib tue...huhu! Kalu setiap hari Sabtu, mesti ada pekan sari (sehari). Memang syokkk habis. Espeseli for ladies and mak ladies.

Poie Pekan?

Target aku kali ni, nak pergi Pekan. Mana-mana pekan kat Malaysia nih. Kalu tersalah pekan, mungkin aku leh cite tentang bandar la plak. So, agak-agak kaki yang melangkah ni....sampai ke tidak? Let see & saw! urmmmm...

Poie Pekan?

Senarai pekan-pekan.

Pekan Nenas? Teluk Intan?

Okeh! Aku batalkan niat aku.

p/s: Jangan tanya kenapa?! Aku bagi smash Lin Dan kang!

Sunday, May 19, 2013

Kisah Kerja-Episod Cari Rumah Sewa


Assalamualaikum

Sebelum Asar, elok lah aku menulis di blog. Lagipun aku buka pesbuk pun, tah pape tujuannya.

Cari rumah sewa

Sekarang aku duduk dengan pelajar. Macam tong sampah sikit keadaannya. Budak-budak. Biasalah, jiwa tak kental ag. Amboi...macam la aku tua sangat kot. Cuma, aku nak korang-korang yang belum terjebak atau memang tak nak terjebak dengan gejala soSIAL tu, bersyukur :)
Bahawa korang di didik dengan baik oleh ibubapa. Berkawan pun dengan kawan yang baik lah! Kira, kita perlu bersyukur...Mudah-mudah terlindung dari malapetaka. Amin weh!

Episod cari rumah sewa dalam kalendar kehidupan ak sejak bekerja ni agak leceh.

Apehal? Kawan aku nie cerewet bagai haram. Kotor sikit tak leh. Berhabuk, dinding kotor. Macam-macam la. Semua yang dia cerewet tu wat aku pening. Sekarang? kalu dia wat camtu, dalam hati aku dah berkata dulu, 'Konpem, dia taknak rumah ni'.

Moral : Lu pikir la sendiri.

Sudah dua rumah dia tolak. Aku follow jea dia. Agpun takkan aku nak berpisah dengan dia lak. Kira macam tak besh la kan. Lagipun aku perlukan dia, sebagaimana dia perlukan aku. Maklumlah sama-sama baru nak menapak!

Dia memang takde pengalaman cari rumah sewa. Kalu bagi aku, kotor tu biasa lah. Kita cuci abis cerita. Kalu dia, tengok kontrak....janji, kawasan rumah, banyak hal!
Aku plak jenis ikut dan jea. Tengok kontrak, harga, rumah and ON! haha....

Akhir nya, baru kami jumpa rumah sewa terakhir.

Rumah ni dekat Melaka Mannipal Medical College. Bajet? Jalan kaki : 15 minit + naik bukit & jejantas weh! Harga RM300. Kira murah la...

Meh nk cite macam aku dapat rumah ni.

Di waktu petang yang panas! Berjalan dua ekor puteri.haha...mencari-cari tempat perteduhan yang baru. Apabila mahu menuruni kawasan pendudukan sebuah kampung. Semua mata-mata jejaka & bapak jejaka memandang ke arah ekor-ekor yang tak wujud tersebut. Ahhh...merepek lak!

Semua mata pandang aku dengan kawan aku ni. Yang penting budak muda yang baya-baya aku. Mahu tak mati sogan sorang-sorang kek situ! Tapi tah kenapa, kaki aku turun juga menurun bukit ke rumah mata-mata tersebut. Mungkin sebab jalannya curam. Kawan aku dah cakap, 'Kita naik balik lah Long!'. Tak sempat nak wat keputusan, rupa-rupanya aku dah sampai depan rumah tu.

Assalamualaikum kak, kat sini ada rumah kosong tak?

Hah! (bukan akak yang jawab, bapak...atuk akak tu yang jawab!)

Kebetulan budak rumah ni nak kuar bulan 5 ni. Leh la ko duduk. Tapi sape bayar deposit dulu dia lah yang dapat. Rumah kat sini panas. Ko blaja kat mana??

Urmmm...gulpp...gulpp. Malu siut. Kerja. Kat KYM. Lepas tue, kwn aku yang cakap pape hal. Aku diam jek. Sebab, aku kan slenge skit. Ble dia kata sewa RM 300, korang boleh bayar ke? Aku boleh tercengang. Sebab aku pk RM 700.  Lepas kawan aku setelkan, and borak-ing dengan atuk & pakcik-pakcik kat situ. Kami g tengok rumah. Kali ni makcik pulak yang bawa kan. Rumah ok la. Bagi aku sangat ok. Bagi kawan ak?? Tahla dia. Sebab sewa murah, dia nak kot...haha

Jadi, ak lega sebab tak jadi felo. Aku pemalas nak deal dengan masalah budak-budak ni. Aku sendiri pun suka cari masalah. Kan! haha...

Pastu, 'Ko jangan nak bawa lelaki pulak!!' sejibik pakcik tu bagi!

Ish pakcik ni, tak nampak ke muka aku ni macam anak Tok Imam! haha

Cari rumah sewa senang! Tapi nak cari rumah yang berJODOH dengan kita tu yang susah!
Amacam?? Nak cari lelaki yang baik pun senang! Tapi yang berJODOH dengan kita?? Belum tentu jumpa! Pehal ek aku petang-petang ni....

p/s: Terima Kasih Allah :)



Friday, May 17, 2013

Kisah Kerja


Assalamualaikum....

Alhamdulillah seperti yang korang tak tau...(haha), Aku dah keja. Sekarang ni, mak dah tarak bagi aku duit poket. Aku ada lah bagi mak duit poket sikit-sikit. Setakat yang aku mampu sebab gaji tak ada la besar mana.

Okeh-okeh, itu tak penting eh.

Hari-hari aku gi keja. Akan ada pendorong-pendorong atau penyeri la. Orang pertama yang berbaloi aku nak cerita adalah :

1) En.Borhan
'Senior' yang sempoi ni, aku memang sogan gilo dengan dia. Mula-mula kena kenalkan diri kat dia, memang tersengih habis la. Kaver malu siut. Rupa-rupanya dia Ketua Jabatan untuk Sekolah Sains & Matematik. Lagi tak tau nak letak muka kat mana apabila meja kerja aku kat depan dia. Alahai, apehal la malang sangat aku ni. Yang besh apabila meja tu betul-betul mengadap e-kon. Gila heaven jap!. Muka aku takkan angkat sangat kalu En. Borhan ni ada kat depan. Rupanya dah hampir dua bulan ni, dia rupanya Orang PAHANG gak. Fuhh...orang kampung rupanya! Orang felda Jengka jek. Ag info br aku tau, dia pun lahir bulan 5. Patut lah perangai dia aku tengok ada iras-iras aku! haha....Kawan aku gelar dia bapak aku. Pehal pun aku tak tau. Bapak tiri lak, En Tawfik.

2) En.Tawfik
Yang ni ag otai. Masuk opis ikut dia jek. Senior kononnya. Mula-mula aku ingat dia sombong gila. Gila-gila pun tak sombong macam dia. Dia bukan kepalang boroinya. Kalu bagi makanan, cepat jek. haha... Dia tak penah cakap dengan aku. Sebab aku pun tak pandai nak reka cerita dengan dia. Sebab tu kawan aku panggil dia bapak tiri aku. Kadang-kadang dia ada gak wat lawak, aku? Aku jadi Si Tukang Gelak. Kira macam aku try nak menapak diri la kat opis. Dia ok jek, aku jek sogan nak cakap.

3) Kak Mai
Yang ni ibarat Mak aku. Kalu dia cakap atau nak bercerita, memang slow gila. Telinga aku, macam capang jap. Kang tak dengar kang, kata aku sombong lak. Dia punya meja betul-betul sebelah aku. Dia punya stori, takkan lari dari topik anak-anak dia, cucu-cucu dia, dengan 'kepala-kepala' opis yang kaki bising. Kak Mai ni warak sikit. So, dia hampeh la nak suka minah-minah yang bising-bising nie. Jadi, aku terpaksa berlakon dan berpura-pura tawaddu'. Eh! lupa...memang aku rendah diri pun.Haha... Mula-mula aku keja, Kak Mai dah goda aku dengan jualan coco malt. Sebab budak baru, aku terpaksa rela beli. Barai RM21 aku. Nak wat camne...budak baru kot! Tapi kalau dengan Kak Mai, aku rasa selamat gila. The power of Mother la kot.....wawawa. Rindu my 'Bonda' kot.

4) Fatin
Budak ni comey gila. Comey badannya :) Tapi baik sangat. kalau dia cerita, aku akan gelak bagai orang yang tengok cerita lawak. Terguling-guling dibuatnya. Bila orang ikhlas bercerita, mesti beri impak kan. Dia nie menutup aurat penuh. Kira kawan-kawan aku semua baik-baik. Jadi mak aku tak payah risau la...haha!

5) Kak Nadia
Akak ni memang cerewet sikit. dia orang pertama yang tunjuk arah kiblat kat aku. Mula-mula aku ingat dia dah kahwin. Rupanya idak pun. Mula-mula aku ingat tak leh ngam sangat dengan dia. Tapi lama-lama, aku boleh terima perangai dia, sebab dia wat aku rasa lawak.

Sekarang ni tah nape kalu aku rasa malas nak pi keja, aku akan pk dorang-dorang nie.

Ops..aku lupa sorang ag.

6) En. faizal
Dia ni ibarat bos aku. Muda ag. ehem...ok, jangan pk bukan-bukan. Dia bakal kawin bulan 6 ni. Dia ni macam kawan walaupun jawatan dia tinggi. KJ jea la. Dia layan aku macam adik. Suka sakat aku dengan nama 'along'. Aku ok jek. Sebenarnya nak gurau kasr pun aku jenis yang terima. Cuma dia dan mereka-mereka ingat aku pendiam.

Yang lain-lain,
Aku tak se'row' dengan mereka. Jadi aku tak kenal sangat mereka.

Tima kasih opis-opis mate!

Kalu kita baik, orang baik-baik jea disisi kita kan? ahaks! ahaks!

p/s: Moral, kalu kita nak memulakan sesuatu harus merendahkan diri & ikhlas. Ikhlas itu membantu kita dalam setiap perhubungan. Tak rugi pun :) Percaya lah HANYA dengan janji Allah :)

Wednesday, May 15, 2013

Hakis


Assalamualaikum....

Hakis

Duhai Sang Malam……
Biarkan kau selamanya,
Hakis siang yang membuang masa.
Bukan masa mengadu domba,
Cuma lahir rasa hakis sebuah peristiwa.

Bayang-bayang ku sayang…..
Bayang-bayang gelisah mula menghantui,
Hakis menghilang tatkala terleka.
Untungnya  samar ditambah parut,
Melihat pemandangan yang hampir terlucut.

Tatkala itu……
Berbelit wajah menghilang gundah,
Kasih tiada untuk dipuisikan .
Keras dan lembut jiwa di acuan,
Meniti masa untuk dititiskan.

p/s: Selamat Hari GURU!

Saturday, May 11, 2013

Calar balar

Assalamualaikum

Tajuk : Calar Balar

Calar balar,
Sehari ke sehari,
Seakan menghantui,
Bak kata orang bagai mimpi ngeri.

Pendek kata,
Calar balar ini boleh terubat,
Namun bagai meninggalkan parut di hati,
Sudikah kamu berterus terang?
Walau hati bakal dinoda gerisi besi

Haruslah calar balar,
kerana mimpi itu bukan resaliti,
Ibarat membawa Sang pemimpi,
Terjun.....

Akhirnya menjadi misteri.

Monday, May 6, 2013

Anak kecil

Assalamualaikum...

Hi semua.

Walau kepala nie berat sikit, aku gagahi jua menatap blog suram ni.

Anak kecil.

'Duit bulan ni nak bayar sewa.'

'Kalau Ayah ada boleh ambil hantar aku.'

'Baju kerja tak gosok ag.'

'Pintu tandas, kalu terkunci...mampus la.'

'Pakcik bus ni pemarah betul.'

'Kul bape la nak sampai Melaka ni.'

'Sape menang PRU13 ni.'

'Agak-agak la nak rasuah aku dengan sekampit-kampit-kampit beras.'

'Bagi baju free pun aku wat kain buruk jea la.'

&$$%^&*(#@^&*()**&^%##$^&*(
~~~SubhanaAllah...wallahuakhbar~~~

Sayup-sayup aku dengar suara kecil tersebut. Walaupun bacaannya ada yang salah.
TETAPI ia mengejutkan lamunan aku. Lamunan dunia semata-mata. Sehingga aku lupa, Yang Di Atas, Yang Maha Besar telah pun mengaturkan sebaik mungkin perjalanan hidup seseorang. Dia pengatur Yang Paling Bijaksana. Kalah menang ada sebabnya. Pergi atau kembali ada hikmahnya. Dapat tak dapat juga pasti memberi makna.

Kenapa sibuk memikirkan apa yang belum dan telah terjadi?

Tima kasih anak kecil. Kakak lupa. Kakak ada Maha Pencipta untuk menjadi tempat ADUAN yang paling MEMAHAMI kakak.

Maafkan aku....

Ya Allah, tetapkan hati-hati kami supaya ada Mu selalu. In Sha Allah.