Saturday, April 27, 2013

Pahit dan tawar

Assalamualaikum...

Pahit dan Tawar!

Perjalanannya bagai Kopi,
Bukan sekadar kelat,
Berkeladak malah sepi,
Lagu diberi 'Aku Pelat'.

Pahit dan tawar,
Seakan diam seperti Si Bisu,
Bukan sengaja menolak Mawar,
Tetapi telah menjadi dungu.

Mata dan hati menjadi hilang,
Tiada penawar dalam hujah,
Jiwa karat hilang menjadi tiang,
Matinya nyawa hilang roh.

Sejati tiada tepi,
Gelap seperti malam,
Biarkan semuanya pergi,
Akhirnya secara total ianya kelam......!

Thursday, April 25, 2013

Aku dah rasa

 Assalamualaikum....

Dengan jiwa yang bergelodak, dengan pemikiran seperti benang kusut.....Sebab aku dah rasa!

Listen ya!
Aku da rasa bagaimana nak memulakan sesuatu. Contoh : Kerja.
Cari keja dah tentu susah kan? Usah cite la...
Dah dapat keja..ag susah.
Belum ag, nak meneruskan keja. Yea tak? haha....

Aku dah rasa makan megi 3 minggu. Ibarat menu berkhasiat. Makan sekali sehari. Makan bahagi dua, separuh untuk malam, separuh ag untuk siang. Jalan kaki pi keja. Peluh memang perfume paling mahal buat saat ni. Nak kuar makan, kalu staff-mate ajak..bajet-bajet jek.

Yang paling tak besh, Gaji pertama kena guna untuk bayar deposit umah dengan balik mengundi. Apa barang nie!

Tapi aku dah rasa. Jangan risau aku masih boleh gelak berguling-guling dengan tilam-mate aku.
Cuma aku dah rasa pahitnya dah bekerja. Banyak tanggungjawab beb! Seyes...

p/s: Mak aku dah xbyk cite sejak aku bekerja. Apa kes??...uhuks!

Monday, April 22, 2013

Gila Tahan!

Assalamualaikum....

Gila Tahan!
Gila tahan aku nak tanggung rindu dari tak mesej or call.
Gila...tahan tahan tahan.
Seyes, gila tahan aku tak pegang keypad nset samsung cikai aku.
Dua kali seyes, gila tahan aku buat keputusan mentah-mentah kat dia.
Dinosour seyes, gila tahan aku tak bau 'bucuk' aku.

Part I
Gila tahan. bukan Gunung Tahan ek.
Gila tahan nak buang cebisan kaca dia serang aku dengan kata-kata 'take care'
Gila tahan nak buang bau 'selamat malam' sayang
Ahhh...gila tahan aku!

Part II
Gila tahan. Tahan Gila!
Gila tahan nak menyorok selama-lamanya.
Mati kutu kalau gila tahan gatal.
Gila tahan aku tak cite soal dia.
Jangan gila-gila tahan aku eh.

Part III
Gila tahan korang dengan cite gila tahan aku.
Gila-gila pun jangan tahan-tahan gila.
Seyes n3 gila tahan aku memang boleh tahan.
Gila tahan bangga aku.

p/s : Biar aku gila tahan dengan gila-gila aku sendiri. Titik.

Thursday, April 4, 2013

Soalan sudah bertemu Jawapan

Assalamualaikum...
Hi peps!

Soalan sudah bertemu jawapan....
Soalan : Bila nak kerja??
Jawapan : InshaAllah Isnin nie...
Soalan : Dah dapat kerja belum??
Jawapan : Dah.

Nak tanya lagi? Aku bagi penampar kang baru tau...cis!
Okeh...ak xd la bad mood, Alhamdulillah aku ok2 jea...

Soalan kerja akhirnya bertemu jawapannya.
Setelah mengharungi empat kali interbiu di tempat yang berbeza, Akhirnya rezeki aku adalah di negeri Bersejarah. Okeh, aku tau negeri korang pun ada sejarah kan, tapi nak wat camne, dah negeri Melaka nie dikatakan 'Melaka Bandaraya Bersejarah'. So aku follow jek, kte semua pun tau kan sejarahnya so jangan nak kondem2, ala2 politik zaman sekarang nie.

Mulai Isnin nie, aku akan lapor diri. Xtually, aku ngan member ak, so ada geng! Cuma lain2 hal aku tarak takut mana, cuma tang 'excel' jek ak agak lemah. Nak masukkan data nanti konpem ak mula start pening ala2 cipan. Sebenarnya, aku nak panjatkan kesyukuran atas nikmat rezeki yang diberikan oleh Allah & berterima kasih pada orang-orang yang mendoakan aku.

Selain itu, aku berharap pada kawan-kawan aku..Jangan putus asa dengan rezeki Allah. Sebab? Aku percaya pada hikmahnya.
Ceritanya camnie,
Selepas aku tamat belajar (belum konvo ok!) kira-kira bulan 2, ak melepak kat umah. Baring sana, bergolek kat penjuru pintu, tido bagai mayat yang tak mahu bangun, nyanyi macam suara Adam Levine....mengumpat orang-orang kampung! haha....yela, kira takde keja kan?? Kuar teman mak, kakak, anak buah...main badminton macam LCW tapi lawan anak-anak ikan (budak kecik).
Aktiviti aku hanya itu.....tapi masa tu jugak, Arwah Abang Teh nak wat operation. Kanser rahang kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Allah memang dah aturkan segala-galanya.
Mak aku pun cakap, tunggu abang Teh operation barulah awak cari kerja. Kiranya aku follow jek walaupun kadang-kadang aku tarik muka gak. Bese la jiwa muda. Hangat-hangat tahi ayam.

Abang aku operation dalam hujung bulan 2. Masa dia nak operation tu, aku dah minta maap la atas semua kesalahan aku. Dia pesan, 'Dik, jangan lupa bagi Afiq (anak dia) makan, dia tu makan banyak'. Aku cakap,,,'ye la, orang bagi dia makan banyak punya'.
Masa tempoh selepas 24 jam operation tua, banyak pasang surut. Sekejap2 masuk wad kecemasan, icu & macam-macam la. Aku sempat jaga dia dalam tempoh 6 hari. Itu pengalaman yang aku paling menyedihkan dan menyayat hati aku. Tengok dia sakit dan tak boleh bercakap...memang membebankan perasaan kita. Apatah lagi perasaan isterinya dan mak aku. Jadi, aku pendam dalam-dalam supaya ceria sedikit keadaannya. Aku sempat suruh dia solat, baca ayat Kursi & mengucap. Allah sahaja mengetahui betapa dalamnya kasih sayang kami.

Tanggal 10 March 2013, Abang teh kembali kepada Yang Maha Pencipta segala Makhluk kat dunia nie.
Pemergiannya diredhai oleh setiap ahli keluarga.
Selepas itu, hidup diteruskan seperti sedia kala. Aku masih bergolek2 tak tentu arah. Akhirnya ICYM, panggil interbiu dan tanggal 4 April 2013, aku ditawarkan kerja kat sana.

Apa yang belajar, Allah mengetahui bila, kenapa, bagaimana nak hadiahkan rezeki Nya untuk kita. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa serta tawakal. Kalau kita dekat dengan Allah, takkan la Allah akan menjauhi kita. Tetapi, jangan juga lupa, BILA SENANG....jangan tinggalkan Allah. Makin kita dekat padaNya, banyak untung yang kita akan dapat.

Pemergian Abang Teh aku, adalah pemergian lelaki ketiga dalam hidup aku selepas arwah Abang Jak dan Ayah. Mereka semua meninggal di hospital. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...InshaAllah.

p/s: Sayang kamu :)