Sunday, November 1, 2015

November, 1st 2015

Assalamualaikum,

Hai, It's November. And It's 2015.

Yes, I agreed I am outdated my blog isn't about I'm busy or didn't have time.

Blog is to expressive. Haha!

I wrote on blog to express usually. So lately I'm holding my senses. That why no blog, no writing and yes for excuses.

Haha again!

So, guys a lot of things happen, come, pass and go. happen, came, pass and away.

As a wrap up, I'm still single and doing my work as usual.

Like Liverpool fans' said "You'll never walk alone".... so do I. But I'm NOT Liver-fans.

Dalam Bahasa Melayu,
Aku simpulkan bahawa cukuplah sepatah dua kata sebagai pembukaan dan pengakhiran entri pertama selepas tiada. #ajetpaihibrahim

Jaga diri. Assalamualaikum.

Nah! aku belanja gambar kasi ubat rindu sket...keh! keh!
Masih lagi gila dan gila-gila seperti gula-gula. Tak berubah. Haha!

Thursday, March 19, 2015

Doakan hati ini.

Assalamualaikum.

Aku, orang biasa sahaja. Minta di doakan hati ini kuat.

Dari sudut kewangan, aku di uji.
Dari sudut rasa cinta, aku turut di uji.
Dari sudut pembelajaran, aku kekal di uji lagi.

Tapi aku ada kekuatan iman, walaupun sedikit...Allah bagi kekuatan.
Tapi aku ada ibu yang memahami...untuk aku masih berdiri tersenyum.
Tapi aku masih punya ilmu, untuk dikongsi.

Tidak bersyukur kah aku?

Hari ini walaupun tiada sepuluh ringgit di jari, aku masih berkesempatan mempunyai selera.
Hari ini walaupun aku tiada lima ringgit di wallet, aku masih berkesempatan ke sana ke mari.

Aku hari ini tidak sama seperti dulu.
Aku susah hari ini untuk senang kemudian.
Dan aku harap susah aku hari ini, tidak sombongkan aku di kemudian hari.

Hari ini, hati sedih.
Hari ini, tangis meniti dalam hati.
Hari ini, dan mungkin berhari-hari...hati akan tetap sedih.
Hari ini, sebelum ini, selepas ini...susah ini akan aku rasa, ratah dan telan.

Tapi yakinlah...anak ayah ini kuat.
Sekuat ayah dan mak dia.
Yakinlah sebab anak ayah ini kuat kerna yang utama Allah sayang dia.

Allah sayang aku.