Sunday, October 27, 2013

Bermain-main

Assalamualaikum..

Buat masa ini bermain-main sudah semakin hilang dari diri. Banyak perkara bermain-main dalam kepala. Sehingga nak tulis n3 ni pun perkara yang menyesakkan bermain-main di kepala. Macam dalam kartun tu. Berpusing-pusing area kepala. Argghhh!

Bermain-main dalam kepala ni bila 'bajet' dah nak sengkek. Aku rasa aku harus balik kampung. Datang hujung minggu jek. Datang atau tak datang. Or aku patut berhenti jek.

O aku tau..manisnya akan datang nanti. Tapi benda-benda camni semak la. Dulu, masa kerja...walau ada tugasan dan kerja pengurusan yang berlambak ditambah pula dengan anak murid yang semak, aku mantain hepi jek. Mantain senyum, bergaya dan sophisticated lagi. Sekarang, tidak bekerja walaupun free..banyak masa boleh buat tugasan. Semuanya macam meaningless.

That's 26 years old lady........thinking!

O baby...what should i do?

p/s : I'm gonna past this test but its hurt, indeed!

Saturday, October 26, 2013

Bujang senang jangan gigit kaki Tok gajah yea

Assalamualaikum..

Ehem! dah solat? okeh..aku pun belum. Amik 5 minit nak update dis n3.

Malam neh jangan wat-wat lupa..


Semalam sibuk dengan kelas penulisan akdemik, melepas nak nengok Kelantan vs ATM. Dengar cite a.k.a dah sah pun Kelantan tunggu di final. Nak harap Sarawak tumbangkan Kelantan?? Nanges la weh...haha!

p/s: Dorang neh kalu kalah, jangan balik Pahang...! :)

Tuesday, October 22, 2013

Bawa daku pergi, pacu laju-laju

Assalamualaikum...

Salam Maghrib

Selepas solat...mengaji sepam dua mukasurat, makan kek..gullpp gulllp minum air kosong...baca blog orang then time untuk blog aku. Ingatkan nak bercakap depan cermin aje tapi lama-lama mereng aku nanti. Tak baik-tak baik.

'pacu'
Perkataan neh betul-betul wat aku kecut. Kisahnya? Aku ni dah lama ada lesen kereta. Sejak 2008. Angkuh kalu cite depan anak-anak buah ni. Tapi haram tak penah bawa secara real. Real maksudnya macam Kimi Raikkonen tu. haha...


First kereta yang 'pacu', Proton Saga arwah ayah aku. Ingat lagi aku masa tu baru nak belajar pacu. Bawa ayah dan mak poie kebun gotah. Sampai jek kebun, ayah semput. Mana tak nya? Semua lobang aku hentam. Lopak, bumper...abeh di langgarnya.

Taubat! Lepas tu langsung aku tak usik kereta. Jadi penumpang kepada pemandu-pemandu tersayang.

2013, Oktober ni haa....baru 'pacu' betul-betul. Tapi tak mahir pun. Start Aidiladha hari tu. Kereta Myvi dan Naza Citra kakak-kakak aku. Automatik kot. Boleh la. Pacu setengah jalan poie Kuantan, poie raya sekitar kampung....dan poie kubur. haha...

Sekarang, kakak-kakak aku bagi peluang aku 'pacu' kereta tu kat UKM. Masa dari Pahang ke UKM, kak Ngah aku jea yang drive. Aku duk sebelah. Sebagai penumpang yang disayang :)
Buat masa sekarang aku 'pacu' dalam UKM aje. Paling buat aku kalut apabila nak 'parking'. Berpeluh dia, kalah 'bangla' yang pusing roti canai tue weh. Seram sejuk. Kang salah pusing, langgar kereta orang. Lambat masuk 'parking' orang hon.

Nak aje aku tampal kat belakang kereta aku tu, "SAYA BARU BAWA TAK SAMPAI DUA MINGGU banggg"..
Amacam? Membantu tak korang rasa....

Hikmahnya?
Aku terpaksa berani. Rezeki aku bukan pekerjaan dahulu tapi kereta. Terima kasih la buat kakak-kakak kesayangan aku. Tak kisah la kereta lama pun, janji aku dah tak payah susah-susah tunggu bas.

Cuma,
Aku tak ada satu kaki jek lagi. Kaki jalan, kaki redah dan kaki gelak. Ni dah jadi TIGA kaki kot..haha

p/s: Camne aku nak 'pacu' poie temuduga minggu depan neh?? Takut......

Monday, October 21, 2013

Masa dia sudah lama tamat

Assalamualaikum...

Selamat pagi.

Bangun pagi buat apa? Ofkos selepas solat Subuh ada yang tarik selimut semula sebab cuaca mendung. Walaupun dekat ukm ni berangin dan hujan renyai-renyai, mata aku nak celik pulak. Mungkin dah banyak tidur.

Pagi-pagi, bukak jek notebook...apa ag, main fb? tak salah pun. Tapi, mula-mula aku baca news. Sport news. Macam selak suratkhabar, aku mula dari belakang. Tajuknya " Bitter Defeat ". Memang pahit la kot. Tapi aku rasa kepahitan tu seharusnya dah lama diberhentikan. Its all about LCW. Aku jangka dia akan retired lepas lawan Lin Dan. All England dulu. Biar kalah or menang only dengan Super Dan tu. Dia dah sepatutnya berada di luar gelanggang.

Sebagai peminat, walau sayang la kalu tak dapat tengok dia main tapi lebih manis kalu dapat tengok dia sebagai jurulatih plak ke?

To my dear epic player, LCW....
            Please....retired this year.

p/s: Kingston ada nak gantikan Daddy nya nanti :)

Sunday, October 20, 2013

Belajar untuk mendengar

Assalamualaikum...

Selamat petang. Kegembiraan hari Ahad.

Kali ini kita akan belajar untuk mendengar. Mendengar yang baik-baik. InshaAllah. bercakap juga perkara yang baik-baik. Alhamdulillah la, setakat ini aku tengok kawan-kawan dan keluarga semuanya berkata yang baik-baik. Cuma, aku jek yang suka gelak bila orang sedang bercakap baik-baik. Sebab aku memang suka gelak kot. Tu tandanya aku masih waras la weh. Ada makcik kat kampung aku cakap kat mak aku, "anak awak ni Timah suka senyum, gelak jek bila Bonda cakap". Wooowowo...jangan kata aku tak siuman lak eh!haha...

Abaikan cite kat atas kalu tak ada kena mengena :p

Belajar untuk mendengar.

Aku maksudkan slot dalam radio ikim.fm.
Ni pesanan kakak aku. Dengar ikim.fm. Slot yang paling digemari ofkos la "islam itu indah" oleh Prof. inspirasi  Dr Muhaya.

Antara slot yang aku telah dengar : Menjaga hati, Orang yang yakin.

Kata-kata prof bersandarkan kebenaran. Maksud aku kebenaran, kalu kita buat salah tu jangan terasa. Kata-katanya pedas tapi benar. Sudah memang kita melakukan kesalahan tersebut kan? so jangan ambil hati. Ini jalan untuk kita perbaiki diri.

Lagi satu, Prof Muhaya bagi aku banyak menolong aku menukar pemikiran dan cara berfikir. Aku banyak sebenarnya kecik hati dengan kata-kata prof. Tadi itu yang benar dilakukan oleh aku. Jadi ini peluang untuk kita membuka hati.

Salah satu inspirasi dari beliau yang aku ingat,
Bagaimana cara manusia berfikir??
Pengemis mengemis....
Pemikiran pertama : "Ini mesti sindiket"
Pemikiran kedua : "Kita rasa kesian"
Pemikiran ketiga : "Pengemis ini mungkin amal ibadatnya lebih baik dari kita"

Nampak tak bagaimana cara kita berfikir? Bagaimana nak ubah? Belajar lah untuk mendengar :)

Cari la kesempatan untuk mendengar Slot Islam itu Indah

p/s: Jom sama-sama kita tukar 'channel'

Friday, October 11, 2013

Sensitive Skin

Assalamualaikum...

Salam Jumaah to everyone.

Based on d topic, it relates with my condition. I'm so allergic with seafood & my boyfie, Mr.Belacan. Its hard for me to separate with him. I nanges-nanges tau masa berpisah! isk..iskk.  That story refer to my first boyfie, which is I never forget until now.

My second Boyfie, Mr.C. C for chicken. kokkk kookk kok kok. He always caught my feeling. I gatal-gatal la if i went to date or spend time with him. So lately, i block him. Sayang, pls give me time to be alone for a while.

This is y, I'm so sensitive. My skin needs protection. Patut kan I berpisah dengan dorang? Agreed?

p/s: Tak sabar nak berhari raya dengan lembu, kambing, kerbau dan tentunya bukan ayam! Chill :)