Sunday, October 20, 2013

Belajar untuk mendengar

Assalamualaikum...

Selamat petang. Kegembiraan hari Ahad.

Kali ini kita akan belajar untuk mendengar. Mendengar yang baik-baik. InshaAllah. bercakap juga perkara yang baik-baik. Alhamdulillah la, setakat ini aku tengok kawan-kawan dan keluarga semuanya berkata yang baik-baik. Cuma, aku jek yang suka gelak bila orang sedang bercakap baik-baik. Sebab aku memang suka gelak kot. Tu tandanya aku masih waras la weh. Ada makcik kat kampung aku cakap kat mak aku, "anak awak ni Timah suka senyum, gelak jek bila Bonda cakap". Wooowowo...jangan kata aku tak siuman lak eh!haha...

Abaikan cite kat atas kalu tak ada kena mengena :p

Belajar untuk mendengar.

Aku maksudkan slot dalam radio ikim.fm.
Ni pesanan kakak aku. Dengar ikim.fm. Slot yang paling digemari ofkos la "islam itu indah" oleh Prof. inspirasi  Dr Muhaya.

Antara slot yang aku telah dengar : Menjaga hati, Orang yang yakin.

Kata-kata prof bersandarkan kebenaran. Maksud aku kebenaran, kalu kita buat salah tu jangan terasa. Kata-katanya pedas tapi benar. Sudah memang kita melakukan kesalahan tersebut kan? so jangan ambil hati. Ini jalan untuk kita perbaiki diri.

Lagi satu, Prof Muhaya bagi aku banyak menolong aku menukar pemikiran dan cara berfikir. Aku banyak sebenarnya kecik hati dengan kata-kata prof. Tadi itu yang benar dilakukan oleh aku. Jadi ini peluang untuk kita membuka hati.

Salah satu inspirasi dari beliau yang aku ingat,
Bagaimana cara manusia berfikir??
Pengemis mengemis....
Pemikiran pertama : "Ini mesti sindiket"
Pemikiran kedua : "Kita rasa kesian"
Pemikiran ketiga : "Pengemis ini mungkin amal ibadatnya lebih baik dari kita"

Nampak tak bagaimana cara kita berfikir? Bagaimana nak ubah? Belajar lah untuk mendengar :)

Cari la kesempatan untuk mendengar Slot Islam itu Indah

p/s: Jom sama-sama kita tukar 'channel'

No comments: