Saturday, August 29, 2009

Misbun Jawab Pertanyaan....



MISBUN selaku duta Kopitiam Pak Hailam menandatangani autograf pada raket badminton peminat, Wong Jer Syuen, 15, sambil disaksikan Pengarah Urusan Kings Confectionery Sdn Bhd, L H Wong pada majlis perasmian Kopitiam Pak Hailam cawangan Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur, semalam.
'Dia perlu sertai banyak kejohanan besar untuk jamin kecergasan' JURULATIH perseorangan negara, Misbun Sidek, akhirnya bersuara selepas 'diserang' pelbagai pihak ekoran tindakannya membenarkan Lee Chong Wei menyertai Kejohanan GP Emas Terbuka Macau, baru-baru ini. Baginya, penyertaan di Macau itu - sejurus selepas kekalahannya pada suku akhir Kejohanan Dunia di Hyderabad - penting bagi mengembalikan semangat, motivasi dan jati diri anak didiknya.
Malah, Misbun menempelak cadangan supaya jumlah kejohanan disertai Chong Wei dikurangkan, kerana pemain itu perlu menyertai minimum dua kejohanan besar setiap bulan buat menjamin tahap kecergasan fizikal dan mentalnya. “Bagi saya, apa yang Chong Wei sertai sekarang memadai kerana kami sudah kurangkan kejohanan yang disertainya setahun, daripada 20 kepada 15 sahaja, atau kurang-kurang dua kejohanan besar setiap bulan. “Sekarang masa terbaik menjadikan Chong Wei ikon bagi melahirkan lebih ramai pemain muda yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
“Adalah satu kerugian besar, bagi Chong Wei dan negara, jika kita kurangkan pertandingan, sedangkan dia boleh menang dan terus menjadi pemain terbaik dunia. “Kita tidak boleh ikut China kerana mereka ada barisan pelapis yang ramai. Jika Lin Dan tidak pergi, ramai lagi boleh gantikannya. Apa yang perlu kita lakukan kini ialah memantau tahap kecergasan Chong Wei supaya dia dapat kekalkan prestasi sehingga Olimpik 2012,” katanya. Misbun juga percaya betapa kekalahan Chong Wei di tangan Sony Dwi Kuncoro pada suku akhir di Hyderabad, akan segera dipelajari pemain itu. “Chong Wei akan belajar daripada kekalahan itu untuk memperbaiki prestasi pada masa depan. Malah saya puas hati dan bangga dengan kejayaannya memenangi lima gelaran besar tahun ini,” katanya.




p/s: betul..kte xpayah ikut cara China, cuma antar byk skit pemain pelapis..adakah itu dgelar membazir duit kerajaan???_xphm la=(

deNgan kekalahan Lee Chong Wei...

dgn kekalahan c.wei pd kejohanan dunia yg lepas, aku seakan dh xambil peduli psl badmintOn...bkn nye ap, dh byk kali kalah..dh boring dgr cte asik2 kalah!! bkn dia sorg yg kalah smua team members kalah...xmembangun tul sukan d msia ni, nk marah kt sape pn dh xtau...(tp dlm kata lain aq agak dh tawar ati)
walaupn dlm ati ni masih menyimpan hasrat mau arena badminton msia bersinar kembali..
mental n fizikal kna fit!!! br bgus...
xperlu bandingkn kte ngn china...
xperlu bandingkan kte ngn kecanggihan peralatan yg mereka ad...
tp berfikirlah utk bagaimana kte menyaingi kehebatan mereka dgn senjata yg kte ad, resepi kejayaan yg kte ad...klau xcukup kte perlu cari jalan penyelesaiannya...
bkn hny ble kalah, kata xcukup sihat la, letih la, mental xkuat la...mcm2 la!!! mmg tah pape...
andai kata kekalahan ni bterusan...
buka la mata jgn asik pekakkkn telinga

Monday, August 17, 2009

no 5 in d rank is Superb!!!_super Dan



Lin Dan lakar sejarah Kejohanan Dunia

PEMAIN China, Lin Dan mencatat sejarah apabila menjadi pemain perseorangan lelaki pertama memenangi gelaran jaguh dunia tiga kali berturut-turut selepas mengatasi rakan senegara, Chen Jin di final Kejohanan Badminton Dunia, di Hyderabad, semalam. Lin Dan yang diletakkan sebagai pilihan kelima dan turun selaku juara 2006 dan 2007, hanya memerlukan 46 minit untuk menjinakkan Chen Jin 21-18, 21-16. Kejuaraan itu tidak diadakan tahun lalu disebabkan bertindan dengan Sukan Olimpik Beijing dan ketika di temasya itu tahun lalu, Lin Dan muncul juara dengan menewaskan, pemain Malaysia, Lee Chong Wei.
Lin Dan nyata mempamerkan penguasaannya dalam kejohanan itu apabila hanya melepaskan satu set daripada enam perlawanan iaitu sewaktu menentang pilihan keenam dari Indonesia, Sony Dwi Kunchoro di separuh akhir, kelmarin. Sebelum ini, seorang lagi pemain China, Yang Yang meraih dua kemenangan berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki sejak kejuaraan itu bermula pada 1977, dan Lin Dan semalam berjaya memadam rekod berkenaan. “Saya bukan seorang yang bijak. Saya perlu bekerja keras untuk mengecapi kejayaan ini. Andai pemain lain juga berusaha keras, mereka juga mampu meraih kejayaan seperti ini. Saya amat gembira dan cukup bertuah memenangi kejohanan ini. Kami adalah rakan sepasukan dan tahu permainan masing-masing.
“Buat masa ini saya tidak memikirkan Olimpik 2012. Ia terlalu jauh. Saya mahu menamatkan musim ini terlebih dulu,” katanya.

ap nk jd ngn c.wei!!!!

harapkan pagar
pagar xleh harap.....hhhmmmmm
harap dpt btemu lindan, tp tsungkur d tangan sony...ap kejadahnye semua ni
mungkin c.wei ikut jejak langkah mew chOO...wat sucks of u
come on la memmm....boring nk dgr asik2 kalah jee
nti peminat badmintOn dh lari....lari k portugal k jerman k
teruk aarrr cmni!!!
we luv badminton...so we hope, miracle wil cOme

Friday, August 14, 2009

misi chong Wei diteruskan.....


SUKAN
Chong Wei ke suku akhir

IGAUAN di Singapura terhapus, semalam apabila pemain utama negara, Lee Chong Wei, membenam tentangan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh, buat menempah kemaraan ke saingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad. Gandingan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mara ke kelompok lapan terakhir ketika harapan yang disandarkan kepada beregu wanita utama, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Wong Choong Hann, terkubur. Chong Wei menjangkakan tentangan sengit lawan yang menyingkirkannya di pusingan awal Terbuka Singapura, Mei lalu, dan ia terhasil di set kedua selepas dia mudah mendominasi set pertama, 21-13.
Tien Minh berjaya menyaingi pada setiap mata sehingga 14-14 sebelum Chong Wei bangkit membuka kelebihan selesa 20-15. Dua mata lagi dikutip pemain Vietnam itu sebelum Chong Wei menang 21-17 dalam keseluruhan 33 minit aksi. Ia sekali gus menghampirkan Chong Wei kepada ‘pertembungan idaman’ dengan juara Olimpik, Lin Dan, yang turut mara ke suku akhir selepas mudah menundukkan pemain Belanda, Dicky Palyama 21-11, 21-11. Lawan Lin Dan pada kelompok lapan terakhir, hari ini ialah pemain Denmark, Peter Gade yang mudah menyingkirkan pemain Hong Kong, Chan Yan Kit 21-11, 21-12.
Fairuzizuan-Zakry pula berjaya mengawal ketenangan aksi pada situasi genting untuk menyingkirkan gandingan Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuki-Rian Sukmawan 21-14, 21-17 untuk membuat kemunculan sulung di suku akhir kejohanan itu. Kien Keat-Boon Heong pula berjaya menangani tentangan beregu Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato untuk mengulangi pencapaian ke suku akhir hasil kemenangan 21-14, 21-17. Sementara itu, ‘penangan Jepun’ menamatkan cabaran pemain-pemain wanita negara apabila Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna menghancurkan harapan Pei Tty-Eei Hui apabila menang 21-19, 19-21, 21-12. Seorang lagi pemain Jepun, Ai Goto, sebelumnya menyingkirkan Wong Mew Choo, kelmarin.
Gandingan beregu campuran, Koo Kien Keat-Ng Hui Lin pula nyata tidak mampu menandingi kehebatan juara bertahan dari Indonesia, Nova Widianto-Liliyana Natsir apabila akur kecundang 15-21, 19-21.

Tuesday, August 11, 2009

first day

Chong Wei mula langkah kanan



AKSI Mew Choo ketika menentang Shannon Pohl di Stadium Gachibowli di Hyderabad, semalam.

Mew Choo juga mara

  • Lin Dan tidak bermasalah
  • Bao Chunlai tersingkir

    TANPA langsung membenarkan ruang untuk kejutan tercipta, Lee Chong Wei mudah melepasi halangan awal bagi mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, semalam.

    Turut mengiringi langkahnya ialah pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo, yang juga tidak dicabar ketika melakar antara kemenangan termudah selepas membenam lawan dari Amerika Syarikat, Shannon Pohl 21-4, 21-6 dalam masa 19 minit.

    Chong Wei, bagaimanapun diberi tentangan seketika oleh pemain Jerman, Dieter Domke, yang menyaingi rentak awalnya sebelum akur kecundang 14-21, 10-21 dalam tempoh 25 minit.
    "Saya agak lambat untuk menyesuaikan diri dan melakukan beberapa kesilapan mudah pada set pertama," kata Chong Wei, yang bagaimanapun puas hati dengan tahap persembahan aksi sulungnya itu.

    Kejutan hari pertama dicipta pemain Belanda, Dicky Palyama yang menyingkirkan pilihan ke-11 dari China, Bao Chunlai hasil kemenangan 21-18, 21-14.

    Seteru utama Chong Wei, Lin Dan juga tidak bermasalah mara selepas menang 21-9, 21-11 ke atas pemain Israel, Misha Zilberman.

    Chong Wei

    Namun, di sebalik aksi mantapnya, Lin Dan cuba untuk mengelak tekanan dengan meletakkan Chong Wei serta pemain veteran Denmark, Peter Gade, sebagai pilihan menjuarai kejohanan.

    "Saya tidak anggap diri saya sebagai pilihan untuk menang. Saya rasa Gade dan Chong Wei adalah pilihan. Saya hanya mahu memikirkan perlawanan satu persatu," katanya.

    Gade, pilihan ketiga kejohanan, turut mara selepas menang 21-11, 21-16 ke atas Valeriy Atrashchenkov dari Ukraine.

    Cabaran dua lagi wakil negara, Mohd Razif Latif-Woon Khe Wei dalam beregu campuran serta Lee Tsuen Seng menerusi perseorangan lelaki, bagaimanapun terhenti sekadar di pusingan pertama.

    Razif-Khe Wei kalah 17-21, 21-9, 17-21 kepada beregu Ukraine, Atrashchenkov-Elena Prus manakala Tsuen Seng ditumbangkan lawan dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 7-21, 13-21.

    Beregu muda negara, Marylen Ng Poau Leng-Lim Yin Loo turut kalah di pusingan pertama beregu wanita di tangan pasangan Jepun, Matsuo Shizuka-Naito Mami 8-21, 16-21.

  • Monday, August 10, 2009

    Jika kau fikirkan.....

    Tiga harapan Malaysia

    Oleh Ahmad Khawari Isa
    ahmadkhawari@bharian.com.my




    Tamat penantian gelaran sejak edisi sulung 32 tahun lalu

    BELUM pernah situasi sebegini terhasil - Malaysia memiliki tiga harapan untuk menamatkan penantian membawa pulang gelaran daripada Kejohanan Badminton Dunia sejak edisi sulung saingan itu, 32 tahun lalu.

    Diterajui jaguh utama negara, Lee Chong Wei, Stadium Tertutup Gachibowli di Hyderabad kali ini mahu dijadikan saksi penamat penantian yang berpanjangan ekoran kegagalan beberapa generasi pemain sebelumnya.


    Malah, berbeza edisi lalu apabila hanya satu atau dua pemain disandar harapan, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, juga dilihat punya peluang realistik menggapai gemilang.


    Apa yang lebih menarik ialah wujudnya 'persaingan peribadi' di antara Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong - didedahkan Rexy Mainaky sebelumnya - dengan masing-masing mahu jadi wakil pertama negara memenangi gelaran.

    Malah, baik Rexy mahu pun Misbun Sidek selaku pembimbing Chong Wei, semuanya mengakui betapa persiapan sebelum ke Hyderabad kali ini layak dianggap sebagai antara paling lengkap pernah diusahakan.

    BERGU wanita negara, Wong Pei Tty bersama Chin eEei Hui beraksi pada perlawanan akhir bergu wanita di Temasya Mini Olimpik 2009 di Stadium Badminton Juara, Bukit Kiara, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

    "Segala yang perlu untuk menyiapkan Chong Wei, sudah pun diusahakan. Dia juga tahu apa yang diperlu baginya melengkapkan lagi persembahannya. Itu memang petanda positif," akui Misbun.

    Rexy pula percaya dua beregu bimbingannya itu tidak lagi dibelenggu rasa gerun dengan lawan bakal dihadapi.

    "Koo dan Tan sama setanding dengan mana-mana beregu utama lain. Apa yang penting mereka harus mampu menjelmakan persembahan terbaik pada hari pertandingan," tegasnya.