Monday, August 17, 2009

no 5 in d rank is Superb!!!_super Dan



Lin Dan lakar sejarah Kejohanan Dunia

PEMAIN China, Lin Dan mencatat sejarah apabila menjadi pemain perseorangan lelaki pertama memenangi gelaran jaguh dunia tiga kali berturut-turut selepas mengatasi rakan senegara, Chen Jin di final Kejohanan Badminton Dunia, di Hyderabad, semalam. Lin Dan yang diletakkan sebagai pilihan kelima dan turun selaku juara 2006 dan 2007, hanya memerlukan 46 minit untuk menjinakkan Chen Jin 21-18, 21-16. Kejuaraan itu tidak diadakan tahun lalu disebabkan bertindan dengan Sukan Olimpik Beijing dan ketika di temasya itu tahun lalu, Lin Dan muncul juara dengan menewaskan, pemain Malaysia, Lee Chong Wei.
Lin Dan nyata mempamerkan penguasaannya dalam kejohanan itu apabila hanya melepaskan satu set daripada enam perlawanan iaitu sewaktu menentang pilihan keenam dari Indonesia, Sony Dwi Kunchoro di separuh akhir, kelmarin. Sebelum ini, seorang lagi pemain China, Yang Yang meraih dua kemenangan berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki sejak kejuaraan itu bermula pada 1977, dan Lin Dan semalam berjaya memadam rekod berkenaan. “Saya bukan seorang yang bijak. Saya perlu bekerja keras untuk mengecapi kejayaan ini. Andai pemain lain juga berusaha keras, mereka juga mampu meraih kejayaan seperti ini. Saya amat gembira dan cukup bertuah memenangi kejohanan ini. Kami adalah rakan sepasukan dan tahu permainan masing-masing.
“Buat masa ini saya tidak memikirkan Olimpik 2012. Ia terlalu jauh. Saya mahu menamatkan musim ini terlebih dulu,” katanya.

No comments: