Monday, August 10, 2009

Jika kau fikirkan.....

Tiga harapan Malaysia

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my




Tamat penantian gelaran sejak edisi sulung 32 tahun lalu

BELUM pernah situasi sebegini terhasil - Malaysia memiliki tiga harapan untuk menamatkan penantian membawa pulang gelaran daripada Kejohanan Badminton Dunia sejak edisi sulung saingan itu, 32 tahun lalu.

Diterajui jaguh utama negara, Lee Chong Wei, Stadium Tertutup Gachibowli di Hyderabad kali ini mahu dijadikan saksi penamat penantian yang berpanjangan ekoran kegagalan beberapa generasi pemain sebelumnya.


Malah, berbeza edisi lalu apabila hanya satu atau dua pemain disandar harapan, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, juga dilihat punya peluang realistik menggapai gemilang.


Apa yang lebih menarik ialah wujudnya 'persaingan peribadi' di antara Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong - didedahkan Rexy Mainaky sebelumnya - dengan masing-masing mahu jadi wakil pertama negara memenangi gelaran.

Malah, baik Rexy mahu pun Misbun Sidek selaku pembimbing Chong Wei, semuanya mengakui betapa persiapan sebelum ke Hyderabad kali ini layak dianggap sebagai antara paling lengkap pernah diusahakan.

BERGU wanita negara, Wong Pei Tty bersama Chin eEei Hui beraksi pada perlawanan akhir bergu wanita di Temasya Mini Olimpik 2009 di Stadium Badminton Juara, Bukit Kiara, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

"Segala yang perlu untuk menyiapkan Chong Wei, sudah pun diusahakan. Dia juga tahu apa yang diperlu baginya melengkapkan lagi persembahannya. Itu memang petanda positif," akui Misbun.

Rexy pula percaya dua beregu bimbingannya itu tidak lagi dibelenggu rasa gerun dengan lawan bakal dihadapi.

"Koo dan Tan sama setanding dengan mana-mana beregu utama lain. Apa yang penting mereka harus mampu menjelmakan persembahan terbaik pada hari pertandingan," tegasnya.

No comments: