Saturday, August 29, 2009

Misbun Jawab Pertanyaan....



MISBUN selaku duta Kopitiam Pak Hailam menandatangani autograf pada raket badminton peminat, Wong Jer Syuen, 15, sambil disaksikan Pengarah Urusan Kings Confectionery Sdn Bhd, L H Wong pada majlis perasmian Kopitiam Pak Hailam cawangan Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur, semalam.
'Dia perlu sertai banyak kejohanan besar untuk jamin kecergasan' JURULATIH perseorangan negara, Misbun Sidek, akhirnya bersuara selepas 'diserang' pelbagai pihak ekoran tindakannya membenarkan Lee Chong Wei menyertai Kejohanan GP Emas Terbuka Macau, baru-baru ini. Baginya, penyertaan di Macau itu - sejurus selepas kekalahannya pada suku akhir Kejohanan Dunia di Hyderabad - penting bagi mengembalikan semangat, motivasi dan jati diri anak didiknya.
Malah, Misbun menempelak cadangan supaya jumlah kejohanan disertai Chong Wei dikurangkan, kerana pemain itu perlu menyertai minimum dua kejohanan besar setiap bulan buat menjamin tahap kecergasan fizikal dan mentalnya. “Bagi saya, apa yang Chong Wei sertai sekarang memadai kerana kami sudah kurangkan kejohanan yang disertainya setahun, daripada 20 kepada 15 sahaja, atau kurang-kurang dua kejohanan besar setiap bulan. “Sekarang masa terbaik menjadikan Chong Wei ikon bagi melahirkan lebih ramai pemain muda yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
“Adalah satu kerugian besar, bagi Chong Wei dan negara, jika kita kurangkan pertandingan, sedangkan dia boleh menang dan terus menjadi pemain terbaik dunia. “Kita tidak boleh ikut China kerana mereka ada barisan pelapis yang ramai. Jika Lin Dan tidak pergi, ramai lagi boleh gantikannya. Apa yang perlu kita lakukan kini ialah memantau tahap kecergasan Chong Wei supaya dia dapat kekalkan prestasi sehingga Olimpik 2012,” katanya. Misbun juga percaya betapa kekalahan Chong Wei di tangan Sony Dwi Kuncoro pada suku akhir di Hyderabad, akan segera dipelajari pemain itu. “Chong Wei akan belajar daripada kekalahan itu untuk memperbaiki prestasi pada masa depan. Malah saya puas hati dan bangga dengan kejayaannya memenangi lima gelaran besar tahun ini,” katanya.




p/s: betul..kte xpayah ikut cara China, cuma antar byk skit pemain pelapis..adakah itu dgelar membazir duit kerajaan???_xphm la=(

No comments: