Wednesday, February 26, 2014

Surat untuk Bonda

Assalamualaikum..

Ini mungkin surat terakhir aku dibulan Febuari. Memang niat aku nak jadikan bulan Feb sebagai bulan surat instead of 'bulan cinta'...

Kehadapan my lejen mak, lately aku selalu sangat sakit. Demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Pakej free. Ditambah dengan cuaca 'gering' ni, kepala pening. pusing dan bagaikan nak pitam. Semua ada. Aku memang jangka mak akan risau. And risau dia tahap paras kolesterol tinggi. heh :p

Aku tahu mana-mana mak pun akan risau kalu anaknya demam. Espeseli anak yang last-last ni :p. To mak, aku oke. Walau demam kelas dan kerja aku tak ponteng pun. Bertahan habis. Sampai peluh kering. Tapi malam airmata jatuh jugak sebab sakit :/

Even aku cakap kat mak jangan risau, tapi memang demam aku sejak dua menjak ni susah nak kebah. Tahap selsema tu mesti sampai ke tulang. Seharian keja aku asik baring. Walhal dah poie klinik. Macam-macam ubat doktor bagi. Dulu, makan panadol jek dah baik, sekarang antibodi dah lembik kot. aiiyak!

Lagi satu, to my lejen mak...jangan risau kalu aku tak makan. Kadang-kadang memang aku taknak makan, kadang-kadang....urmm...biasalah. Jadi, mak jangan risau. Anak mak oke. Masih machoo ag. hehe.

See? Baru aku nak happy ending kan blog ni mak call, tanya dah sihat ke belum. Aku jawab slow and steady, I'm ur daughter la mak. Gagah di luar Gigih di dalam. Ceh :p (Jangan meluat dengan ayat tue)

To mak, jaga kesihatan diri. Aku sentiasa doakan mak sempat terima pengorbanan aku pula. Walau takkan dapat ku bayar susu ibu. Aku, anak mak akan sentiasa sedekahkan al-fatihah untuk mak. Lebiu mak, jantung hatiku.

p/s: Health is wealth. So take care buddy!

Monday, February 17, 2014

Surat untuk Chinta

Surat untuk Chinta

Kehadapan Chinta,

Surat ini aku titipkan tatkala terlalu banyak sangat aduan tentangmu, Chinta. Kadang-kadang boleh jadi serba salah kerana kau Chinta! Kadang-kala ada orang yang hilang munasabah kerana Chinta. Jangan aku pula yang hilang sabar kerana kau, Chinta.

Okey, maapkan aku kerana ter'emosi' sekejap. Aku seperti kaunselor cinta yang disoal tentang Chinta. Ada yang menangis dan ada tertekan. Kerana kaulah Chinta. Aku? nak nasihatkan pengalaman gila cetek. 

Meh aku cerita sket tentang masalah Chinta ni. Ada yang dipaksa bercinta, ada yang suka bercinta tapi tiada haluan, ada yang mempermainkan cinta dan ada yang putus cinta. 

Okey, akhirnya aku hanya memberi jawapan cinta lah pada Cinta Abadi, nescaya akan memperoleh cinta duniawi. Aku akan beri jawapan yang realistik sebab aku bukan dalam keadaan Chinta. Jadi maap kan aku kalu kasar dalam jawapannya.

Chinta, aku harap kau lebih 'lembut' dengan sang pencinta.

p/s: Listen to Lite.fm boleh dengar lagu cinta jenjaman kecik dulu.haha

Sunday, February 16, 2014

Surat untuk Ayahanda


Assalamualaikum...

Kehadapan Ayahanda,

Anakandamu minta maaf masa kecik-kecik dulu selalu main kat tanah sampai taknak balik. Selalu melawan cakap. Tapi anakanda mu ini manja...kan? Ayah. O Ayah, aku tak penah rasa kau tiada dalam kehidupanku. Pergi mana-mana sahaja, aku kaitkan aku dengan kamu. Ayah jangan risau, aku akan membesar dan men'tua' dengan baik. Mudah-mudahan aku pembawa manfaat untukmu.

Kadang-kala aku jatuh Ayah, aku takkan bimbang kerana aku yakin tuhan aku dan kamu adalah sama. Tuhan kita akan jaga hubungan kita. Mudah-mudahan aku menjaga agama kita sebaiknya kerana aku mahu berjumpa denganmu Ayah. Aku jarang melawat Ayah sebab sekarang aku jarang balik kampung. Tapi sedikit pun aku tidak melupakan Ayah dalam doaku dan al-Fatihahku.

Ayah, aku nak bagitahu...aku akan melepasi rintangan ini antara sebabnya adalah nasihat dan tunjuk ajar Ayah. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih masukkan aku ke sekolah agama, Ayah, aku anakmu yang paling tak cantik tapi aku nak jadi anakmu yang paling baik. Ayah kau tatang aku ibarat permata, aku harap aku boleh jadi permata untukmu kelak.

Ayah, mak banyak berkorban untuk aku. Kalau Ayah ada mungkin mak kuat tapi cinta mak pada Ayah kerana Allah. InshaAllah, mak dan ayah akan berjumpa kelak di sana. Aku doakan. Ayah, aku juga belajar tentang cinta melalui mak. Mak pemalu orangnya, Ayah pendiam pula orangnya...Mak ajar aku supaya memberi. Ayah pula orang yang sama. Ayah tinggalkan harta untuk kami meneruskan kehidupan. Dan harta yang paling utama adalah didikan yang Ayah berikan.

Ayah, bila aku aku tengok ayah orang lain...aku teringat kat Ayah. Tapi terubat juga rindu aku pada Ayah. Ayah dulu aku lupa nak peluk-peluk cium Ayah. Seingat aku, bila aku masuk asrama, aku mula cium pipi Ayah. Masa tu aku puas hati sangat. Bila naik keta, Ayah suka borak ngan aku. Aku kan 'tembey' suka nanges-nanges dalam keta. Ayah, aku gila rindu saat tu. Kadang-kadang bila terlalu pk kan masalah, aku nyaris jatuh dalam tandas. Aku cuai juga kadang-kadang Ayah. Kadang-kadang Ayah, aku pergi kerja dengan mata merah sebab menanges. Tapi tak ada orang yang perasan, sebab mereka bukan Ayah. Betul, kadang-kadang aku memerlukan bahu Ayah, tangan kasar Ayah untuk lap airmata. Tapi aku minta, tuhan keringkan airmata kesedihan dan kepahitan ini. Ayah, kita patut berterima kasih pada tuhan. Terima kasih Allah.

Ayah, aku bakal meneruskan kehidupan. Aku tak harap Ayah disisi. Tapi aku harap aku berada disisi Ayah kelak. I do love you. Dunia akhirat, you d only Ayah that i waiting for. Ayah, jaga diri...anakanda mu ini milik tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Mohon doakan agar aku makin dekat kepada Maha Pencipta.

p/s: Surat untuk Ayah Husin. Al-Fatihah.

Sunday, February 2, 2014

Letter to Cik Long Kang


Letter to Cik Long Kang
Kehadapan Cik Long Kang,

Sihat? Sejak beberapa bulan ni ko pasti kurang sihat kan? Berat badan macam mana? Aku syak mungkin menurun. Walau apa pun, ko kan nak kurus ;p. Jaga kesihatan fizikal, mental dan rohani. Maap lah Cik LK, aku kuat membebel seperti ko jugak.

    Macamana? Dah dapat kerja? Owh besa lah, ini soalan yang sama semua orang akan tanya. Lagipun, ko dah tamat pengajian ijazah kan? Aku harap ko tak malu walau tiada kerja tetap lagi. Kalu lah iman di ukur mengikut ada kerja tetap, gaji tinggi, rupa badan macam Jessica Alba....nampaknya kurang lah iman kita. Namun tidak, iman tidak di ukur sebegitu. Allah Maha Adil. Alamak! Bebel lagi kat ko Cik LK.

    Bila ko nak datang melawat pakcik makcik & kawan-kawan ko? Atau orang-orang yang pernah sentuh hati kecil ko? Kalu ada kesempatan, datang lah melawat mereka. Jangan lupa pada mereka. Lagi satu Cik LK, kalu ada kawan-kawan yang pernah buat ko kecik hati, maapkan mereka. Jangan simpan dalam hati. Sekarang, mesti ko dah jumpa banyak teman baru kan? Pandai-pandailah ko bawa diri.

    Aku tengok ko ni kadang-kadang tutup aurat, kadang-kadang 'longgar sket'. Harap lepas ini ko istiqamah dalam berjihad. Usia ko pun bukan muda lagi. Jangan mencari cinta fitrah, lebih baik mencari cinta abadi. Solat jaga. Kalu boleh solatlah di awal waktu, takpun gi jemaah dekat mana-mana surau or masjid. Aku yakin ko boleh. 

    Hah! Aku dengar ko terer bawa keta? Ko rempit eh? Kat highway ko hentam 100km lebih-lebih. Jangan Cik LK, ko budak baru. Bawa slow-slow, kang kena saman padan muka. Tapi baguslah ko dah boleh bawa keta, senang sket....tak perlu suruh orang amik dan hantar ko lagi. Yelah, ko kan duduk pedalaman. Bas awam takde, teksi lak mahal sangat. Aku yakin lepas ni, orang lain dah boleh harapkan ko ;)

   Lagi satu, aku dengar ko dapat keja sementara kat Tunas Permata UKM? Alhamdulillah. Tak perlu lah ko nak 'ikat' selera ko pasni. Lepas lah untuk duit belanja ko. Tapi jaga-jaga, jangan boros! hehe. Apa-apa hal pun, jadi lah seseorang yang menghormati orang lain. Senyum, jangan kedekut! ;p
Aku dengar ko suka Joo Won. Mamat korea tuh? Kata tak suka orang jambu! Make-up tebal kot mamat korea tuh. Aku harap lepas ni selera ko pergi lah kat Beto Khusyairi ke, Remy? Oh tak tak...jangan LCW! Udah-udah lah suka kat suami orang. Heh! ;p

   Akhir sekali, aku nak tanya....kawan-kawan ko hampir kesemuanya dah nak kawin dan dah berkahwin. Ko?? ko? ko bila lagi? Aku tau mesti ko akan bagi jawapan ni 'Tolonglah carikan'. Betul tak?? Haha...sebab ko dapat nasihat dari Aunti Halizah kan. Kan? Betul, ingat senang nak cari imam. Dan imam pun bukan senang nak cari makmum. urrmmm. Apsal lak aku yang mengeluh yea Cik LK. Oklah, sayang diri ko dulu, jaga diri ko dulu....belajar untuk sarjana ni jangan main-main sangat. Lebiu till jannah ;)

p/s: