Monday, February 17, 2014

Surat untuk Chinta

Surat untuk Chinta

Kehadapan Chinta,

Surat ini aku titipkan tatkala terlalu banyak sangat aduan tentangmu, Chinta. Kadang-kadang boleh jadi serba salah kerana kau Chinta! Kadang-kala ada orang yang hilang munasabah kerana Chinta. Jangan aku pula yang hilang sabar kerana kau, Chinta.

Okey, maapkan aku kerana ter'emosi' sekejap. Aku seperti kaunselor cinta yang disoal tentang Chinta. Ada yang menangis dan ada tertekan. Kerana kaulah Chinta. Aku? nak nasihatkan pengalaman gila cetek. 

Meh aku cerita sket tentang masalah Chinta ni. Ada yang dipaksa bercinta, ada yang suka bercinta tapi tiada haluan, ada yang mempermainkan cinta dan ada yang putus cinta. 

Okey, akhirnya aku hanya memberi jawapan cinta lah pada Cinta Abadi, nescaya akan memperoleh cinta duniawi. Aku akan beri jawapan yang realistik sebab aku bukan dalam keadaan Chinta. Jadi maap kan aku kalu kasar dalam jawapannya.

Chinta, aku harap kau lebih 'lembut' dengan sang pencinta.

p/s: Listen to Lite.fm boleh dengar lagu cinta jenjaman kecik dulu.haha

No comments: