Sunday, February 16, 2014

Surat untuk Ayahanda


Assalamualaikum...

Kehadapan Ayahanda,

Anakandamu minta maaf masa kecik-kecik dulu selalu main kat tanah sampai taknak balik. Selalu melawan cakap. Tapi anakanda mu ini manja...kan? Ayah. O Ayah, aku tak penah rasa kau tiada dalam kehidupanku. Pergi mana-mana sahaja, aku kaitkan aku dengan kamu. Ayah jangan risau, aku akan membesar dan men'tua' dengan baik. Mudah-mudahan aku pembawa manfaat untukmu.

Kadang-kala aku jatuh Ayah, aku takkan bimbang kerana aku yakin tuhan aku dan kamu adalah sama. Tuhan kita akan jaga hubungan kita. Mudah-mudahan aku menjaga agama kita sebaiknya kerana aku mahu berjumpa denganmu Ayah. Aku jarang melawat Ayah sebab sekarang aku jarang balik kampung. Tapi sedikit pun aku tidak melupakan Ayah dalam doaku dan al-Fatihahku.

Ayah, aku nak bagitahu...aku akan melepasi rintangan ini antara sebabnya adalah nasihat dan tunjuk ajar Ayah. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih masukkan aku ke sekolah agama, Ayah, aku anakmu yang paling tak cantik tapi aku nak jadi anakmu yang paling baik. Ayah kau tatang aku ibarat permata, aku harap aku boleh jadi permata untukmu kelak.

Ayah, mak banyak berkorban untuk aku. Kalau Ayah ada mungkin mak kuat tapi cinta mak pada Ayah kerana Allah. InshaAllah, mak dan ayah akan berjumpa kelak di sana. Aku doakan. Ayah, aku juga belajar tentang cinta melalui mak. Mak pemalu orangnya, Ayah pendiam pula orangnya...Mak ajar aku supaya memberi. Ayah pula orang yang sama. Ayah tinggalkan harta untuk kami meneruskan kehidupan. Dan harta yang paling utama adalah didikan yang Ayah berikan.

Ayah, bila aku aku tengok ayah orang lain...aku teringat kat Ayah. Tapi terubat juga rindu aku pada Ayah. Ayah dulu aku lupa nak peluk-peluk cium Ayah. Seingat aku, bila aku masuk asrama, aku mula cium pipi Ayah. Masa tu aku puas hati sangat. Bila naik keta, Ayah suka borak ngan aku. Aku kan 'tembey' suka nanges-nanges dalam keta. Ayah, aku gila rindu saat tu. Kadang-kadang bila terlalu pk kan masalah, aku nyaris jatuh dalam tandas. Aku cuai juga kadang-kadang Ayah. Kadang-kadang Ayah, aku pergi kerja dengan mata merah sebab menanges. Tapi tak ada orang yang perasan, sebab mereka bukan Ayah. Betul, kadang-kadang aku memerlukan bahu Ayah, tangan kasar Ayah untuk lap airmata. Tapi aku minta, tuhan keringkan airmata kesedihan dan kepahitan ini. Ayah, kita patut berterima kasih pada tuhan. Terima kasih Allah.

Ayah, aku bakal meneruskan kehidupan. Aku tak harap Ayah disisi. Tapi aku harap aku berada disisi Ayah kelak. I do love you. Dunia akhirat, you d only Ayah that i waiting for. Ayah, jaga diri...anakanda mu ini milik tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Mohon doakan agar aku makin dekat kepada Maha Pencipta.

p/s: Surat untuk Ayah Husin. Al-Fatihah.

No comments: