Friday, March 26, 2010

Kisah Kasih Ibu

"Seharum bunga indah pelukan mu itu sayang bak awan biru yg melindungiku
hanyalah kasih mu yang ku perlu tiada dua nya utk ku bandingkn dr mu hanyalah kasihmu oh ibu"
(Burn-Kasih ibu)
Walaupun xrowwkk ble dgr lagu2 cmni tp mesej lagu ni amat mendalam...
Sebab skunk aq da xd ayah utk bergantung, hanya ad ibu yg aq panggil mak....
rasa nk pgl mak.......rasa nk peluk mak.....rasa nk makan ngn mak
sebab skunk mak mkn sorg, mak msk sorg kat umah, mak tdO sorang2....
dan yg lebih wat aq nk berada d sisi mak adlh kerana mak menagis sOrang2
ada satu kali 2,
aq dpt pangilan telefon dr mak
"adik, mak nk tny ni...cmne nk masukkan nOmbor2 ni????
(aq pelik bin heran gak...)
no apa mak????
(rupa2nya mak nk masukkan no pin tuk tOpup)
aq pn ajar la....bg kte yg prO ni, benda 2 benda plg remeh skali
"Nape mak xsuruh org lain tlg???....tny aq.
"xpela...xd org kat umah, agpun biarlah mak belajar"
(masa 2 aq rs klau boleh aq nk terbang dr Perak ni ke Pahang)
Walaupun perkara 2 perkara kecil....tp aq phm yg mak sOrang2 kat umah
Dan betapa sedihnya kita klau di usia sebegitu tiada org tersayang dsisi
Pada waktu i2 aq yakin, wang bukan segala2nya
Skunk, ari2 mak call aq....
n aq pn akan ari2 call mak....
Kalau dlu mak akan call sblum jam 10 malam tetapi skunk kul11 pn mak masih call
(hati aq terdetik benar bhw si ibu yg aq gelar mak ini dlanda kerisauan dan kegelisahan)
biar abih kredit jangan biar kita kehabisan rs kasih pd ibu 
Ibu yg melahirkan kita, yg menyusukan kita, yg mendidik kita, yg mebesarkan kita
Andai aq lupa pd jasa seOrang ibu nanti....maka matilah aq
tiada dOa utk kesejahteraan aq dr seorg ibu
Kerna aq yakin n percaya, aq berjaya hari ini selain dgn keizinan Allah S.W.T
n usaha aq sendiri tetapi berkat dOa seorang ibu yg xpernah ptus2 mendOakan anaknya.
Doakah aq utk ibuku????
Mudah2an aq tidak lupa mendOakannya....amin3x
Mak....andai adik bukan yang terbaik mudah2an adik jd anak yg menenangkn
dan dapat membantu mak dan ayah di akhirat kelak
Mak....andai adik bukan yg pertama menyerikan hidup mak dan ayah
mudah2an kelahiran adik yg terakhir ini memberi kebaikan dan "keharuman" spt nama adik kpd keluarga kte.....
Mak...andai anak mak yang lain melupakan mak, mak masih ada adik...
Mak...andai mak kehilangan ayah, mak masih ada adik............
Mak...andai adik kehilangan ayah, adik masih ada mak............
Mak...sesungguhnya ujian Allah S.W.T buat kita ini bukan utk menandakan kita hina di mata masyarakat tetapi untuk menguji sejauhmana keCINTAan kita kepadaNya

p/s: Harta dan anak2 adalah perhiasan dunia semata-mata....
(kpd seOrang insan yg aq syg....kembalilah kepada "mak", klau mak salah ianya bukan kerna niatnya tetapi kerana dia seorang insan dan insan itu sering lupa...)
Ya Allah, Aq mohon padaMu...Kau kuatkan keimanan ibuku utk mengharungi ujianMu
Ya Allah, Aq mohon padaMu...Kau kembalikanlah "dia" pada ibuku
Ya Allah, Aq mohon padaMu...Kau jadikanlah aq seorang anak yang menyenangkan ibubapanya ddunia mahupun akhirat....amin 

Saturday, March 20, 2010

dat was my unexpected essay 4 wacana BM


PERTANIAN DAHULU DAN KINI
1.0 Pengenalan
Pertanian telah bermula sejak zaman prasejarah lagi. Setelah zaman memburu dan mengumpulkan makanan berakhir, digantikan pula dengan zaman berternak dan bercucuk tanam. Pada masa itu, manusia mula memikirkan cara memperbanyakkan tanaman yang biasa mereka gunakan sebagai bahan makanan. Beberapa orang ahli arkeologi menyebut perkembangan ini sebagai revolusi pertanian. Sejak revolusi pertanian bermula pada zaman Neolitik, perkembangan pertanian terus mengalami peningkatan. Manusia mula menggunakan pelbagai teknik untuk memperbanyakkan tanaman.
Walau bagaimanapun, pertanian ini bukan sahaja berfokus pada tanaman, tetapi pertanian juga boleh diklasifikasikan sebagai pengeluaran makanan dan barangan melalui perdagangan, penternakan dan perhutanan. Oleh sebab Malaysia beriklim khatulistiwa, maka negara kita ini sangat sesuai dengan aktiviti pertanian. Iklim ini membantu projek pertanian untuk berkembang maju dan pesat. Negara Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang memiliki potensi untuk mengembangkan tanaman tropika. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:1373) ‘pertanian bermaksud perihal bertani (bercucuk tanam) ataupun perusahaan bercucuk tanam’.
Pertanian pada masa dahulu dan kini mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Kepesatan ekonomi membantu sektor pertanian ini berubah dari semasa ke semasa. Perbezaan tersebut berlaku dari sudut teknologi, peralatan, cara hidup dan topografi. Pertanian juga membuka peluang dari sudut perniagaan, ruang sosial, ruang kerja dan kepelbagaian pilihan makanan kepada manusia. Sektor pertanian mempunyai banyak ruang dan potensi yang belum dijana sepenuhnya. Jika dilihat daripada aspek penggunaan tanah, masih banyak tanah yang terbiar dan belum dibangunkan. Oleh itu, jika sektor pertanian mahupun penternakan diusahakan, ia mampu memberi pulangan yang besar.   
2.0 Pertanian pada masa dahulu
            Pertanian dahulu mempunyai banyak perbezaan dengan pertanian kini. Pertanian dahulu tidak mempunyai permintaan yang terlalu tinggi terhadap sektor pengeluarannya. Masyarakat juga tidak didedahkan kepada bidang pertanian kecuali kepada mereka yang telah mempunyai bendang atau kebun sendiri. Penggunaan teknologi juga tidak ditekankan pada masa itu. Hal ini jelas dilihat melalui kaedah membajak, iaitu dahulu kita membajak menggunakan kerbau, tetapi kini kita sudah menggunakan jentera yang canggih, malah penggunaan jentera juga telah diperluas sehingga kita dapat menggunakan teknologi tersebut untuk menanam tanaman. Oleh itu, tidak hairanlah pertanian dahulu tidak memerlukan kepada kerjasama luar yang luas dari negara-negara yang sudah membangun dari sudut ekonomi pertaniannya. Walau bagaimanapun, kita perlu menyedari bahawa tanpa langkah setapak kita tidak boleh maju beberapa tapak ke hadapan. Memang tidak dinafikan, pertanian kini tetap bermula dengan pertanian dahulu walaupun pertanian dahulu dan kini dapat dilihat perbezaannya dengan jelas.
2.1 Saiz ladang yang kecil
            Saiz ladang mempengaruhi kadar pengeluaran dan pendapatan para petani. Saiz ladang bagi pertanian dahulu lebih kecil berbanding saiz ladang kini. Saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik ini mendatangkan pelbagai masalah. Saiz ladang yang kecil ini menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Selain itu, saiz ladang yang kecil menyebabkan para petani mempunyai skop penjualan dan pengeluaran yang rendah. Keuntungan yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang telah diusahakan oleh para petani. Kajian yang dijalankan mendapati 65 peratus pesawah padi mengusahakan sawah bersaiz kurang dari satu hektar. Subsektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.(Noorzihan Mohamed Yin, 2004)
            Saiz ladang yang terlalu kecil memberi hasil yang rendah dan keluasan ladang yang kecil juga akan menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal. Walau bagaimanapun, saiz ladang yang kecil lebih memudahkan para petani untuk mengusahakannya. Tambahan pula, saiz ladang yang kecil ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, malah para petani tidak perlu mengimport pekerja asing untuk bekerja. Perkara ini membantu mengurangkan kos pengeluaran modal. Saiz ladang yang kecil ini akan mengurangkan penggunaan teknologi. Petani pada masa dahulu ini juga kurang menggunakan teknologi moden.
2.2 Hasil lambat dan risiko penyakit
            Masalah utama dalam pertanian pada masa dahulu ialah penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di tanah, memakan masa yang lama dan panjang untuk mendapatkan hasilnya. Justeru, penghasilan keluaran yang lambat dari pengeluaran tanaman tersebut akan menyebabkan risiko. Tanaman tersebut akan dijangkiti pelbagai penyakit contohnya jika padi akan mengalami penyakit reput tangkai, cili dan betik akan mengalami penyakit (Antraknos) manakala timun akan mengalami masalah kulapuk daun ataupun nama saintifiknya, (Mildew).
            Risiko penyakit ini akan menyebabkan kerosakan secara mekanikal kepada tanaman. Selain itu, ia boleh menyebabkan tompok-tompok tisu pada daun akan mati, tanaman tersebut juga akan mudah rosak apabila ditiup angin dan penyakit ini juga boleh menumbangkan tanaman atau pokok-pokok tersebut. Oleh sebab itulah, pengeluaran hasil pada pertanian dahulu adalah lambat kerana masalah perlunya penjagaan yang rapi dan teliti terhadap setiap tanaman. Tambahan pula, tanaman ini sangat sensitif kepada perubahan suhu dan iklim. Kawasan tanah pamah dan rendah yang bersuhu tinggi sesuai untuk tanaman getah dan padi, manakala bagi kawasan tanah tinggi yang bersuhu rendah pula sesuai untuk tanaman kubis dan tomato.
2.3 Kekurangan tenaga buruh yang berpengetahuan
Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2008), masalah utama subsektor pekebun kecil pada pertanian dahulu ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap. Kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran dalam bidang pertanian ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Oleh sebab tidak mempunyai pakar dalam bidang pertanian ini, para petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka akan mengalami kesukaran atau tidak mengetahui cara memperoleh kredit daripada institusi kewangan.
            Kekurangan buruh ini juga berlaku berdasarkan pendapatannya yang kurang lumayan jika dibandingkan dengan sektor perindustrian. Ramai golongan muda tidak memilih untuk bekerja sebagai buruh pertanian kerana merasakan status bekerja sebagai buruh pertanian adalah rendah. Sektor pertanian pada masa dahulu juga tidak memberikan pulangan pertanian yang tinggi malah perusahaan sektor pertanian juga berisiko. Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan ramai golongan muda yang berpelajaran tidak bekerja dalam sektor pertanian kerana perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar. Jika mereka bekerja sebagai buruh dalam sektor ini, mereka perlu menetap di kawasan perkampungan. Mereka tidak berminat untuk bekerja di ladang yang panas terik, bermain dengan lumpur dan serangga perosak sehingga menyebabkan buruh asing dibawa masuk. Oleh sebab itulah, kita di Malaysia pada masa dahulu sangat kekurangan buruh tempatan yang berpelajaran dalam sektor pertanian ini.
           

3.0 Pertanian kini
            Sektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersil dan berdaya saing. Langkah ini perlu ditumpukan kepada pengkomersilan hasil, penyelidikan dan pembangunan. Oleh sebab itu, perkembangan pertanian kini sangat pesat, malah melalui pertanian juga kita boleh melahirkan jutawan yang berjaya. Selain itu, kita perlu memanfaatkan kekayaan hasil tanah negara dengan membangunkan sektor pertanian ini. Teras utama pembangunan sektor pertanian adalah untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu sumber utama dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Beberapa sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian telah dikenal pasti untuk dimajukan, seperti projek perintis pemprosesan minyak kelapa dara (virgin coconut oil). Selain itu, projek-projek lain yang boleh dimajukan ialah pengkomersilan produk nira nipah dan penternakan baka kambing (Boer). Justeru itu, kerajaan dibawah kementerian yang berkaitan melihat usaha yang pelbagai bakal membantu untuk peningkatan dalam meningkatkan proses pertanian.
3.1 Transformasi ladang
            Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Jika pertanian dahulu hanya menggunakan ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik tetapi pertanian kini telah berlaku transformasi ladang. Keluasan tanah juga lebih besar berbanding dahulu. Langkah transformasi tersebut dibuat dengan menyediakan ladang kelompok dan perladangan campuran. Ladang kelompok bererti ladang-ladang kecil ini digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan dan menggunakan sumber yang sedia ada. Oleh itu, sebagai cara untuk memperluaskan kawasan ladang, kita perlu  membantu proses transformasi ladang dari kecil kepada luas. Ladang kecil yang digabung akan menjadi ladang kelompok, contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi.
            Transformasi yang kedua ialah dengan cara membuat perladangan campuran. Perladangan campuran ini bererti menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman. Kaedah ini membantu para petani untuk menambahkan pendapatan mereka. Penanaman lebih dari satu tanaman adalah seperti menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit. Perkembangan dari sudut transformasi ladang inilah yang membantu perubahan dari pertanian dahulu kepada pertanian kini.
3.2 Sistem fertigasi dan hidroponik               
            Pertanian kini telah menggunakan sistem fertigasi dan hidroponik kerana siatem ini  merupakan pertanian moden yang menjana keuntungan kepada usahawan. Melalui penggunaan sistem ini, tanaman akan membuahkan hasil dan kurang risiko jangkitan penyakit. Selain itu, sistem teknologi moden bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan tanah, malah turut menggunakan sistem fertigasi dan hidroponik ini. Sistem fertigasi ialah salah satu daripada cabang hidroponik lain yang terdiri daripada Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik Static, Aeroponik dan Pemercik Mikro.
            Melalui sistem fertigasi ini banyak memberi keuntungan kepada usahawan pertanian ini. Oleh hal yang demikian, beberapa kelebihan sistem ini ialah ia membekalkan nutrien yang lengkap mengikut pertumbuhan pokok, menjamin kebersihan dan menghindarkan penyakit, juga dapat mengatasi masalah bawaan tanah dan masalah rumpai juga menjadi rendah. Selain itu, kelebihan sistem ini ialah menghasilkan kualiti hasil yang lebih cantik dan lebih baik, pengurangan penggunaan racun, meningkatkan hasil pengeluaran malah turut menggunakan modal pusingan yang rendah.
            Tanaman seperti cili, (Rock Melon), tomato dan timun Jepun sangat sesuai ditanam menggunakan sistem fertigasi dan hidroponik. Tanaman fertigasi seperti tomato ini, memberi pulangan yang baik kerana harga yang stabil di pasaran. Tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara konvensional di tanah rendah. Kepesatan tanaman menggunakan kaedah ini membantu pertanian kini maju setapak demi setapak. Malah kualiti tanaman menggunakan kaedah ini juga adalah sama dengan kaedah-kaedah yang lain.
3.3 Transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi dan teknologi
            Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada bergantung kepada tenaga buruh kepada tenaga berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkatkan produktiviti telah dilaksanakan. Program ini termasuklah program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi dan hidroponik tanaman dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program (Pen Culture), akuakultur secara nukleus, (Open Sea Cage Culture).
            Transformasi tersebut dapat mengurangkan pengambilan tenaga buruh dari negara asing. Mekanisasi ladang bermaksud penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan. Kesemua kaedah ini banyak memberi faedah kepada sektor pertanian, antaranya menjimatkan masa. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan jentera, jam bekerja dapat dikurangkan dan kerja juga dapat disiapkan. Selain itu, ia turut membantu menjimatkan tenaga pekerja seperti akan berlaku pengurangan pekerja yang diperlukan dalam pengendalian mesin atau jentera malah seorang pekerja juga dapat melakukan banyak kerja dalam satu masa. Antara faedah lain membolehkan penghasilan kerja yang lebih berkesan. Hal yang demikian dapat dilihat apabila hasil kerja yang sekata dan konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air.
            Pertanian kini mempunyai banyak faedah dari transformasi buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi dan teknologi. Antaranya lagi ialah pekerjaan yang dibuat akan menepati masa seperti kerja dapat dibuat mengikut kesesuaian masa dan kaedah ini juga dapat mengelakkan cuaca buruk, dapat memenuhi permintaan pasaran malah kerja yang dibuat dapat disiapkan mengikut jadual. Selain itu, kaedah ini dapat memudahkan kerja, contohnya seperti mengurangkan beban dan seksa pekerja, pekerja juga tidak keletihan dan kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan. Di samping kelebihan yang pelbagai, dengan penggunaan sistem teknologi ini ia akan mengakibatkan kurangnya pengambilan pekerja. Oleh sebab itu, banyak pengangguran akan berlaku akibat daripada penggunaan sistem teknologi ini. Pengangguran ini juga boleh menyebabkan banyak berlakunya masalah sosial seperti merompak, mencuri dan penghantaran pulang warga asing ke tempat asal mereka.
            Selain dari penggunaan mekanisasi, pertanian kini juga turut menggunakan sistem otomasi. Proses otomasi pada bidang ini menepati posisi selangkah ke hadapan mekanisasi. Pada proses mekanisasi, biasanya diperlukan manusia sebagai operator mesin, sedangkan pada proses otomatisasi ini ia akan mengurangkan penglibatan manusia sebagai operator (B.Ariafianto, 2003). Pengurangan penglibatan manusia sebagai operator ialah perbezaan kepada sistem mekanisasi dan otomasi. Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem ini akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh.
3.4 Pengurusan ladang yang moden
            Pertanian kini telah mempunyai pengurusan ladang yang moden berbekalkan sistem teknologi yang canggih. Selain itu, program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti. Pakar-pakar dan pekerja akan terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
            Latihan dan bimbingan kepada tenaga kerja dalam memastikan pengurusan ladang secara moden perlu dipertingkatkan. Latihan ini akan membantu pengurusan ladang secara moden dan dapat diuruskan dengan licin. Oleh sebab itu, pekerja perlu mahir dengan sistem teknologi baru. Selain itu, pekerja juga akan dihantar untuk menjalankan kursus-kursus di negara-negara yang sudah maju dalam bidang bioteknologi. Bidang bioteknologi ini sudah terbukti dapat dimanfaatkan oleh negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan Kanada. Di negara tersebut, tanaman bioteknologi seperti jagung dan kacang soya ditanam secara meluas oleh petani dan menjadi komoditi eksport utama negara tersebut. Pada masa ini, tanaman bioteknologi merangkumi 90 hektar yang melibatkan 21 negara di dunia. Oleh sebab itu, pekerja perlu mahir dengan kaedah bioteknologi ini bagi memastikan pengurusan ladang dapat diusahakan dengan baik. Selain itu, ia dapat menggelakkan daripada berlakunya penyelewengan semasa bekerja dan menghasilkan pengurusan yang produktif. Kerja yang dilakukan juga dapat dilakukan dengan sistematik dan teliti. Oleh sebab itu, pengurusan ladang yang moden ini memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam sistem teknologi.
            Pengurusan ladang yang moden pada pertanian kini merangkumi pelbagai aspek. Salah satu daripadanya termasuklah pengurusan sistem pepejal. Tempat pembuangan sistem pepejal yang pertama telah dibina pada tahun 500 Masihi di Rom dan Athens (Chisea, 1981). Oleh itu, pengurusan yang baik juga perlu memastikan perkara yang kita rasa remeh menjadi aspek terpenting dalam pengurusan ladang sama ada moden atau kuno. Usahawan yang menjalankan pertanian secara moden perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan mengupah pekerja-pekerja yang profesional dalam menguruskan ladang tersebut. Kekurangan yang dapat dilihat melalui pengurusan ladang yang moden ini ialah memerlukan pekerja yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Oleh itu, peluang bagi penduduk yang mempunyai kelulusan yang rendah adalah tidak cerah. Pengurusan ladang penting kerana pertanian ini ialah satu perniagaan yang boleh membawa keuntungan kepada usahawan-usahawan tersebut. Oleh itu, pertanian ini ialah satu perniagaan yang menguntungkan. Menurut Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yasin (2008:4),
“Kempen periklanan dan komunikasi untuk mempromosi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani telah direka bentuk dengan teliti bagi mendidik dan mewujudkan kesedaran bahawa pertanian adalah perniagaan. Mesej yang akan disampaikan ialah pertanian yang diusahakan dengan serius, satu usaha yang benar-benar menguntungkan dan menjamin masa depan”.
3.5 Penubuhan kolej pertanian
            Penubuhan kolej pertanian ini telah memperlihatkan bahawa kerajaan bertindak serius untuk menyediakan pasaran tenaga mahir dan profesional bagi menjana sektor pertanian negara yang bertaraf global. Langkah ini juga bagi membuktikan bahawa Malaysia mampu kekal sebagai negara pertanian yang serius dengan pembangunan sektor industri berat perkilangan. Satu ketika dahulu, sejak awal merdeka pada tahun 1957 hingga 1970-an, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang berasaskan pertanian tetapi menjelang tahun 1988 hingga kini ia lebih dikenali pula dalam sektor perindustrian berat perkilangan dan elektronik (Utusan Malaysia:2003).
            Penubuhan kolej pertanian kini banyak membantu dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan pekerja yang begitu produktif. Sesungguhnya, dengan lahirnya kolej-kolej pertanian yang bagaikan cendawan ini dapat membantu sektor pertanian negara kita supaya menjadi terkenal seperti awal tahun 1957 dulu. Kelebihan yang ada pada kolej pertanian ini ialah subjek pembelajaran berfokuskan pertanian. Kelebihan ini akan memudahkan pelajar untuk mendalami satu bidang tertentu. Walaupun bidang di dalam pertanian ini banyak, namun dengan penubuhan kolej pertanian ini membantu pelajar-pelajar untuk menceburi bidang yang mereka minat dalam sektor pertanian. Justeru, Kementerian Pertanian dan Industri Tani sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar. Jika dibandingkan pertanian dahulu dan kini memang banyak bezanya. Walaupun di awal pertanian dahulu sudah ada kursus-kursus yang diberikan kepada golongan sasar, namun tidak tumbuh bagaikan cendawan seperti yang berlaku pada pertanian kini. Oleh sebab itulah, pertanian kini melangkah lebih maju ke hadapan.
3.6   Kemudahan infrastruktur
            Kemudahan infrastruktur sangat penting kepada sektor pertanian. Kemudahan ini boleh diibaratkan sebagai tulang belakang kepada sektor tersebut. Kemudahan ini perlu disediakan bagi memudahkan pekerjaan dalam sektor ini dijalankan dengan baik dan berkesan. Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan dalam sektor pertanian.
            Kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya kemudahan ini diberikan adalah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasar. Kemudahan infrastruktur yang baik adalah untuk menjana produktiviti yang terbaik supaya dapat dihasilkan atau dikeluarkan dari sektor pertanian ini.
Kemudahan infrastruktur pada zaman pertanian dahulu ialah terusan dan tali air. Terusan dan tali air ini membantu pengairan air dibawa masuk ke sawah padi. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di negeri Kedah, manakala di Negeri Sembilan pula, kincir air telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi. Pada pertanian kini pula, kemudahan infrastrukturnya juga adalah moden dengan terbinanya empangan seperti Empangan Bakun dan Empangan Semenyih. Empangan merupakan halangan merentangi air yang mengalir, iaitu menghalang, mengarah atau melambatkan aliran. Empangan ini seringkali menghasilkan takungan air, tasik atau kepungan air. Kebanyakan empangan memiliki bahagian yang dikenali sebagai alur limpah atau tebat yang bertujuan membenarkan air melaluinya, sama ada secara berterusan atau sekejap-sekejap. Empangan ini ialah salah satu contoh kemudahan infrastruktur yang terdapat pada pertanian kini.
Pertanian adalah antara sektor yang menyumbang kepada kenaikan taraf ekonomi negara. Oleh sebab itu, teras pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKke-9) akan memberi tumpuan kepada peningkatan liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi menyokong aktiviti ekonomi. Kemudahan infrastuktur diluar bandar akan dipertingkatkan dari sudut perkhidmatan pengangkutan yang lebih bersepadu, sistem bekalan air berkualiti dan perlaksanaan projek infrastruktur . Antara projek pembangunan infrastruktur bagi pertanian ialah akan dijalankan di wilayah pantai timur kerana projek ini baru dijalankan pada tahun 2007. Oleh itu, banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki dari sudut kemudahan prasarananya.
            Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk menambahbaik prasarana dalam sektor pertanian ini. Bagi memacu pertumbuhan Bandar Perlabuhan Kuantan sebagai sebuah Hab Pembuatan dan Logistik yang utama, pelbagai prasarana akan dibangunkan. Prasarana tersebut termasuklah penambahbaikan kemudahan pelabuhan serta perluasan kawasan perindustrian yang sedia ada. Di samping itu, Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (P.O.I.C), kawasan bebas cukai, perbandaran baru dan pusat logistik juga turut dibangunkan. Penambahbaikan dalam bidang ini juga membantu meningkatkan kerjasama dengan sektor pertanian kerana sektor-sektor lain juga turut mempengaruhi perkembangan sektor pertanian. Oleh itu, kerjasama dari sudut kemudahan prasarana penting bagi pelbagai sektor yang sentiasa berkaitan.
3.7 Insentif untuk golongan petani dan skim pertanian (Bank Pertanian)
            Jika pada pertanian dahulu, golongan petani ini bekerja untuk menyara diri dan keluarga tetapi pada pertanian kini, petani boleh memperoleh insentif yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan tersebut. Pembentangan Bajet 2010 yang lalu menunjukkan golongan petani bakal menerima subsidi hampir RM 2 billion. Antara bantuan dan insentif yang disediakan termasuklah subsidi harga padi, subsidi baja, insentif peningkatan hasil padi dan subsidi beras, insentif sara hidup nelayan dan skim persaraan petani. Skim ini akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim ini bertujuan memberi perlindungan kepada golongan petani dan nelayan. Kewujudan Bank Pertanian ini menunjukkan pihak kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan golongan petani. Oleh itu, menurut Datuk Noh Omar (2009),
“Nampaknya Perdana Menteri terus memberi tumpuan kepada usaha memajukan lagi sektor pertanian negara. Tujuannya untuk memastikan golongan petani, nelayan dan penternak kita mendapat pembelaan sewajarnya. Dalam masa sama ia juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan melihat sektor pertanian menjadi salah satu pemacu ekonomi negara”.
Selain itu, golongan usahawan yang terlibat dalam bidang ini akan mendapat khidmat nasihat melalui program Klinik Pengembangan Dr. Pokok. Klinik ini menjalankan perkhidmatan seperti memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal dan perundingan perlaburan pertanian.
            Klinik ini juga berperanan untuk menyelesaikan masalah teknikal dan pembanguna dalam pertanian. Peranan penting yang lain dijalankan oleh klinik tersebut ialah memberi penerangan dan penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain. Hal ini bertujuan mengalakkan para petani untuk mengikuti program tersebut. Selain itu, klinik ini dijadikan sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit atau seksyen atau bahagian dalam negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para petani bekerjasama dengan unit-unit tersebut semasa menjalankan aktiviti pertanian. Klinik juga akan menyebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu pertanian kini.
            Dalam insentif untuk golongan petani, kerajaan turut menyediakan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM). Skim ini adalah berpandukan Standard SLAM dan berdasarkan Malaysian Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities-Good Argricultural Practices (GAP). Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan bertujuan untuk akreditasi. Antara penilaian yang akan diberikan ialah berdasarkan kesesuaian ladang dan persekitaran tempat tersebut, amalan pertanian yang teratur yang dijalankan oleh usahawan tersebut dan pngeluaran kualiti produk yang dihasilkan.
            Maklumat-maklumat melalui penilaian ini diperolehi daripada pengusaha untuk peringkat penilaian yang seterusnya. Jika ada sebarang masalah, pengusaha tersebut tidak dapat meneruskan ke peringkat seterusnya, malah penghasilan produk-produk yang dikeluarkan dari ladang ini juga mestilah mengikut standard dan berkualiti. Oleh itu, sebelum sesetengah pihak berhak memperoleh skim SLAM ini, mereka perlu menjalani beberapa prosedur penting. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan skim tersebut disalah gunakan dan diberi kepada pengusaha yang hangat-hangat tahi ayam sahaja.
            Selain dari SLAM, kerajaan turut menyediakan Skim Pengesahan Benih Padi Jabatan Pertanian Malaysia. Skim ini bertujuan untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti pelbagai jenis benih padi yang dikeluarkan, malah skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi yang sah oleh pengeluar yang dilantik. Hal ini bagi mengelakkan pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya menggunakan skim ini bagi mengesahkan ketulenan benih padi tersebut. Skim ini dapat menjamin ketulenan genetik dn identiti benih padi tersebut.
            Banyak skim yang telah disediakan oleh kerajaan kepada golongan petani dalam sektor pertanian kini. Salah satu lagi ialah Skim Organik Malaysia (SOM). SOM ini memberi penumpuan kepada pengeluaran, pengendalian termasuk pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan bahan makanan organik. Oleh sebab proses pengendalian ini penting dengan itulah tertubuhnya skim tersebut kerana skim ini membantu proses pengendalian menjadi lebih sistematik. Skim ini membantu pengusaha dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian yang menjalankan pemeriksaan ladang oleh inspektor dan keputusan untuk meluluskan sesebuah ladang sebagai organik atau tidak dibuat oleh Jawatankuasa Pensijilan.
            Pemeriksaan perlu dijalankan bagi menghasilkan hasil yang berkualiti tetapi bagi golongan pengusaha ini, daripada pemeriksaan tersebut mereka boleh membuat aduan dan permintaan terhadap Jabatan Pertanian itu. Hal ini dapat membantu pengusaha dalam membaikpulih ladang mereka supaya memperoleh sijil dari Jawatankuasa Pensijilan tersebut.
            Selain itu, kerajaan turut menyediakan Agri-Bazaar. Agri-Bazaar ini merupakan satu inisiatif hasil dan kerjasama antara jabatan Pertanian dengan MIMOS Berhad. Agri-Bazaar ini diwujudkan bagi menguruskan perdagangan harian sektor pertanian secara terus. Oleh itu, hasil-hasil pertanian dapat dijual dengan terus kepada pengguna. Aktiviti ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah memberi keuntungan kepada pengusaha secara terus dan mengelakkan hasil tanaman dari rosak, buruk atau tidak berkualiti lagi untuk dipasarkan. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran kerana pembaziran itu adalah satu amalan buruk dan merugikan pelbagai pihak. Agri-Bazaar ini sebagai contoh ialah pasar tani dan pasar malam. Kebiasaannya, pasar tani ini dijalankan pada waktu pagi dan pasar malam ini pula akan bermula dari petang sehingga malam. Oleh itu, pertanian kini dapat dijual terus, malah secara “online” pun dijalankan oleh sesetangah  pengusaha untuk meningkatan penjualan mereka.
            Penubuhannya Bank Pertanian Malaysia (BPM) merupakan satu perubahan besar kepada industri pertanian kini. Bank Pertanian Malaysia memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup golongan petani, penternak, nelayan dengan menawarkan pelbagai kemudahan kredit dan pinjaman. Bank ini menawarkan Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS), Skim Pertanian Bukan Makanan-i (SPBM-i), Skim 3F dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Bagi SUTKS, skim ini menawarkan siswazah yang menganggur yang berminat dalam sektor pertanian untuk melibatkan diri dalam sektor pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran makanan sebagai kerjaya sepenuh masa. Program SUTKS ini merangkumi tiga aspek, iaitu latihan, penempatan dan pembiayaan. Pemohon yang berjaya akan ditemu duga, diberi latihan, pendedahan kepada projek yang dipilih sebelum diberikan pinjaman. Skim ini dapat membantu siswazah-siswazah yang menganggur dalam mencari pekerjaan. Hal ini dapat meningkatkan minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden ini. Had pinjaman yang diberikan sehingga RM50,000 dengan kadar faedah tiga peratus setahun dan akan dikira atas baki pinjaman, dijamin oleh seorang penjamin dan tempoh maksimum ialah sehingga enam tahun.
Selain skim SUTKS, Bank Pertanian turut menawarkan Skim 3F. Skim 3F atau Dana Tabung Untuk Makanan ini merupakan dana kerajaan yang disalurkan Bank Pertanian Malaysia untuk membiayai aktiviti pertanian yang meliputi aspek pengeluaran, pemprosesan serta pemasaran dalam meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Skim ini merangkumi 90 peratus kos projek, dengan minima RM10,000 hingga RM5 juta maksima jumlah pinjaman. Oleh itu, aktiviti pertanian dapat dijalankan dengan adanya skim tersebut. Skim ini bertujuan untuk menjaga proses pertanian daripada tidak mempunyai dana jika mempunyai masalah-masalah tertentu, sama ada dalam pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran.
Seterusnya, bank ini juga turut menyediakan Skim Pertanian Bukan Makanan-i (SPBM-i). Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah diperuntukkan dana sebanyak RM30 juta untuk pembiayaan skim tersebut. Bagi LKIM, mereka telah meminta peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek untuk nelayan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015). Ketua Pangarah LKIM, Datuk Mustafa Ahmad Rabu berkata, pelbagai projek kemudahan nelayan seperti pembangunan usahawan, pembinaan jeti, pembinaan unjam dan pemprosesan hasil sumber perikanan adalah antara yang akan dilaksanakan. Skim LKIM ini bertindak sebagai skim perlindungan dan kebajikan bagi nelayan. Skim ini diwujudkan oleh NEKMAT bagi membantu nelayan yang mengalami kemalangan sewaktu keluar menangkap ikan di laut dan ini meliputi kecederaan dan kematian.Skim ini bukan sahaja membantu nelayan yang tercedera tetapi turut membantu keluarga nelayan tersebut. Jika pertanian dahulu tiada sebarang skim yang diperuntukkan dan ini ialah satu langkah yang baik bagi membela nasib nelayan dan keluarga mereka. Pertanian kini bukan sahaja perlu mementingkan dari sudut teknologi dan peralatan sahaja, malah turut perlu mementingkan atau menaik taraf pekerja-pekerja yang bekerja dengan sektor pertanian ini.
Hal ini ditunjukkan dengan perancangan daripada peruntukan yang diminta tersebut ialah untuk pembinaan jeti perkampungan Sungai Cenang. Jeti itu bertujuan bagi memberi kemudahan kepada 250 nelayan di tempat tersebut (Bernama, 2010). Jika kebajikan para nelayan terjaga, kebarangkalian hasil produktiviti dan kesetiaan itu dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Hal ini juga turut menggalakkan nelayan supaya tidak berasa bimbang dengan masa depan mereka dan anak-anak mereka. Perbezaan inilah yang menjadi pengaruh utama perkembangan sektor pertanian di Malaysia.
3.8 Kempen dan promosi terhadap pertanian kini
            Kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan banyak membantu perkembangan pertanian kini. Melalui kempen tersebut, orang ramai dapat mengetahui tentang program-program yang dijalankan, kerja kosong dan pengetahuan tentang pertanian dari media massa dan media cetak. Pertanian kini sudah banyak menyediakan kempen-kempen yang berkaitan dengan kepentingan pertanian kepada semua. Antara kempen tersebut ialah Kempen Bumi Hijau. Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik. Sebelum nama kempen ini ditukar kepada Kempen Bumi Hijau, ia diberi nama Kempen Buku Hijau terlebih dahulu walau bagaimanapun karyanya tetap menekan konsep yang sama. Aktiviti yang dijalankan oleh Kempen Bumi Hijau ini ialah mengadakan Majlis Pelancaran di Peringkat Putrajaya, Pelancaran Laman Komuniti Putrajaya, mengadakan promosi dan publisiti yang berterusan sama ada di media massa atau media cetak, mengadakan pameran seperti pameran buah-buahan, mengadakan pertandingan laman dapur, latihan dan demonstrasi, menyediakan penyediaan bekalan input dan akhir sekali ialah mengadakan sokongan teknikal terhadap kempen tersebut.
3.9 Projek-projek yang dijalankan pada pertanian kini
Salah satu projek yang dijalankan pada pertanian kini ialah projek biodiesel biji getah. Projek ini dijalankan oleh sekumpulan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang telah berjaya, menghasilkan biodiesel daripada biji getah yang terbukti lebih murah serta lebih berkualiti berbanding biodiesel yang dihasilkan daripada minyak sawit. Hal ini lebih menakjubkan apabila biodiesel daripada buji getah ini bukan sahaja boleh digunakan di negara beriklim panas tetapi juga boleh digunakan di negara yang beriklim sejuk tanpa memerlukan pengubahsuaian kimia. Menurut Ketua Pengkaji biodiesel daripada biji getah UTP, Mohd Tazli Azizin (2008), berkata, ini kerana biji getah yang banyak di negara ini terbiar dan tidak digunakan langsung di lebih satu juta hektar ladang getah, walhal ia dapat menghasilkan biodiesel dengan lebih murah berbanding persaingan terhadap minyak kelapa sawit dan bahan tumbuhan yang lain.
            Proses untuk menghasilkan biodiesel daripada biji getah ini begitu rendah dan mudah. Biji getah terlebih dahulu dikisar halus dan dicampur bahan untuk mengurangkan asid lemak seperti alkohol dan katalis tertentu yang menjadi ramuan khas yang dicipta oleh pensyarah berkenaan. Projek ini adalah di antara projek terbaru yang dijalankan oleh UTP dan masih lagi berada dalam proses pengeluaran dan penelitian. Selain itu, ada juga projek seperti penternakan ikan keli di dalam takungan atau kanvas, penternakan udang galah, penanaman pokok jarak pagar, penaman kelapa, penternakan kambing (Boer) yang bermutu tinggi dan penanaman pisang (Cavendish).



4.0 Penutup
            Hasil pertanian dahulu memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan pertanian kini. Hal ini berlaku dari perlbagai aspek iaitu aspek teknologi, insentif dan transformasi. Bagi menghasilkan kejayaan pada hari ini, ianya memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Bermula dari orang perseorangan iaitu petani, usahawan, jabatan-jabatan yang terlibat, kementerian dan kerajaan itu sendiri yang mendorong ke arah perkembangan sektor pertanian kini.
            Senario sistem pertanian di Malaysia pada hari ini juga ialah bertambah maju dan sebahagian besar ianya berbentuk komersil malah kaedah pertanian sara diri atau berpindah semakin kurang akibat kesan daripada pembangunan infrastruktur dan pembangunan tanah oleh kerajaan dan swasta. Pihak swasta turut banyak membantu perkembangan sektor pertanian. Walaubagaimanapun, terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian antara ialah sektor pertanian mengalami kemerosotan dari segi sumbangannya kepada eksport. Hal ini adalah kerana berkembangnya sektor industri dan perkhidmatan.
            Selain itu, terdapat juga masalah pemecahan hak milik tanah dan pengurusan pekebun-pekebun kecil yang tidak ekonomi dimajukan melalui pertanian kelompok dan penanaman semula oleh agensi kerajaan. Oleh itu, sistem pertanian perdagangan telah mengalami pertambahan kawasan dan pengeluaran. Malah pertanian kini juga turut menghasil hasil yang sangat produktif, berkualiti dan dapat dihasilkan tetap pada masanya kerana mempunyai peralatan yang cukup lengkap. Walau bagaimanapun, kita masih lagi perlu mencontohi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat untuk memajukan lagi sektor pertanian di negra kita kelak.

 Bibliografi

B.Arianto, S.T (2003). Aplikasi mikrocontroller untuk dunia otomasi. Diperolehi pada Mac 1,     2010 daripada http://students.ukdw.ac.id/aplikasi mikrokontroller untuk dunia     otomasi(B.Arianto).pdf
Chamcuri Siwar (1988). Isu-isu ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahril Hj. Abdul Karim (1988). Industri pertanian: Jangan diabaikan. Kuala Lumpur:   Dewan Masyarakat.
Shamsul Amri Baharuddin (1998). Pertanian negara: Masalah dan masa depannya.
Kuala Lumpur:Dewan Masyarakat. 

 p/s: Xsangka boleh buat esei ilmiah ttg pertanian dahulu n kini.....
anyway, i want congratulate 2 my mind, myself, my notebook, my pendrive n so on...ahhhhaahhaah





 

Wednesday, March 17, 2010

keta idaman shaFINI....

andai keta tersebut milik shafini....kami la antara muka2 yg xmalu nk menumpang!!!
hahahahhah
pas kuar dr klas p&P yg rowkkss 2
kebetulan mgu ni ad konvokesyen
so berlambak la manusia luar yg memenuhi setiap ruang parking kat upC ni
so masa ni la nk showw off (detik hati c pemilik keta)
ktaorg yg jarang2 kadang2 tgk keta 2
amik kesempatan la (bkn mencalarkan tapi be mOdel keta mahal jap)
yg plg EXCITED, c baju hijau
match lak bj dia ngn keta 2...so sweet=)
last2, ktaorg cm bese, blik klas stil riding our beloved horse bUS...hahahahah

Monday, March 15, 2010

Gathering at MamaHayyu's Home

14th March 2010, aq mengajak kwn2 makan2 kat umah my beloved sister in Langkap...Jalan pergi terasa amat jauh, walaupun aq slalu pergi dlu tp walaubagaimanapun, dh lama xpergi sejak masuk sem II sesi 2009/2010 ni....2 besela, sampai2 jek...aq masih ag mencari tepung tuk buat kek (dlm keadaan bluurr cz aq xtau sepatah haram pn ttg peralatan nk wat kek ni...hahah), then sampai2 jek my frenzs and I tolong2 la kakak aq sedaya yg boleh...(aq sgt penat tp hepi cz dpt jmp kakak aq n her famili...n hepi kn kwn2)
SemOga kwn2 kenyang n ikatan persahabatan kte kekal abadi...insyaAllah=)
Hati aq terasa sebak kerna byk yg nk dkongsi bsama kakak tp hidup mesti dteruskan....
walau ap pn dugaan yg famili kami hadapi, insyaAllah ujian ini akan menguatkan ag ati2 kami..
Buat insan tersayang, saat kau sangkakan ini adalah satu kegembiraan...sebenarnya aq telah meninggalkan kamu di belakang......

Friday, March 12, 2010

bagai Enggang dengan Pipit

Salam sayang....salam penuh rs cinta,
nape perumpamaan melayu ni menyatakan bagai enggang ngan pipit???
maksudnya xsesuai la 2....bkn k mereka dr spesis yg sama, mkn benda yg sma, membuat pergerakan yang sama. Sama gak spt manusia, cuma bezanya manusia ad kewarasan akal dan emosi yg cukup indah utk dikongsikan. Hati mana yg xtersentuh jika kte digelar "bagai enggang ngan pipit". Bkn kisah burung2 ni yang nak dsampaikan...hahhahaha
tapi rs kasih yg lahir tanpa di telefon pn, yg lahir tanpa perlu d sms pn....bkn susah nk dijemput tp susah nk dihakis oleh sesuatu pn. Menyatakan sesuatu yg xpasti tidak akan membuatkan seseorg itu bahagia malah merundumkan ag keyakinan yg semakin tipis terhadap semangat yg sentiasa bergolak. Org kata indah khabar dr rupa.....kasih yg terbina sekadar mainan kehidupan, atau mainan manusia yg terlalu tamak terhadap kasih. Ianya boleh dikatakan sbg kasihan....kasihan kah kpd c enggang? @ pipitnya??
Kita xjelas ap yg akan berlaku akan datang, tp kte jelas dgn ap yg berlaku skunk...xperlu jika hanya berniat tp xlaksanakan (insyaAllah aq akan laksanakan-hanya Allah n aq sj yg phm),
seandainya ini bukti kepemergianku dr hidupmu, smoga kau jgn berkecil hati...
salah aq akan tetap menjadi salahku
bukan kau keinginanku TAPI kebahagiaanmu yg aq nanti
Seandainya ia dpt dibendung, aq la yg plg hepi sbb smua yg berlaku arini & sebelum2 ini
AKAN AKU JADIKAN SEBAGAI MAINAN MIMPI

p/s: xd kaitan ngan yg idup mahupn yg tlh meninggal dunia

Tuesday, March 9, 2010

5th IIC cOnvO & MAMPAN

salam...
ari cuT ari2 aq memenuhkan setiap ruang yang ad ngan aktiviti yg sgt memenatkan...
travel kesana ke mari
walaupun bukan aq yg drive
hahahahha
aq cuba menghargai setiap kehidupan org yg sgt menghargaiku
oleh itu, i was attending 5th IIC's convOcatiOn ceremOny in UIAM
hepi graduatiOn day 2 wawa~zakir~ain
dis pic masa kat MMU
sangat cantik permandangan kat sana
dewan nya sgt gorgeous
program mahasiswa anak2 pahang telah mencapai visi&misi
utk menyatukan kami
huhuuhu
yg xbeshnyerr lagu negeri xdinyanyikan
hahhahahaha