Tuesday, December 31, 2013

Dramatic 2013 part II

Okeh. Lepas solat maka makan.

Bulan TUJUH, 2013
Masa ni aku banyak spent masa dekat Melaka. Kerja. Kerja dan kerja. Sebulan sekali aku balik Pahang. Windu mungkin. Dan masa ni aku banyak makan free. haha. Bulan puasa kan. Banyak jemputan bukak pose sebab kita orang bujang. haha.





Semua makanan kat atas KECUALI pakcik megi, adalah percuma. Haha. Rezeki bulan puasa.
Berkesempatan solat terawih kat Masjid Besar Melaka was ohsem too!


Rasa macam pergi buat umrah...huhu


Opss lupa, sebelum bulan puasa tue, aku ada attend satu interbiu besar. SPP. Nak jadi cikgu lah sangat kan.


Pink? Aku penah tak minat warna ni satu masa dahulu..haha

Bulan OGOS, 2013
Raya beb. Sebelum raya tu.

Gelang jed kesayangan aku terbelah dua. Rajin sangat kemas rumah sebelum raya.

Then. Salam Aidilfitri 2013. 


Orang lelaki mana? Hisap rokok lerr kat luar rumah. Deir habit.


Bulan September, 2013
The journey started roughly. I further my study to the next level. Sesuai dengan level dan perjalanan yang jauh. My face was swallow like Ugly duckling. Perghh. 


Penat melampau ulang alik




Bulan ini juga bulan terakhir aku di Melaka. Retired as lecturer. 


Sedih yang total.

Alahai ingatkan dah habis. September is my Graduation Day. 


Muka cengeng. Tanjung Malim. I miss U. And orang tersayang.

Bulan Oktober, November, dan Disember, 2013

Sebelum tamat. Bulan Nov dan Dis adalah bulan perlancongan mungkin. 


Pakai kain pun ada hati nak lompat. Kalu ur soul tu rowk you takkan leh sorok. 



Kuala Gandah. Tengok Tok Gajah.


Banyak dihabiskan ulang-alik UKM-Ipoh, UKM-Pahang. 


September- Started.


Disember- Ends!....sem 1 baru. 

Kalau diberikan masa dan tenaga banyak lagi hal yang belum diselesaikan. Banyak perkara hebat (negatif) yang berlaku tapi banyak lagi perkara yang lagi hebat (positif) yang diterima. Jangan marah walau bersebab. Jangan kecewa walau teraniaya. Jangan risau kerana Allah kan ada. Aku cuba belajar jadi orang menerima 'perancangan Allah'. InshaAllah semua orang boleh. 2013 tiada apa-apa yang perlu disesalkan. 2014 hanya ada pada angka, kita yang perlu hiasinya. Puii puii...berfasampah bagai. 

Aku juga mohon maap pada sape-sape yang baca blog aku dan terasa... :p

p/s: Oppa, saranghaeyo! 2013 pictures is ommo ommmoo...


Dramatic 2013

Assalamualaikum

Besides entri blog ber'title' highlight, aku prefer nak buat 'dramatic 2013'.

Tahun 2012, bulan 12....
Aku di UPSI, mengadap satu kertas peperiksaan terakhir untuk subjek minor sivik dan kewarganegaraan.

Tahun ini 2013, bulan 12....
Aku di UKM, mengadap satu kertas peperiksaan pertama sebagai sarjana pendidikan prasekolah.

Bulan SATU, 2013
Aku dan kawan-kawan sibuk cari kolej-kolej swasta yang telah disenarai pendekkan untuk meng'apply' pekerjaan.

Our ends semester as degree holder was awesome!


Batch aku la mencatat sejarah apabila bilangan pelajar lelaki melebihi 10.
Pendidikan Awal Kanak-kanak kot!


Bulan DUA, 2013
Aku attend tiga interbiu. Di Kolej UNITI, Port Dickson. Di Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Bukit Merah. dan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Melaka.

Bulan TIGA, 2013
Bulan ini bulan yang paling aku tak boleh lupa. Sebab aku sempat jaga dia. Dia adalah abang aku nombor dua. Hospital Tengku Ampuan Rahimah jadi medan saksi hubungan adik dan abang. Okeh! Kesat airmata jap. Abang meninggal sebab kanser rahang. Sebab musabab janji Allah.


Bulan EMPAT, 2013
I got a job. KAYM. Melaka. Masa ni Melaka telah jadi my second home. Susah mula-mula duduk tempat orang Tuhan sahaja yang tahu. Tapi masuk je bulan ketiga bekerja, puji-pujian bagi Allah kerana beri kami kasih sayang di Melaka.

Melawat perigi Hang Tuah dengan Lejen.


Observed pelajar diploma UNITAR


Di luar rumah sewa bermain dengan berudu sambil diperhatikan makcik

Bulan LIMA, 2013
On this month, life macam biasa. Jalan kaki pergi kerja. Jumpa pelajar. Kena marah. dan makan. tidur dan lepak sambil gosip tentang orang kawin. Hah! My BFF kawin bulan 5 ni. Almost forgot. Kalu dia tau nie mampus dia majuk.


Cantik sangat kawan aku ni. Bakal mommy dah pun.

Bulan ENAM, 2013
Bulan ni pun my bff kawin. Ni bff UPSI satu PAHANG. So dapat la pergi. 



Gambar husband dorang tak penting kot. haha

Tahniah sahabat-sahabat.


Iklan jap. Solat Isya' ;)




Sunday, December 29, 2013

Penang-an

Assalamualaikum..

Stesen minyak Kamunting, Taiping.

"Along, kau tolong bayar duit minyak ni" kata Sha. (Sebelum sampai stesen minyak lagi).

"Okeh. okeh. Aku tolong isikan" Saba offer diri.

"Weh.  weh. ce tengok tu. Encem nya mamat tu. " Aksi and gaya Sha cakap buat aku dan Saba terus menoleh.

"A ah la..." dua-dua mengiyakan tanda setuju.

Muka lelaki melayu encem.

"Dia pandang la....dah dah jangan tengok " bukan aku yang cakap. Aku besa la melopong tengok. Nasib tak meleleh air liur.

"G bayar nuh" Arah Sha sambil jeling-jeling mamat tu.

"Hurmm...." keluh aku.

Mamat tu pun tengok sama sambil di sisinya adalah ibunya. Mungkin la kot. Coz dah tua skit. Kalu gf dia. Aku salute la.

Setelah mengisi minyak.

"Bucuknya. Apa bau neh! " ujar pengarah 'driver'.

"A ah la" dua-dua pun setuju.

"Ko kentut ke Long" Selumber jek tuduh aku minah ni.

"Hengong! " Tak la. Aku kalu nak buang lagi busuk dari ni.

Cuba check kaki korang.

Damn! Sekali weh, taik kucing atau taik anjing, aku pun tak pasti. Warna kuning cair yang lembik tapi likat lekat kat tapak kasut aku.

PERGHHHH!!! bau dia usah cite. Gara-gara mamat encem, aku kena penang-an taik la.

Sepanjang perjalanan nak balik rumah tu. Ketawa bagai nak putus urat perut. Dan aku kesat tapak kasut kt rumput tepi stesen. Korang rasa hilang tak baunya? haha...

p/s: Lain kali jaga mata. sama juga seperti kena jaga hati.  Astaghfirullah... ;)

Monday, December 23, 2013

Cut and lose

Assalamualaikum...

Cantik dan encem korang hari ini? Gila! Tak penah-penah puji dalam blog tetiba puji. Kalu budak Sarawak, dorang akan cakap mintak puji...haha

Hari ini aku 'cut' and lose half way.


from kapel kat 'atas' tu,
i turn to be kapel 'bawah' nie....


Okeh! tak paham...sudah. 

Between Ben and Jen, aku suka sangat Jen nie. Espeseli masa session ALIAS dulu. Dengan mamat Michael Vaughn tu. Ben, okay la. Kalu dia berjambang, paberet! haha... 
Kapel Korea ni, lovely dolly dolly la...alah dalam drama Secret Love tu. 

p/s : Even i lost half way tu, i'm hepi and puas hati :) Rasa macam nak roarrrrrrrrrrr! Nak wish awal la..hepi new year!haha.. 2014? demit..

Fa la la....


This is the time of year we can give it,
Give it, give it, give it all
One through ten on your list you can get it,
Get it, get it, get it now
Make your wish tonight
When you open your eyes
When the lights go bright girl
I'll be right there

Baby you deserve everything you want
It's your night, ohhh
Wanna put my ear to your chest girl
Baby I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
Fa la la la la, fa la la la la
Baby I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
(Fa la la la la, fa la la la la)
I know that it's christmas time

You got on my favourite dress
You're looking, looking, looking good
Snow falling on your hair, and I don't, I don't
Wanna get it off
Even the stars in the sky can't outshine your eyes
Wanna be your biggest gift

Baby you deserved everything you want
It's your night, ohhh
Wanna put my ear to your chest now
Baby I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
Fa la la la la, fa la la la la
Baby I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
(Fa la la la la, fa la la la la)
I know that it's christmas time

I'll deck your heart with bells of holly (bells of holly)
Fa la la la la la la, fa la la la la la la...
Baby cause you're the reason to be, jolly
Fa la la la la la la, la la la la la la la...

I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
Fa la la la la, fa la la la la
Baby I hear melodies when your heart beats
Baby it sings to me like
(Fa la la la la, fa la la la la)
I know that it's christmas time

Fa la la la la, fa la la la la
Like christmas
I know that it's christmas time
Fa la la la la, fa la la la la

Know that it's christmas time...

P/S: Ini memang lagu Christmas tapi aku syok dengar stail acapella Boyz 2 Men ni... Gila lejen la! Bieber? I'm a believer....haha! And its made my day...fa la la lalalalalalallalalalalalalla :p 

Friday, December 20, 2013

Nak kata kelakar, yea ke tak

Assalamualaikum...

Lepas Isya' dengan keadaan kaki lenguh ala-ala pemain Malaysia yang terpaksa bermain lebih 90minit lawan Indonesia semalam, aku pk kena hapdet n3 ni.

Untuk bacaan anak-anak aku kelak. Susah rupanya nak senang. haha...

Pertama kali aku drive jauh sorang-sorang selepas janji dikhianati. Sebab nak gi belajar jek aku sanggup drive jauh-jauh. Kena khianat ngan sape? Kawan la weh. Dah janji bagai nak rak, jumpa kat mana, pukul berapa, last-last pagi tadi aku dah siap-siap dia kata tak jadi gi. Tak ke hangin aku. Nasib baik, aku ni jenis lembik. Takpe lah. Dengan nekadnya aku membohongi kakak dan mak aku bahawa aku follow kawan. Sesampai jek ukm, aku terus capai air...minum dulu. Pastu baru capai telefon. Membongkar kebohongan. Bukan apa, takut dorang ni terlebih risau.

Dalam pertama kali tu, aku benti kat hentian Rawang jek untuk buang air dan basuh muka sikit-sikit. Pastu terus jek. Agak ikut jalan mana pun tadi, aku tak ingat sangat. Dalam hati janji sampai. Lenguh jugak sebab tak bese.

Cite yang berkaitan dengan n3, adalah ni

Tah macamana pintu ni leh terkunci dari dalam. Masa aku pindah barang sebelum gi jumpa supevisor dan pakcik Gaara tak ada masalah lak. Lepas aku siap mandi petang tu, nak bukak dah leh. Cuak jugak la. eh! Cuak sangat la. Berpusing-pusing aku dalam bilik mencari idea nak kuar.
Ini lah The Man of the Situation

Aku terjerit-jerit dari tingkat 4. Awak-awak! Awak-awak! Budak perempuan tak dengar langsung. Sampai lalu jejaka lah. Rupa-rupanya Ustaz. Budak2 ni pangil dia ustaz dan korang tau apa masa aku berkomunikasi secara jerit2 tu. Dia leh tak paham kenapa aku leh terkunci diri sendiri. Dan dia siut2 leh gelak kan aku. Kalu aku nak terkucil masa tu, hanya akan wat aku geram je kan. Nasib la baru lepas mandi kononnya nak kuar makan. Alahai. Sejarah dah banyak kat ukm neh!

Last2, ustaz bw geng tendang pintu. Awak-awak...duduk jauh sikit yea, nak tendang pintu ni. Sekali jek budak tu tendang, dah terbuka. Kunci yang menguncikan

Pastu leh plak cakap, "Bersih nya bilik, nak pindah ke?"...

"Saya baru datang hari ni"... tak patut tak patut.

Pas kejadian aku call kakak aku, cuak dia. Tapi bila aku kata benda tu da selesai, dia plak nak tukul kan aku. haha. Tu aku wat lawak jek.

Masa terkunci tak lawak langsung, sekarang baru lawak. haha

p/s: thank you Allah. Beri aku pertolongan dengan mengutuskan manusia yang baik-baik di sekelilingku. ceewah! haha...

Pehal London?

Assalamualaikum...

Aku kalu duk sorang, 'blog' boleh jadi my priority. Even keja banyak pun. Korang pun sama? Sama tapi tak serupa. Kann?haha...

Pehal London?
Nape aku boleh pilih template ala-ala London ni. London bukanlah paberet place yang aku teringin pun nak lawat. Mungkin sebab ada William and Kate? Alah...tak nak pun jumpa. Berlagak siut! huhu...

Pehal London?
Sebab tak ada Cape Town. Sebab tak ada Gyeonggi-Do kat Korea. Jadi sebab pehal London, aku dah tak ada pilihan template. Nak pilih yang bunga kang, jiwang sangat. Aku rocker kot.haha. Daripada template lama aku yang teruk gila tue, better London lah.

Pehal London?
Kalu dapat gi London pun ok. haha!

p/s: Motif n3 ni tak ada pilihan. 

Tuesday, December 17, 2013

Awek. Chuck. Taylor.

Assalamualaikum...

Awek. Chuck. Taylor.

Cite ni dah nak di 'teater' kan. Tahniah. Nasib tak tb stesen beli. Gila kaya nanti dorang! Asik pukul 7 jek, orang tengok kat stesen tb tue...

By @greatbooksmy “Tiket teater #AwekChuckTaylor!

Dijual di Great Books at Downtown Mines. Walk in SAHAJA. 
Harga: RM25
Lokasi: PJ Live Arts @ Jaya One. 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

14/2/2014 (Jumaat) - 8.30 malam 
15/2/2014 (Sabtu) - 3 petang & 8.30malam

16/2/2014 (Ahad) - 3 petang & 8.30 malam

Cabaret PJLArts
Enquiry: (0172289849)” via @PhotoRepost_app

By @greatbooksmy “Tiket teater #AwekChuckTaylor!
Dijual di Great Books at Downtown Mines. Walk in SAHAJA.
Harga: RM25
Lokasi: PJ Live Arts @ Jaya One. 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya.
14/2/2014 (Jumaat) - 8.30 malam
15/2/2014 (Sabtu) - 3 petang & 8.30malam
16/2/2014 (Ahad) - 3 petang & 8.30 malam
Cabaret PJLArts
Enquiry: (0172289849)” via @PhotoRepost_app

p/s: pehal-pehal pun aku harap Nana tue cun habis walau gagap!

Friday, November 15, 2013

Kelaut

Kalu orang suruh kita wat benda lain tapi kita wat benda alah yang lain. Its 'kelaut' namanya.

Its me. Selalu macam tue.

Sekarang, sepatutnya aku on9 review. Tapi yang aku tak paham, kena wat literature review tapi group-group lain wat upload jurnal. Jadi aku senyap jela. Nak wat untuk group sendiri? Malas! NAk komen yang orang? Malas.

Aku lebih rajin nak membaca benda alah ni Photography skills

Aaisshh...seyesly, ilham terbang!


Uncle Chinese

Assalamualaikum...

Salam Jum'ah

Sepatutnya aku ada kelas pukul 3pm. Last-last wat on9 review. Iya-iya jek masa mula-mula aku masuk kelas, lecturer cakap...kita tak buat blended learning untuk kelas ni. Adoii...Aku rasa kalu ada peluang untuk skip masa, tak kisah untuk pensyarah atau pelajar. Blended learning adalah peluangnya. Bukan curi masa tapi peluang pada masa yang diberi untuk sesuatu yang lain. Tak setuju? Takpe... :p

Masalahnya sekarang, last minute punya decision buat aku salah rancang perjalanan. Ops bukan masalah, perkara biasa kann...kann?

Uisshh, salah introduction. Okeh, potong-potong :)

Pagi tadi, dalam keadaan mengantuk aku menunggu ETS di stesen Ipoh. Ipoh-KL Sentral.

"Mau pelegi keleja atau belaja?"

Hah? Macam ada orang jirus air kat muka aku. Yela, ngantuk kan tadi. Selain tu, sebab aku dengar dia cakap "keleja" macam "GEREJA". Mau tak terkejut aku.

"Apa uncle?" balas Long-Kang.

"Pegi keleja atau belaja?"....ulang uncle dengan penuh sabar la kot.

"Belajar" balas aku pendek dengan niat berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

Lepas itu,

#$%^^&&*&&^#$%&*((%%^^%$%&*

Yang kat atas tue bukan sumpahan tau, tapi berapa banyak aku berborak dengan Uncle tersebut.

Haha!

Rupanya dia bekas guru. Umur dah 70 tahun. Masa dia suruh teka umur dia, aku salah kira. Bab-bab nombor ni aku memang lemah! No.telefon pun, hanya nombor kak Ngah aku jek yang aku ingat sebab berkaitan dengan besday dia. Isteri dia Indian. Anak 4 orang. 3 perempuan 1 lelaki. Yang bongsu, masih belajar kat UPM. Dia balik Ipoh jumpa saudara-mara isteri dia. Dia orang Muar. Sangat talkative dan lovely uncle ni.

Aku cakap, uncle nampak sihat. (Biasalah, soalan balas yang nak membantu perbualan)

Uncle jawab, orang sihat juga akan pergi. Umur saya juga sudah berapa....

Tiba-tiba, aku terfikir...cara uncle jawab sama jek dengan orang-orang tua yang beragama Islam jawab.
Aku angguk dengan kefahaman. Dalam hati, yang muda pun akan pergi juga...uhuks

Tiba-tiba lagi, kamu umur berapa? Sudah kawin?

Hah? senyum aku dah tak berapa ikhlas. Belum uncle.

Sudah tunang? Geleng...
Jadi, belum kapel? Geleng...

Soalan uncle tue betul bertubi-tubi.

Dalam hati aku, nak jek tanya, 'apa rahsia uncle kawin dengan bangsa yang berbeza?'

Tapi aku simpankan sahaja hasrat tue sebab uncle dah mencelah dulu...

"Kamu masih kecik, umur pun masih kecik...."

Hah! tang ni beria aku angguk. Nak aje aku sujud syukur tang kecik tue. haha!

Moral : Orang tua tengok kita masih macam budak, tapi budak-budak tengok kita macam kita tua bebenor!

Aisshhhh....

Banyak lagi cite yang aku sembangkan dengan uncle tue. Rasa seronok, dan bermotivasi walau dalam 20 minit jek perbualan tue.

Nice to meet u Uncle!

p/s: Ada perkara yang aku sendiri terkilan dengan diri sendiri masa berbual dengan Uncle tersebut. Dem!

Monday, November 11, 2013

Sempadan

Assalamualaikum...

Ini mungkin cerita sempadan Indonesia-Malaysia atau Malaysia-Singapura atau tak ada kena mengena langsung.

Sempadan. 
Sempadan.Noktah.

Kalau mahu berpesan perlu berpandangan. Tanya iman, akal dan nilai. Pesanan selalu tawar kerana interpretasi yang berbeza buat yang membaca pesanan.

Kalau mahu berpelukan perlu disorokan. Bukan sahaja mata lensa memerhati tetapi Pemerhati sejati seakan menguji. Berbeza bukan? Seronok diperhati dengan memerhati Sang yang sedang berseronok.

Masih adakah sempadan wahai kawan dalam berpesan dan berseronok?

Berpesan tanpa mengira status diri. Berpesan tanpa nilai jati diri. Berpesan secara bedal tanpa menggunakan akal.

Berseronok. Rasa seronok dekat mana? Seronok peluk sampai mana? Seronok sayang sampai mana?

Sempadan tanpa rasa ketuhanan.

Wahai kawan, ingat bahawa dunia ini bukan milik kita kawan, tapi milik Tuhan (ZahirilAdzim)....

p/s: Aku capai inisiatif menulis kali ni kerana n3 Zahiril.

Secret Love

Assalamualaikum...

n3 kedua aku selepas Dalam kejernihan ada kaca pada hari yang sama :)

Secret Love.

Love.

Secret.

Ommoo ommoo... bukan nak cerita tentang aku. Ni sebuah cerita korea yang berjaya dapat tempat kat hati aku.


Doohoon, Yoo Joong, Minhyuk, Seyeon

Sinopsis:
YJ sanggup berkorban demi bf dia, DH. Mengaku bersalah langgar gf Minhyuk. DH berhenti kerja sebagai pendakwa raya dan bekerja dibawah Minhyuk untuk dapatkan kehidupan yang lebih bermakna. Seyeon nak dapat cinta Minhyuk tapi 'macam' tak kesampaian jek. DH berkemplot dengan Seyeon. Rahsia disebalik kemalangan semakin terbongkar. Cinta berdasarkan balas dendam bertukar cinta. Bagaimana dengan kematian ayah YJ dan anaknya.

Amacam?? ok tak sinopsis yang aku buat sendiri. Ke tak paham? haha....Aku pun belum tengok habis lagi kat www.maaduu.com 

Seyesly, dari perspektif aku sebagai penonton. Jalan cerita dia memang terbaik. Dia pusing cerita ni sampai mula-mula aku tak paham. Bila aku tak paham, aku mula akan terdetik 'cerita ni kena tengok sampai habis'. haha! Daripada aku layan cerita macam Love You Mr.Arrogant, kann? Marah peminat cerita tue nanti :p

Lagi satu, selain jalan cerita aku suka sweet-gula moment yang ada. Bagaimana seorang lelaki yang berdendam masih lagi mem'protect' perempuan. Bagaimana perempuan yang berada dalam keadaan kebenaran sanggup mengaku dan nampak bersalah sentiasa. Ucapan maaf dan terima kasih yang disulami kasih sayang. Dan yang lebih penting adalah lelaki yang ikhlas untuk perempuan yang ikhlas jugak. Pergghh! memang suweet sangat cite nie.

Gila takut aku nak tau ending cite ni. Sebab dia ada satu ayat yang macam ni 'Awak jangan mati tanpa kebenaran saya' dan 'Pls...jangan mati dulu'. Takkan ending mati kot?? Suspens....

Kelemahan yang aku nampak? Well....orang kaya dan orang biasa-biasa. Sebab apa aku kata orang biasa-biasa?? Sebab mereka ni bekerja macam biasa cuma tiada kuasa. 



p/s: Korang ada secret love?? Jaga-jaga nanti terbongkar....haha! opss...hehe






Dalam kejernihan ada kaca

Assalamualaikum...

Salam Zuhur jugak.

Pencapaian terbaik la bagi aku, dah boleh drive dari ukm ke Sungai Buloh. Poie rumah makcik kat Kundang. Then dari Behrang ke Ipoh. Malam lak tue. Masa tu aku rasa, contact lense nak terkuar dari bijik mata aku. Mana tak nya, dan dan jek kakak aku ngantuk masa tue. Aku amik kesempatan la nak drive. Terlupa yang aku pakai lenses...

Itulah kejernihan yang aku dapat. Selain dari memperoleh kasih dengan kakak-kakak.

Kenapa sudah ada kejernihan, masih ada kaca?


Of kos, kaca masih ada serpihan. Sebab? Sekarang ni hati aku nak balik kampung, nak jumpa my 'Mak'. Tapi, kesempitan macam ni membuatkan aku kena hold dulu. Seyesly, aku rindu gila kat mak. Biar lah orang nak kata aku anak mak sekalipun. Dah memang kita lahir dari mereka. Masa kan tidak rindu. Berhubung melalui telefon, ada maknanya. Tapi rindu itu tidak hilang cuma berkurang. dan timbul semula.

Hah! Aku pernah dipesan, jika kita rindu dan sayangkan seseorang terutamanya mak ayah kita, walau mereka sudah tiada, setiap pagi sedekahkan al-fatihah. Pada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku tak tau pesanan ini ada dalam hadith atau al-Quran, tapi ia baik kan? Amalkan...baik untuk aku, dan korang semua :)

Kaca yang masih ada adalah kerana masih bergantungan. Kawan aku ada cakap. "Sebab ko Long, aku cabar diri aku". Aku pun tak paham sangat kenapa kerana aku? Aku ni inspired orang ke? Mungkin disebalik kesukaran kita, kita bagi inisiatif pada orang lain. Kann?

Jadi. percayalah kaca tidak menyakitkan. Dari kaca kita dapat lihat kejernihan.

p/s: Tahniah pada sahabat2 aku yang dah dapat penempatan. Paling jauh sahabat aku dapat kat Kota Belud, Sabah....Gonna miss her badly, Miss Azwa.

Thursday, November 7, 2013

Tahniah

Assalamualaikum...

Lewat ucapan tahniah aku nie

TAHNIAH aokme :)
Feel free to log on  tokgajahforever

p/s: Harap Yol still dengan pasukan Pahang.... 

Sunday, October 27, 2013

Bermain-main

Assalamualaikum..

Buat masa ini bermain-main sudah semakin hilang dari diri. Banyak perkara bermain-main dalam kepala. Sehingga nak tulis n3 ni pun perkara yang menyesakkan bermain-main di kepala. Macam dalam kartun tu. Berpusing-pusing area kepala. Argghhh!

Bermain-main dalam kepala ni bila 'bajet' dah nak sengkek. Aku rasa aku harus balik kampung. Datang hujung minggu jek. Datang atau tak datang. Or aku patut berhenti jek.

O aku tau..manisnya akan datang nanti. Tapi benda-benda camni semak la. Dulu, masa kerja...walau ada tugasan dan kerja pengurusan yang berlambak ditambah pula dengan anak murid yang semak, aku mantain hepi jek. Mantain senyum, bergaya dan sophisticated lagi. Sekarang, tidak bekerja walaupun free..banyak masa boleh buat tugasan. Semuanya macam meaningless.

That's 26 years old lady........thinking!

O baby...what should i do?

p/s : I'm gonna past this test but its hurt, indeed!

Saturday, October 26, 2013

Bujang senang jangan gigit kaki Tok gajah yea

Assalamualaikum..

Ehem! dah solat? okeh..aku pun belum. Amik 5 minit nak update dis n3.

Malam neh jangan wat-wat lupa..


Semalam sibuk dengan kelas penulisan akdemik, melepas nak nengok Kelantan vs ATM. Dengar cite a.k.a dah sah pun Kelantan tunggu di final. Nak harap Sarawak tumbangkan Kelantan?? Nanges la weh...haha!

p/s: Dorang neh kalu kalah, jangan balik Pahang...! :)

Tuesday, October 22, 2013

Bawa daku pergi, pacu laju-laju

Assalamualaikum...

Salam Maghrib

Selepas solat...mengaji sepam dua mukasurat, makan kek..gullpp gulllp minum air kosong...baca blog orang then time untuk blog aku. Ingatkan nak bercakap depan cermin aje tapi lama-lama mereng aku nanti. Tak baik-tak baik.

'pacu'
Perkataan neh betul-betul wat aku kecut. Kisahnya? Aku ni dah lama ada lesen kereta. Sejak 2008. Angkuh kalu cite depan anak-anak buah ni. Tapi haram tak penah bawa secara real. Real maksudnya macam Kimi Raikkonen tu. haha...


First kereta yang 'pacu', Proton Saga arwah ayah aku. Ingat lagi aku masa tu baru nak belajar pacu. Bawa ayah dan mak poie kebun gotah. Sampai jek kebun, ayah semput. Mana tak nya? Semua lobang aku hentam. Lopak, bumper...abeh di langgarnya.

Taubat! Lepas tu langsung aku tak usik kereta. Jadi penumpang kepada pemandu-pemandu tersayang.

2013, Oktober ni haa....baru 'pacu' betul-betul. Tapi tak mahir pun. Start Aidiladha hari tu. Kereta Myvi dan Naza Citra kakak-kakak aku. Automatik kot. Boleh la. Pacu setengah jalan poie Kuantan, poie raya sekitar kampung....dan poie kubur. haha...

Sekarang, kakak-kakak aku bagi peluang aku 'pacu' kereta tu kat UKM. Masa dari Pahang ke UKM, kak Ngah aku jea yang drive. Aku duk sebelah. Sebagai penumpang yang disayang :)
Buat masa sekarang aku 'pacu' dalam UKM aje. Paling buat aku kalut apabila nak 'parking'. Berpeluh dia, kalah 'bangla' yang pusing roti canai tue weh. Seram sejuk. Kang salah pusing, langgar kereta orang. Lambat masuk 'parking' orang hon.

Nak aje aku tampal kat belakang kereta aku tu, "SAYA BARU BAWA TAK SAMPAI DUA MINGGU banggg"..
Amacam? Membantu tak korang rasa....

Hikmahnya?
Aku terpaksa berani. Rezeki aku bukan pekerjaan dahulu tapi kereta. Terima kasih la buat kakak-kakak kesayangan aku. Tak kisah la kereta lama pun, janji aku dah tak payah susah-susah tunggu bas.

Cuma,
Aku tak ada satu kaki jek lagi. Kaki jalan, kaki redah dan kaki gelak. Ni dah jadi TIGA kaki kot..haha

p/s: Camne aku nak 'pacu' poie temuduga minggu depan neh?? Takut......

Monday, October 21, 2013

Masa dia sudah lama tamat

Assalamualaikum...

Selamat pagi.

Bangun pagi buat apa? Ofkos selepas solat Subuh ada yang tarik selimut semula sebab cuaca mendung. Walaupun dekat ukm ni berangin dan hujan renyai-renyai, mata aku nak celik pulak. Mungkin dah banyak tidur.

Pagi-pagi, bukak jek notebook...apa ag, main fb? tak salah pun. Tapi, mula-mula aku baca news. Sport news. Macam selak suratkhabar, aku mula dari belakang. Tajuknya " Bitter Defeat ". Memang pahit la kot. Tapi aku rasa kepahitan tu seharusnya dah lama diberhentikan. Its all about LCW. Aku jangka dia akan retired lepas lawan Lin Dan. All England dulu. Biar kalah or menang only dengan Super Dan tu. Dia dah sepatutnya berada di luar gelanggang.

Sebagai peminat, walau sayang la kalu tak dapat tengok dia main tapi lebih manis kalu dapat tengok dia sebagai jurulatih plak ke?

To my dear epic player, LCW....
            Please....retired this year.

p/s: Kingston ada nak gantikan Daddy nya nanti :)

Sunday, October 20, 2013

Belajar untuk mendengar

Assalamualaikum...

Selamat petang. Kegembiraan hari Ahad.

Kali ini kita akan belajar untuk mendengar. Mendengar yang baik-baik. InshaAllah. bercakap juga perkara yang baik-baik. Alhamdulillah la, setakat ini aku tengok kawan-kawan dan keluarga semuanya berkata yang baik-baik. Cuma, aku jek yang suka gelak bila orang sedang bercakap baik-baik. Sebab aku memang suka gelak kot. Tu tandanya aku masih waras la weh. Ada makcik kat kampung aku cakap kat mak aku, "anak awak ni Timah suka senyum, gelak jek bila Bonda cakap". Wooowowo...jangan kata aku tak siuman lak eh!haha...

Abaikan cite kat atas kalu tak ada kena mengena :p

Belajar untuk mendengar.

Aku maksudkan slot dalam radio ikim.fm.
Ni pesanan kakak aku. Dengar ikim.fm. Slot yang paling digemari ofkos la "islam itu indah" oleh Prof. inspirasi  Dr Muhaya.

Antara slot yang aku telah dengar : Menjaga hati, Orang yang yakin.

Kata-kata prof bersandarkan kebenaran. Maksud aku kebenaran, kalu kita buat salah tu jangan terasa. Kata-katanya pedas tapi benar. Sudah memang kita melakukan kesalahan tersebut kan? so jangan ambil hati. Ini jalan untuk kita perbaiki diri.

Lagi satu, Prof Muhaya bagi aku banyak menolong aku menukar pemikiran dan cara berfikir. Aku banyak sebenarnya kecik hati dengan kata-kata prof. Tadi itu yang benar dilakukan oleh aku. Jadi ini peluang untuk kita membuka hati.

Salah satu inspirasi dari beliau yang aku ingat,
Bagaimana cara manusia berfikir??
Pengemis mengemis....
Pemikiran pertama : "Ini mesti sindiket"
Pemikiran kedua : "Kita rasa kesian"
Pemikiran ketiga : "Pengemis ini mungkin amal ibadatnya lebih baik dari kita"

Nampak tak bagaimana cara kita berfikir? Bagaimana nak ubah? Belajar lah untuk mendengar :)

Cari la kesempatan untuk mendengar Slot Islam itu Indah

p/s: Jom sama-sama kita tukar 'channel'

Friday, October 11, 2013

Sensitive Skin

Assalamualaikum...

Salam Jumaah to everyone.

Based on d topic, it relates with my condition. I'm so allergic with seafood & my boyfie, Mr.Belacan. Its hard for me to separate with him. I nanges-nanges tau masa berpisah! isk..iskk.  That story refer to my first boyfie, which is I never forget until now.

My second Boyfie, Mr.C. C for chicken. kokkk kookk kok kok. He always caught my feeling. I gatal-gatal la if i went to date or spend time with him. So lately, i block him. Sayang, pls give me time to be alone for a while.

This is y, I'm so sensitive. My skin needs protection. Patut kan I berpisah dengan dorang? Agreed?

p/s: Tak sabar nak berhari raya dengan lembu, kambing, kerbau dan tentunya bukan ayam! Chill :)

Sunday, September 29, 2013

Clip Clap kat ICYM

Assalam..

This post memang aku totally malas. Tetapi im gonna uploaded some pics which tell others, i was truly madly, sadly, happily working at Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Seyes :)

 Suynn, Faizal & Cik Lk

Am and his arms?? haha...

Afzan....pengganti daku

Kak Mai,, precious mother in law?? ahakss ahakkss

En Bob...org Pahang wehh. 
Jauh nya Kak Huda berdiri??...TQ atas ilmu n nasihatnya. Macam Ayah :)

Bff yg paling sensentap!
Nampak tak?? aku paling hepi....

Madam Manmentt & Kak Anie d librarian :)

Haneeem d rowkss...but nice! 
Org rowk n sengal cm aku memang leh ngam :)

Weirdo dowh!! I tought bebola ikan nie bom kecikk...
wakakakak

Two 'budak jujur' yang sangat aku rindui...

Perempuan kat atas ni...
orang yg paling tak ngam ngn aku ttg banyak perkara
TAPI dia macam kakak
'jaga aku'

cuma dia tak leh sengal cam aku tapi sangat kalut

sang Kalut dan sang Sengal pun boleh bersama jugak!

Wakakakakak

p/s: Banyak ag pics lain TAPI nanti ada orang kata aku gila glameerrr...apa barang tangkap gambar tak upload...idak??

This is it?



Seriously, i'm so into it. This is it? Not yet!

p/s: TQ Cik Atun Fazin for this simple but meaningful video.

Monday, September 23, 2013

Baru digigit semut sekelumit, Dah melompat macam kera

Assalam

Salam Maghrib.

Ujian yang datang tak kira masa, tempat dan keadaan. Percaya? Tak percaya...takpe! Tapi sejauhmana ujian itu menguji korang.

Seyes, aku rasa sangat 'blur' nk hadapi perkara ni. Tajuk n3 aku, sama jek dengan status aku di fb mahupun twet. Sebab, dalam kepala aku menda ni jek yang bermain-main.

Ujian yang 'kecil' ini, betul-betul buat aku tak senang 'otak'.

Mengadu pada Allah? Ofkos...Dia yang beri Ujian. Tak terima ujian Dia? Bukan...cuma aku memikirkan apakah hikmahnya ujian ini. Mana salahnya? Apa yang harus dilakukan? Siapa yang akan aku susahkan selepas ini? Tak lain tak bukan...orang pertama yang aku akan susahkan adalah HATI mak aku. Secara total, aku dah susahkan dia.

Mengadu pada manusia? blog mungkin? ya...ini yang telah aku lakukan. Agar berat rasa hati ini kesampaian kepada pendengar dan pembacanya.

Apa aku rasa?
Airmata neh taknak kuar...marah? pada siapa nak marah. Sedih? untuk apa....Terkilan? mungkin ini yang merungkai rangkaian perjalanan kali ini.

Aku tak berhaksebenarnya nak marah, sedih, kecewa mahupun TERKILAN. Siapa aku? Allah yang berikan ujian ini bukan?

Wahai aku, tak  perlu ditanya apa yang TELAH Allah berikan pada kamu, sedangkan nikmatnya terlalu besar TETAPI tanyalah....apa yang telah kamu syukuri ini MEMADAI dengan nikmat yang diberikan??

Ya Allah, jadikan aku seorang yang bersyukur dengan ujian. Kuatkanlah aku untuk menghadapi setiap ujian. Biarpun beribu-ribu ekor semut menggigit, ubatnya tetap ada.

p/s: Aku perlukan bahu Ayah... :'( Ayah.........

Sunday, September 22, 2013

Persepsi

Assalam
Selamat petang.

Petang ni aku bosan betul. Lepas tengok cite Tamil, aku duk diam sambil dengar lagu dan call mak.

'Nape tepon ni?'...
Ada ke mak tanya camtu, nasib hati aku besar.
'Urm....bosan'...jawab aku jujur. Dalam bosan-bosan, lama gak aku borak dengan mak.

Ter'wat' intro ala-ala membebel lak.

Aku nak cite tentang persepsi. Setiap orang ada persepsi sendiri kann. kann? Bagi aku, persepsi ni tak semestinya ada betul atau salah. Tapi kadang-kadang persepsi ini boleh buat aku pergi resepsi. Ouch, mengarut lak.

Persepsi pada pelajar IPTS. Oleh sebab, aku ni bekas IPTS, persepsi orang tu leh wat aku termenung dan berfikir. Contoh-contoh ayat yang terkesan kat aku :

a) 'Awak jangan kawan sangat dengan budak Kolej *********** tu, banyak yang tak bagus'
b) 'Tak yah la sambung Kolej *************, yuran mahal'
c) 'Belajar kat IKBN pun ok, dari masuk Kolej ****************'

Aku faham, belajar dekat swasta ni memang mahal. Tapi mana lebih baik? Belajar atau tak belajar langsung? Ayat tuh memang wat aku terkesan. Dulu pun aku terpk, nape aku masuk IIC? Nk meng'abih'kan wang makayah aku ke? Nk berkawan semata-mata? atau nak lari dari suasana kampung?

Semuanya bukan jawapan aku. Masa tu aku hanya nak belajar, keluar dari kelompok dan keadaan yang sama. Soal budak kolej ni jahat or baik, semua atas diri kita. Bukan tunding jari atas orang espeseli yang belajar dekat Kolej Swasta neh.

Orang yang ber'bicara' tu adalah seorang pensyarah. Aku tak pernah lak dimomokkan dengan ayat camtu dulu. Aku harap orang-orang macam neh, akan berhenti merepek kosong dan mungkin patut kena batang hidung sendiri dulu kot.

Penting sangat ke? IPTS or IPTA? Kerja swasta or kerajaan?

Mudah sangat membuat perbandingan atas mata kasar tanpa melihat aturan Allah SWT adalah yang terBAIK buat setiap insan.

Dulu, kalau aku tak belajar kat IIC...mungkin aku takkan boleh beli makanan pakai duit sendiri. Walaupun jalan yang aku lalui jauh, berliku atau mahal....ukuran nya adakah berdasarkan itu?? Kalau berdasarkan hal-hal itu, aku 'angkat tangan'.

Lagi satu, jangan nilai kejayaan hanya berdasarkan gred. Nilai lah kejayaan dengan kasih sayang. Orang tolong kita, orang tu pun berjaya. Berjaya memudahkan kerja seseorang. Berjaya menenangkan hati seseorang.

p/s: Persepsi mudah diungkapkan dan ditafsir tetapi biarlah dari sudut pandangan positif. Persepsi yang merungkai kontroversi, mungkin? :)

Saturday, September 21, 2013

Kecik

Assalam...

Selamat malam. Hari ini nak kongsi cerita tentang Si Kecik.

Dia dah besar. Tua setahun dari aku. Belajar sama dengan aku masa ijazah dulu-dulu. Dia dah dapat posting. Dekat Kolej Komuniti Kuala Lipis. n3 ni saja aku wat untuk dia. Setakat aku kenal dia, baik orangnya. Banyak gak tolong aku. Espeseli masa backup aku untuk subjek pengurusan Ko-Kurikulum. Dia ketua yang sempoi, gig dan ber-tanggungjawab. Aku hepi dia dah dapat keja tetap. DH41 tue. Tahniah bro!

Dia pun ada blog, tapi haram dah tak update. Maybe dia rajin sangat kot belajar dulu. Hehe! Dia siap ajar aku membaca Bahasa Inggeris ag, walhal dalam hati aku...perlu ke? Sebab kelas English punya pasal. Terpaksa aku belajar mengeja balik! cehh.....

Kalu aku tak segan, aku akan minta tolong dia. Itu pun setelah berfikir panjang. Malu la konon. Tapi dari mula belajar degree sampai gi interbiu, aku ada minta tolong dia. So thank you Kecik.

Selamat ber'mastautin' di negeri kelahiran, Tok gajah terr!

p/s: Nanti jumpa Azzammudin Akil kat Lepeh, kim salam eh :p

Friday, September 20, 2013

Dunia blog

Assalam....

Ingatkan macam dah tak sempat nak menulis di sini?

Oleh kerana masalah teknikal, penempatan dan kekalutan....hampir-hampir aku melupai jalan ke blog ini.

Walau apa pun, aku dah datang di blog sendiri.

Welcome home!

Tak sabar nak me'ngarut' kat sini....

p/s: Chill

Thursday, July 18, 2013

Kisah Orang

Assalamualaikum…..
Bertemu lagi kita di bulan Ramadhan ini.
Kisah Anak Ikan….
Situasi di Bazar Ramadhan
“Weh, yang mana ko nak?” said Pengkid a.k.a Budak Peng!
“Anak ikan mana yang ko nak?” said Gadis.
“Dua-dua baik punya” said Yang Lagi Sorang.
_____Aku toleh, dengan perasaan Anak Ikan yang mana yang direbut-rebutkan tersebut_______
“Wah, comel kot” bisik aku kat Kak Huda.
“Mana Long?” balas Kak Huda.
“Tu yang sebelah akak” selamba aku balas.
_____Dalam banyak-banyak ikan, kenapa Anak Ikan yang paling pemes!______
Okeh! Rupa-rupanya Anak Ikan yang paling pemes adalah Ikan Bilis.
Sejak hari itu, kalu nak beli Ikan Bilis…aku mesti panggil anak ikan.


p/s: Korang suka Anak Ikan? Ehem…ehem! Ahakss….

Kisah Ashraff

Alang-alang dah hap-date! Aku kasi banyak sikit…
Sikalang ma, lamai olang celita tentang ashhlelaf. Okeh-okeh, Ashraff Muslim tu.
Pendapat aku, bulan puasa ini tak payah la nak sibuk hal rumah tangga orang. Ke aku yang sibuk ni?haha…
Bulan TAK puasa pun, tak payah la borak tentang orang jauh dari mata. Baik cite tentang orang yang dekat di hati & dekat di mata. Kahkahkah!
Kat opis, luar opis…asik cite tentang Kisah Ashraff ni. Dalam FB, pun sama. Aku muak beb. Siap ada luahan hati Diyana tu ag. Kadang-kadang aku pk gak. Betul ke Diyana tu yang tulis or ada penulis ke-2, 3 or 100?
Yang belum kahwin pun sibuk bagai! Ehem…ehem, aku? No! Aku cite ni sebab biarlah mereka selesaikan sendiri. Kalu kita dengar diamkan jela. Kalu kita terbaca, simpan-simpankan lah!
Hal mereka boleh mencerminkan diri kita siapa dan di mana….pk, pk kan eh.
p/s: Lelaki paling bergaya adalah David Beckham! Tetiba je kan? Haha!

Sunday, July 14, 2013

Kompilasi Kisah

Assalamualaikum....

Maap, sejak akhir-akhir ini sibuk sangat. Ditambah pula dengan tenet yang slow macam aku menaip :)

Salam Ramadhan...selamat berpuasa! 

Sikit la nak share malam ni tentang kisah aku. Kalau aku tak share dia macam bermain-main dalam kepala aku. Ibarat macam aku nak taip kt dis blog tapi sebenarnya ia masih kat kepala jek.

Selasa lepas, aku g interbiu. Dorang wat dalam groupin'. Berdebarnya usah cite. Of kos sarapan skip! Paling besh, jumpa kawan-kawan lama. Ada yang dalam pantang, preggy, baru kawin, putus cinta, da gemOk and yang makin kurus pun ada. So sangat seronok. Padahal dulu tak rapat mana pun, bila dah berpisah...jumpa balik, Great Greet la! Ok la kalu aku nak panggil pertemuaan tu camtu kan...haha.

Aku tumpang my frenz. Hanath's famili. Sangat bertima kasih pd mak ayah dia. Lovely sangat. Macam mak ayah kita jugak. Jaga makan minum kita, nasihatkan kita. So, sweet! Xtuali masa nak berpisah tu, aku quite nangis-nangis jugak la. wawawa! Tak tau nape. Aku rasa aku terkena cili padi kot masa tu. haha!

Interbiu dalam groupin' tu, mula-mula air liur aku macam tersangkut-sangkut jugak. Then after 5 minit camtu, aku dah boleh bernafas baik-baik. Masa di tanya soalan tu, dorang wat cam open Question. So kita kena serang dan attack dengan baik ar. Aku jarang jawab dulu, sebab ada budak TESL yang kaki angkat tangan awal. Aku tengok jek dulu dalam 10 minit camtu. Pastu, PAKK tu bidang aku. Kalu aku wat diam so membazir aku belajar 7 tahun. Then, aku try attack. Guna teori and skill-skill yang aku belajar dulu. Lagipun praktikum memang banyak membantu aku menjawab soalan. Seboleh-bolehnya aku jawab dengan hikmah dan tak nampak sombong. Sebab apa aku taknak jadi sombong, SEBAB hanya aku sorang yang dari bidang PAKK. Yang lain, TESL, KAUNSELING dan PENDIDIKAN ISLAM. Walaupun dorang dari bidang pendidikan tapi bagi la peluang kat kami, PAKK yang menganggur ni yang 'rangkul' keja ni. Haha! Okeh! aku main-main jek. kalu dah rezeki dorang nak wat camne kan. It means mereka layak la kan.

Interbiu aku tu, 2 JAM. Perut aku dah minta blah. Kaki aku menggeletek nak kuar. Muka masih senyum menahan kesejukan. Then pukul 2 lebih-lebih camtu, interbiu tamat!
"Awat ko lama sangat Long!", jerit kawan-kawan aku
"..........................." Aku senyum jek. Penat ah aku nak cakap ag. Bagi aku rest 5 minit pun jadi la. haha!

Puasa pertama aku tahun ni, di Merlimau Melaka.

Teruskan keja macam bese. Hari Jumaat deal dengan budak-budak baru daftar kat ICYM.

"Cikgu-cikgu, saya nak tanya cuti bila?...
"Cikgu? cikgu?".....sweet la budak-budak ni.

"Puae, sayo dok tahu nok pangil gapo. Kalu pangil puae kang ado hok maroh, kito nok pangil guano pun dok pehe"
(ahh susah gila nak kecek kelate nih!)
Then aku jawab, "Pangil la saya puan ke cik ke cikgu ke, ADA AKU KISAH!"...gelak mengharungi dewan tersebut.

"Cik, nak minta no phone?" Nanti malam-malam boleh kita msg-msg.
(Aku membulatkan mata)
"Tak ada maknanya"...terus menuju ke pelajar lain.

Tetiba teringat mula-mula aku masuk IIC dan UPSI. Jadi budak baru ni sweet. Seronok juga layan budak-budak ni tapi bila dalam kelas, tengoklah betapa 'garang'nya Cik Long-Kang ni. Garang ke?haha!

p/s: Sempena Ramadhan ini, aku mohon maap...sengaja or tak sengaja kalu blog aku ada menyingung perasaan sape-sape. Seyes! Aku buat blog untuk sampingan jek. Tapi kalu tak tulis blog, aku lakarkan kat blog minda aku :/
Ahaks!

Friday, July 5, 2013

Ini Lagi Serius!

Assalamualaikum...

Ini lagi serius! maknanya kali ini punya interbiu lagi parah. Interbiu sebagai pegawai pendidikan DG41 (PERMATA)...

Syukur, Alhamdulillah.

Doakan aku. 

p/s: Aku selalu ingat pesan Kekanda aku, "Kita minta rezeki dari Allah, kalu Dia izinkan maka ia adalah terbaik buat kita, kalau tidak diizinkan maka ia tidak baik buat kita :')"......so, percayalah pada rezeki yang Allah beri BUKAN manusia ya! kenyit mata skit ;)

Saturday, June 29, 2013

Budak : Penilaian SATU

Assalamualaikum...

Tugas menilai 'budak' ini bukan satu kerja yang mudah.

Pertamanya, skema-skema permarkahan telah ditetapkan oleh UNiTAR. Kita just follow up jea. Tapi apa yang kita cakap selalu nya based on 'budak' punya performance pada hari tersebut.

Kedua, aku menilai dari sudut LP. Bukan sebab aku 'master' dalam bidang penulisan tapi berdasarkan LP tersebut, kita dh boleh nilai sama ada 'budak' leh mengajar atau tak mahu belajar. Senang jek. Lagipun, aku amik bahagian penilaian berdasarkan pelaksanaan LP adalah kerana hal-hal tersebut tak menyentuh sikit pun fizikal 'budak' tersebut. Maksud aku, aku takkan tegur macam ni 'Awak ni dah cantik tapi pakaian tak melambang seorang cikgu pun'...Okeh, itu contoh.haha!
Bukan aku sangat menjaga bahasa tapi aku belajar and sedang belajar menggunakan bahasa psikologi.Wah! tak caya kan...haha! Seboleh-bolehnya, suara paling lembut aku kuarkan. Tak kira, lelaki ke perempuan ke. Sama jek.

Penah sekali, aku marah sangat bebudak semester lepas. Aku boleh speaking, low-tone punya range. Itu sebab aku marah sangat. Marah sebab mengajar tak ada objektif, aktiviti buat macam bibik nak mengajar kat umah, datang lewat...pehh memang marah. Tapi kalu ag marah, boleh sampai menangis aku. Bodoh kan! Kalu aku marah, aku lak yang menangis.

Sesi kedua ini, aku amik insiatif untuk lebih lembut. Tapi aku niat untuk 'tackle' hati budak. Untuk buka hati mereka. Kenapa aku 'sayang' sangat Pendidikan Awal Kanak-Kanak?? Aku nak mereka rasa seronok  seperti aku rasa. Aku nak mereka kata suatu hari nanti, 'Ini bidang kita, kita pencetusnya dan kita akan mewarisinya'.

Ketiga, Kau percaya aku boleh sentuh jiwa 'budak-budak' ni? Doakan....

Ayat-ayat yang selalu aku guna, 'Apa yang kamu buat hari ini bukan salah tapi tidak sempurna, masih kurang. Kesalahan yang kamu buat bukan satu kelemahan. Saya juga buat salah, tapi saya tak mahu mengulanginya'....Ayat seorang ibu...wakakaka!

Memang 'ayu' gila masa aku cakap tu, aku sendiri meremang bulu roma. Tapi, 'budak' besar ni tak perlu marah, cakap elok-elok sudah. Mereka pandai pikir. InshaAllah.

p/s: Aku mula suka mengajar 'budak' besar :)

Monday, June 17, 2013

Kisah Kerja : Bilik baru :p

Assalamualaikum...

Selamat malam.

Semenjak dah pindah rumah ni, hidup dah teratur sikit. Barang-barang terletak pada tempatnya. Kongsi dengan diri sendiri sahaja. Kawan aku dah ada bilik dia. Dan aku, dah ada bilik aku. Yeehaa!

First, aku nak cite kenapa aku nak bilik sendiri.
Antaranya :
*Senang aku nak tido. Sebab ramai orang takut gelap, kalu aku suka gelap. Nak tido nyenyak. Bagi aku tido itu penting.haha!
*Barang aku tiada sape nak komen. Sebab aku memang suka kemas & ubah susun atur. Supaya aku tak bosan dengan design sama & habuk tak berada di tempat-tempat yang terbiar. Selalunya kalau barang orang, aku tak suka sentuh. Jadi bila dah ada bilik sendiri, aku punya pasal la, nak alih tiap-tiap hari ke! haha...tapi takde la sampai camtu. Kadang-kadang bila aku stress, aku akan jadi rajin tahap cipan. Percayalah ?
*Kita stop sampai situ
Gempa bumi ni....sepah bagai

after renovation...haha! 

Barang wajib..
*Buku & senaskah al-Quran
* Sikat & adik-adiknya
*Krim-krim rahsia!
*Suplemen
*Botol air
*Kapas telinga
*Cermin mata & ContactLenses
*Kerongsang & Jarum jejarum :)
*Gunting? Untuk keselamatan :p

*Bantal peluk utk keselamatan :p

*Baju tergantung? Emergency case...kalu kena kuar time kalut2, of course Berlengan panjang :) & Skirt
* Kotak & beg-beg harta karun-baju & ehem-ehem 

*Lappy & kerja-kerja
Moral, kalau barang kita teratur..hati pun senang & kerja pun senang :)

p/s: Gambar lintang-pukang! This is me NOT Darul Makmur :p