Monday, September 23, 2013

Baru digigit semut sekelumit, Dah melompat macam kera

Assalam

Salam Maghrib.

Ujian yang datang tak kira masa, tempat dan keadaan. Percaya? Tak percaya...takpe! Tapi sejauhmana ujian itu menguji korang.

Seyes, aku rasa sangat 'blur' nk hadapi perkara ni. Tajuk n3 aku, sama jek dengan status aku di fb mahupun twet. Sebab, dalam kepala aku menda ni jek yang bermain-main.

Ujian yang 'kecil' ini, betul-betul buat aku tak senang 'otak'.

Mengadu pada Allah? Ofkos...Dia yang beri Ujian. Tak terima ujian Dia? Bukan...cuma aku memikirkan apakah hikmahnya ujian ini. Mana salahnya? Apa yang harus dilakukan? Siapa yang akan aku susahkan selepas ini? Tak lain tak bukan...orang pertama yang aku akan susahkan adalah HATI mak aku. Secara total, aku dah susahkan dia.

Mengadu pada manusia? blog mungkin? ya...ini yang telah aku lakukan. Agar berat rasa hati ini kesampaian kepada pendengar dan pembacanya.

Apa aku rasa?
Airmata neh taknak kuar...marah? pada siapa nak marah. Sedih? untuk apa....Terkilan? mungkin ini yang merungkai rangkaian perjalanan kali ini.

Aku tak berhaksebenarnya nak marah, sedih, kecewa mahupun TERKILAN. Siapa aku? Allah yang berikan ujian ini bukan?

Wahai aku, tak  perlu ditanya apa yang TELAH Allah berikan pada kamu, sedangkan nikmatnya terlalu besar TETAPI tanyalah....apa yang telah kamu syukuri ini MEMADAI dengan nikmat yang diberikan??

Ya Allah, jadikan aku seorang yang bersyukur dengan ujian. Kuatkanlah aku untuk menghadapi setiap ujian. Biarpun beribu-ribu ekor semut menggigit, ubatnya tetap ada.

p/s: Aku perlukan bahu Ayah... :'( Ayah.........

No comments: