Sunday, September 22, 2013

Persepsi

Assalam
Selamat petang.

Petang ni aku bosan betul. Lepas tengok cite Tamil, aku duk diam sambil dengar lagu dan call mak.

'Nape tepon ni?'...
Ada ke mak tanya camtu, nasib hati aku besar.
'Urm....bosan'...jawab aku jujur. Dalam bosan-bosan, lama gak aku borak dengan mak.

Ter'wat' intro ala-ala membebel lak.

Aku nak cite tentang persepsi. Setiap orang ada persepsi sendiri kann. kann? Bagi aku, persepsi ni tak semestinya ada betul atau salah. Tapi kadang-kadang persepsi ini boleh buat aku pergi resepsi. Ouch, mengarut lak.

Persepsi pada pelajar IPTS. Oleh sebab, aku ni bekas IPTS, persepsi orang tu leh wat aku termenung dan berfikir. Contoh-contoh ayat yang terkesan kat aku :

a) 'Awak jangan kawan sangat dengan budak Kolej *********** tu, banyak yang tak bagus'
b) 'Tak yah la sambung Kolej *************, yuran mahal'
c) 'Belajar kat IKBN pun ok, dari masuk Kolej ****************'

Aku faham, belajar dekat swasta ni memang mahal. Tapi mana lebih baik? Belajar atau tak belajar langsung? Ayat tuh memang wat aku terkesan. Dulu pun aku terpk, nape aku masuk IIC? Nk meng'abih'kan wang makayah aku ke? Nk berkawan semata-mata? atau nak lari dari suasana kampung?

Semuanya bukan jawapan aku. Masa tu aku hanya nak belajar, keluar dari kelompok dan keadaan yang sama. Soal budak kolej ni jahat or baik, semua atas diri kita. Bukan tunding jari atas orang espeseli yang belajar dekat Kolej Swasta neh.

Orang yang ber'bicara' tu adalah seorang pensyarah. Aku tak pernah lak dimomokkan dengan ayat camtu dulu. Aku harap orang-orang macam neh, akan berhenti merepek kosong dan mungkin patut kena batang hidung sendiri dulu kot.

Penting sangat ke? IPTS or IPTA? Kerja swasta or kerajaan?

Mudah sangat membuat perbandingan atas mata kasar tanpa melihat aturan Allah SWT adalah yang terBAIK buat setiap insan.

Dulu, kalau aku tak belajar kat IIC...mungkin aku takkan boleh beli makanan pakai duit sendiri. Walaupun jalan yang aku lalui jauh, berliku atau mahal....ukuran nya adakah berdasarkan itu?? Kalau berdasarkan hal-hal itu, aku 'angkat tangan'.

Lagi satu, jangan nilai kejayaan hanya berdasarkan gred. Nilai lah kejayaan dengan kasih sayang. Orang tolong kita, orang tu pun berjaya. Berjaya memudahkan kerja seseorang. Berjaya menenangkan hati seseorang.

p/s: Persepsi mudah diungkapkan dan ditafsir tetapi biarlah dari sudut pandangan positif. Persepsi yang merungkai kontroversi, mungkin? :)