Thursday, July 18, 2013

Kisah Orang

Assalamualaikum…..
Bertemu lagi kita di bulan Ramadhan ini.
Kisah Anak Ikan….
Situasi di Bazar Ramadhan
“Weh, yang mana ko nak?” said Pengkid a.k.a Budak Peng!
“Anak ikan mana yang ko nak?” said Gadis.
“Dua-dua baik punya” said Yang Lagi Sorang.
_____Aku toleh, dengan perasaan Anak Ikan yang mana yang direbut-rebutkan tersebut_______
“Wah, comel kot” bisik aku kat Kak Huda.
“Mana Long?” balas Kak Huda.
“Tu yang sebelah akak” selamba aku balas.
_____Dalam banyak-banyak ikan, kenapa Anak Ikan yang paling pemes!______
Okeh! Rupa-rupanya Anak Ikan yang paling pemes adalah Ikan Bilis.
Sejak hari itu, kalu nak beli Ikan Bilis…aku mesti panggil anak ikan.


p/s: Korang suka Anak Ikan? Ehem…ehem! Ahakss….

Kisah Ashraff

Alang-alang dah hap-date! Aku kasi banyak sikit…
Sikalang ma, lamai olang celita tentang ashhlelaf. Okeh-okeh, Ashraff Muslim tu.
Pendapat aku, bulan puasa ini tak payah la nak sibuk hal rumah tangga orang. Ke aku yang sibuk ni?haha…
Bulan TAK puasa pun, tak payah la borak tentang orang jauh dari mata. Baik cite tentang orang yang dekat di hati & dekat di mata. Kahkahkah!
Kat opis, luar opis…asik cite tentang Kisah Ashraff ni. Dalam FB, pun sama. Aku muak beb. Siap ada luahan hati Diyana tu ag. Kadang-kadang aku pk gak. Betul ke Diyana tu yang tulis or ada penulis ke-2, 3 or 100?
Yang belum kahwin pun sibuk bagai! Ehem…ehem, aku? No! Aku cite ni sebab biarlah mereka selesaikan sendiri. Kalu kita dengar diamkan jela. Kalu kita terbaca, simpan-simpankan lah!
Hal mereka boleh mencerminkan diri kita siapa dan di mana….pk, pk kan eh.
p/s: Lelaki paling bergaya adalah David Beckham! Tetiba je kan? Haha!

Sunday, July 14, 2013

Kompilasi Kisah

Assalamualaikum....

Maap, sejak akhir-akhir ini sibuk sangat. Ditambah pula dengan tenet yang slow macam aku menaip :)

Salam Ramadhan...selamat berpuasa! 

Sikit la nak share malam ni tentang kisah aku. Kalau aku tak share dia macam bermain-main dalam kepala aku. Ibarat macam aku nak taip kt dis blog tapi sebenarnya ia masih kat kepala jek.

Selasa lepas, aku g interbiu. Dorang wat dalam groupin'. Berdebarnya usah cite. Of kos sarapan skip! Paling besh, jumpa kawan-kawan lama. Ada yang dalam pantang, preggy, baru kawin, putus cinta, da gemOk and yang makin kurus pun ada. So sangat seronok. Padahal dulu tak rapat mana pun, bila dah berpisah...jumpa balik, Great Greet la! Ok la kalu aku nak panggil pertemuaan tu camtu kan...haha.

Aku tumpang my frenz. Hanath's famili. Sangat bertima kasih pd mak ayah dia. Lovely sangat. Macam mak ayah kita jugak. Jaga makan minum kita, nasihatkan kita. So, sweet! Xtuali masa nak berpisah tu, aku quite nangis-nangis jugak la. wawawa! Tak tau nape. Aku rasa aku terkena cili padi kot masa tu. haha!

Interbiu dalam groupin' tu, mula-mula air liur aku macam tersangkut-sangkut jugak. Then after 5 minit camtu, aku dah boleh bernafas baik-baik. Masa di tanya soalan tu, dorang wat cam open Question. So kita kena serang dan attack dengan baik ar. Aku jarang jawab dulu, sebab ada budak TESL yang kaki angkat tangan awal. Aku tengok jek dulu dalam 10 minit camtu. Pastu, PAKK tu bidang aku. Kalu aku wat diam so membazir aku belajar 7 tahun. Then, aku try attack. Guna teori and skill-skill yang aku belajar dulu. Lagipun praktikum memang banyak membantu aku menjawab soalan. Seboleh-bolehnya aku jawab dengan hikmah dan tak nampak sombong. Sebab apa aku taknak jadi sombong, SEBAB hanya aku sorang yang dari bidang PAKK. Yang lain, TESL, KAUNSELING dan PENDIDIKAN ISLAM. Walaupun dorang dari bidang pendidikan tapi bagi la peluang kat kami, PAKK yang menganggur ni yang 'rangkul' keja ni. Haha! Okeh! aku main-main jek. kalu dah rezeki dorang nak wat camne kan. It means mereka layak la kan.

Interbiu aku tu, 2 JAM. Perut aku dah minta blah. Kaki aku menggeletek nak kuar. Muka masih senyum menahan kesejukan. Then pukul 2 lebih-lebih camtu, interbiu tamat!
"Awat ko lama sangat Long!", jerit kawan-kawan aku
"..........................." Aku senyum jek. Penat ah aku nak cakap ag. Bagi aku rest 5 minit pun jadi la. haha!

Puasa pertama aku tahun ni, di Merlimau Melaka.

Teruskan keja macam bese. Hari Jumaat deal dengan budak-budak baru daftar kat ICYM.

"Cikgu-cikgu, saya nak tanya cuti bila?...
"Cikgu? cikgu?".....sweet la budak-budak ni.

"Puae, sayo dok tahu nok pangil gapo. Kalu pangil puae kang ado hok maroh, kito nok pangil guano pun dok pehe"
(ahh susah gila nak kecek kelate nih!)
Then aku jawab, "Pangil la saya puan ke cik ke cikgu ke, ADA AKU KISAH!"...gelak mengharungi dewan tersebut.

"Cik, nak minta no phone?" Nanti malam-malam boleh kita msg-msg.
(Aku membulatkan mata)
"Tak ada maknanya"...terus menuju ke pelajar lain.

Tetiba teringat mula-mula aku masuk IIC dan UPSI. Jadi budak baru ni sweet. Seronok juga layan budak-budak ni tapi bila dalam kelas, tengoklah betapa 'garang'nya Cik Long-Kang ni. Garang ke?haha!

p/s: Sempena Ramadhan ini, aku mohon maap...sengaja or tak sengaja kalu blog aku ada menyingung perasaan sape-sape. Seyes! Aku buat blog untuk sampingan jek. Tapi kalu tak tulis blog, aku lakarkan kat blog minda aku :/
Ahaks!

Friday, July 5, 2013

Ini Lagi Serius!

Assalamualaikum...

Ini lagi serius! maknanya kali ini punya interbiu lagi parah. Interbiu sebagai pegawai pendidikan DG41 (PERMATA)...

Syukur, Alhamdulillah.

Doakan aku. 

p/s: Aku selalu ingat pesan Kekanda aku, "Kita minta rezeki dari Allah, kalu Dia izinkan maka ia adalah terbaik buat kita, kalau tidak diizinkan maka ia tidak baik buat kita :')"......so, percayalah pada rezeki yang Allah beri BUKAN manusia ya! kenyit mata skit ;)