Monday, July 27, 2009

MALAYSIA BOLEH!!

Kita sedia gempur India


PEI TTY (depan) dan Eei Hui akan turun selaku pilihan pertama dalam acara beregu wanita.



CHONG WEI



KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong bertekad untuk melakarkan kejutan pada Kejohanan Dunia di Hyderabad, India.



GANGA yakin dengan kemampuan pemain-pemain negara pada kejohanan tahun ini.


SKUAD badminton negara sudah bersedia untuk menggempur India.
Gelaran dunia menjadi sasaran dan misi untuk merealisasikannya semakin menebal.

Persiapan telah berjalan lancar bagi memastikan Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Hyderabad, India bulan depan dikuasai oleh wira badminton negara.

Begitupun, berjaya atau tidak, semuanya bergantung kepada pemain itu sendiri.

Berdasarkan ranking dan prestasi terkini, pemain negara sebenarnya mempunyai peluang cerah untuk menghadiahkan kejuaraan pertama buat negara.

Pada kejohanan yang akan diadakan pada 10 hingga 16 Ogos itu nanti, Malaysia akan membariskan skuad terbaik dengan diketuai oleh pemain perseorangan lelaki No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei selain beregu wanita yang diletakkan sebagai pilihan pertama, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan beregu lelaki pilihan kedua, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Menurut Setiausaha BAM, Ganga Rao, semua pemain tidak harus mempunyai alasan untuk gagal selepas mendapat sokongan penuh daripada persatuan, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Institut Sukan Negara (ISN).

“Kami boleh katakan bahawa kita sudah menyediakan persiapan yang cukup rapi untuk pemain menjelang Kejohanan Dunia bulan depan,” kata Ganga.

“Ketika ini, pemain-pemain negara sudah berada pada persiapan fasa terakhir. Lati- han yang ketat sudah dimulakan sejak lebih tiga minggu lepas dan Chong Wei sendiri menjalani latihan selama seminggu di Korea Selatan.

“Selepas ini, semua pemain negara juga akan beraksi pada Mini Olimpik minggu depan yang merupakan sebahagian daripada latihan.

“Kami di BAM dengan kerjasama MSN dan ISN juga sentiasa menyokong pemain dengan menyediakan apa yang perlu.

“Kami juga turut membawa tukang masak sendiri ke India kerana tidak ingin insiden keracunan makanan terhadap Chong Wei pada Terbuka India, April lalu berulang.

“Kesimpulannya, dari segi pengurusan, pemain tidak perlu bimbang dan tugas mereka hanyalah bermain dengan baik untuk mengharumkan nama negara.

“Selepas apa yang telah kami lakukan, kini terserah kepada pemain sendiri untuk merealisasikan impian bergelar juara dunia.”

Meskipun mempunyai harapan yang besar untuk menyaksikan pemain negara merangkul kejuaraan dunia buat pertama kali tahun ini, namun Ganga mengakui, pemain negara bakal menerima saingan sengit daripada lawan yang mungkin menggunakan taktik tertentu untuk menghalang kejayaan pemain Malaysia.

“Saya gembira kerana kita bukan sahaja mampu untuk meletakkan harapan dalam satu acara sahaja tetapi kita juga mampu untuk memberikan saingan dalam beberapa acara lelaki dan wanita,” tambah Ganga.

“Kita memiliki pemain lelaki dan beregu wanita No. 1 dunia selain Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan sebagai pilihan kedua.

“Begitupun, ranking yang baik tidak menjamin laluan yang mudah kerana terdapat pemain lawan yang mungkin menggunakan taktik tertentu untuk menyingkir pemain negara lebih awal.

“Sebagai contoh, pemain China, Lin Dan. Dia mungkin sengaja membiarkan ranking dirinya jatuh bagi membolehkan dia bertemu Chong Wei lebih awal dan mengharapkan perlawanan akhir antara dua pemain China.

“Saya harap, Chong Wei dan semua pemain negara akan berhati-hati dan cuba bermain yang terbaik pada setiap perlawa- nan.”

Chong Wei berpotensi menentang Lin Dan yang diletakkan sebagai pilihan kelima pada pusingan separuh akhir di Hydera- bad.

Jika berjaya menundukkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 itu, Chong Wei mungkin akan menentang seorang lagi pemain China, Chen Jin yang juga pilihan kedua.

Pei Tty-Eei Hui pula akan menentang beregu Sweden, Emelie Lennartsson-Emma Wengberg pada pusingan kedua selepas masing-masing menerima bye pada pusingan pertama.

Kien Keat-Boon Heong yang juga dianggap sebagai antara taruhan terbaik negara untuk meraih kejuaraan selain dari- pada Chong Wei, turut menerima bye pada pusingan pertama dan mereka berpeluang bertemu beregu senegara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada pusingan suku akhir.

Thursday, July 23, 2009

super Dan tactic

'Ranking jatuh ciptaan Lin Dan'

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my


LEE Chong Wei (kiri) dan musuh tradisi, Lin Dan.

Ia untuk bolehkan Chen Jin uji kekuatan bertemu Chong Wei: Misbun

PERNAHKAH kita terfikir bahawa juara Olimpik, Lin Dan, sengaja membiarkan rankingnya merudum supaya dapat bertemu dan menamatkan cabaran Lee Chong Wei lebih awal pada Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, bulan depan?

Itulah tafsiran yang disahkan jurulatih, Misbun Sidek, sebaik mendapat pengesahan betapa pemenang pingat emas Olimpik itu akan menentang Chong Wei pada peringkat separuh akhir nanti.


"Sejak awal, kita perlu tahu mengapa Lin Dan kalah kepada Chen Jin. Ia untuk membolehkan Chen Jin menguji kekuatannya bertemu Chong Wei. Selepas itu, China lepaskan pula Chen Long untuk bertemu Chong Wei.


"Mereka boleh lakukan semua itu kerana memiliki ramai pemain. Strategi itu kita boleh baca. Lin Dan tidak lagi mengejar kedudukan nombor satu dunia, tetapi mereka cuba kacau daun demi membolehkan pemain muda turut meraih gelaran.

"Semua itu perancangan mereka untuk Sukan Olimpik (2012). Kita juga jangan lupa bahawa Sukan Asia nanti ialah di Guangzhou. Kita boleh baca. Malah, Lin Dan turun ke ranking nombor lima dunia untuk bertemu Chong Wei lebih awal, ia juga satu perancangan mereka," katanya.

PEMAIN muda yang cuba 'kacau daun' untuk meraih gelaran, Chen Jin (kiri) dan Chen Long.

Logik aturan strategi itu boleh diterima kerana Lin Dan memiliki peluang lebih baik untuk menundukkan Chong Wei dan menamatkan impiannya bergelar juara dunia.

"Jika dia berjaya, ia bermakna China akan jumpa China di final," kata Misbun.

Namun di sebalik segala 'mainan' itu, Misbun mengakui betapa aspek sebegitu bukan asing buat Chong Wei.

"Apabila jadi pemain nombor satu, tekanan meningkat dan terus meningkat. Lawan akan kaji kita, semua orang mahu cipta sejarah dan kalahkan pemain nombor satu. Semua itu perlu diatasi, menerusi sesi latihan.

"Cuma saya harap, beberapa perlawanan akan meningkatkan tahap keyakinannya ketika perlawanan. Jadi, apabila tiba waktu getir nanti, dia akan bersedia.

"Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah saya yakin dan dapat rasakan bahawa Chong Wei sudah pun bersedia untuk menghadapi situasi sebegitu," katanya.

Wednesday, July 22, 2009

Mudah buat Chong Wei (kejohanan dunia d India bln dpn)


Oleh Esme Johari Wahab

esme@hmetro.com.my


JIKA tidak dipecahkan rekod mana hendak cipta rekod baru, adalah pepatah terbaik menggambarkan pencarian gelaran juara dunia Datuk Lee Chong Wei apabila diundi bertembung musuh ketat, Lin Dan pada separuh akhir Kejohanan Dunia 2009 di Hyderabad, India, bulan depan.

Chong Wei, pilihan pertama yang juga pemain nombor satu dunia akan membuka kempen menentang Dieter Domke dari Jerman, pada pusingan pertama., berpeluang memperbaharui rekod pertemuan sejak kali terakhir menewaskan juara bertahan China itu pada Terbuka Switzerland.

Selepas dianggap mudah melepasi halangan berikutnya, pusingan ketiga pula bakal menemukan pemain utama negara itu dengan Nguyen Tien Minh dari Vietnam yang pernah menewaskannya di pusingan kedua Terbuka Singapura.

Pada suku akhir, Chong Wei dijangka bertemu pilihan keenam, Sony Dwi Kuncoro, lawan dari Indonesia yang menewaskannya pada Kejohanan Dunia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Ketua jurulatih perseorangan Malaysia, Rashid Sidek (gambar) menyifatkan lawan sengit kejohanan dunia memang dijangka kerana membabitkan undian pemain pilihan daripada kalangan 64 teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


“Chong Wei boleh menilai undian dilalui kerana ranking pertama dunia sepertinya perlu berdepan lawan kompetitif untuk mencapai impian menjadi juara dunia. Apa saja boleh berlaku di dalam gelanggang tanpa mengambil kira status.

“Lawan suku akhir, separuh akhir, tidak mudah, tapi saya yakin beliau (Chong Wei) mempunyai cara hadapi lawan pernah ditentang terutama Lin Dan yang juga juara 2006, 2007 serta Sony.

“Mengenai Sony, kekalahan dua tahun lalu cerita lama kerana rekod terbaru jelas memihak kepada Chong Wei kerana dia kini lebih cergas, berada dalam ranking lebih baik dan semangatnya masih tinggi selepas menjuarai Terbuka Indonesia,” kata Rashid.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), P Ganga Rao berkata: “Harapan besar diletakkan kepada Chong Wei, tapi saya yakin barisan pemain kita yang lain mampu mempamer aksi terbaik dan positif dengan lawan dihadapi.”

Dua perseorangan lelaki dan dua wanita beraksi adalah Wong Choong Hann, Lee Tsuen Seng, Wong Mew Choo dan Lydia Cheah.

dengan lawan sukar menanti masing-masing seawal pusingan kedua dan ketiga.

Dalam acara beregu, pilihan kelapan, Mohd Zakry Abd Latif-Md Fairuzizuan Md Tazari mendapat bye pusingan pertama, berdepan juara bertahan, Markis Kido-Hendra Setiawan pada suku akhir manakala gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, berdepan beregu senegara veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, juga pada suku akhir.

Ranking pertama dunia wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berdepan pilihan kelima, Du Jing-Yu Yang dari China pada peringkat lapan terakhir.

Saturday, July 18, 2009

my herO

Lee Chong Wei (李宗伟) Profile



























































Name:Lee Chong Wei (李宗伟)
Country:Malaysia
Gentle:Male
Height:174cm
Weight:60kg
Date of Birth:21st October 1982
Place of Birth:Bukit Mertajam, Malaysia
Type of Match:Men's Single
Coach:Misbun Sidek
Handness:Right
Highest Ranking:1 (29th June 2006 , 24th August 2006)
Current Ranking:1 (25th September 2008)
Racquet:Yonex Armortec 900 Power
Shoes:Yonex SHB-100


Lee Chong Wei (Simplified Chinese: 李宗伟) (born October 21, 1982) is a professional badminton player from Malaysia. He is rumoured to be dating Malaysia's top women's singles player, Wong Mew Choo.

Playing Style
Lee Chong Wei's most well known attribute is his signature forehand cross court smashes and incredible defensive ability. His cross court shots are accomplished by using a heavy angle on his racquet head, and he plays incredible inside slices. He frequently retrieves attacking shots by diving towards the shot with an outstretched racket, then quickly recovering to his feet in time to continue the rally. Not only does he dive to keep a rally going, he also sometimes plays winners when he dives. Even Lin Dan has suffered Lee's defense on countless occasions.

Lee is also known for his smooth and efficient footwork that makes him one of the fastest singles player in the circuit. His strength in the third set (attributed to incredible fitness) and his all around deceptive and accurate strokes are also well known. In terms of his weaknesses he will sometimes make too many errors at inopportune times, get trapped at the back corners of the court, and sometimes has difficulty finishing off rallies once he has gained an advantage, though he is constantly developing this part of his game.

Career
In the 2006 World Badminton Championship, he disappointingly lost to Bao Chunlai of China in the quarterfinal in three tightly contested games despite dominating the first game. He was leading in the first set but his performance was eventually undone by committing too many unforced errors. He won the second game easily and both players went toe to toe in the third game before Lee Chong Wei succumbed to pressure after the score was tied at 18-18. Prior to losing this match to Bao, their head to head meetings record stood at 8-0 in favour of Lee Chong Wei. He entered the world championship as the world ranked number one and as the top seeded player. This loss is seen as a stepback for Lee as he was favoured by many to go all the way to capture the world title.

This dismal performance was followed by another below-par outing in the 2006 Japan Open where he lost tamely to Indonesian maestro Taufik Hidayat in straight sets. These recent defeats ended his brief reign as world number one. However, it seems that his old form has returned after his victory against Bao Chunlai in the finals of the Djarum Indonesian Open 2007, the irony being that his defeat against Bao Chunlai in the World Championships in Madrid started his downhill slide.

Lee continued his great form later in Sudirman Cup 2007, defeating all opponents in straight sets, including world champion, Lin Dan whom he clearly outclassed throughout the game. Lee was also clearly controlling the final match against Chen Hong in Philippines Open 2007.

He continued his good run of form by upsetting Lin Dan to win the 2007 Japan Open. Later, he defeated Chunlai once again to lift the French Open title.

Chong Wei has just won his first Super Series in 2008 by beating Lee Hyun Ii from Korea in Malaysia Super Series 2008.

Lee Chong Wei in MCA campaign as MCA's badminton ambassador in Malaysia's 12th General Election 2008: Report.

In Thomas Cup 2008, although Malaysia team was not able to get into the Final, but Chong Wei was simply the most consistent player for Malaysia Team in Thomas Cup 2008. Chong Wei archieve 100% win in Thomas Cup 2008, including the match against his rival, Lin Dan from China. Based on the player performance in Thomas Cup 2008, China's Coach, Lee Yong Poh, was tipped, Chong Wei would be high rated to win the Olympic Gold Medal in Beijing Olympic 2008.

2009 Achievements:




























































Korea Open1st Runner-Up
FinalPeter Gade Christensen-Lee Chong Wei21-18 10-21 21-17
SemifinalLee Chong Wei-Przemyslaw Wacha21-17 21-12
QuarterfinalLee Chong Wei-Sung Hwan Park18-21 21-7 21-16
2nd RoundLee Chong Wei-Tanongsak Saensomboonsuk21-14 21-9
1st RoundLee Chong Wei-Ji Hoon Hong21-11 17-21 21-15






























































Malaysia OpenChampion
FinalLee Chong Wei-Park Sung Hwan21-14 21-13
SemifinalLee Chong Wei-Peter Gade Christensen24-26 21-17 21-13
QuarterfinalLee Chong Wei-Simon Santoso21-15 16-21 21-11
2nd RoundLee Chong Wei-Tien Minh Nguyen21-9 18-21 21-7
1st RoundLee Chong Wei-Andre Kurniawan Tedjono21-17 21-18

Wednesday, July 8, 2009

ada apa dalam kOtak??

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung. “Untuk apa?” tanya si ayah. “Nak bungkus hadiah” jawab si kecil. “Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.” Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.” Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.” Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?” “Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga. “Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu” Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.” Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya. “Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!” Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral: Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong… “Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

strengthen 2gether


Vitamin C - Graduation (Friends Forever)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Will Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly




Monday, July 6, 2009

rEsEpi umi salbiah_my sis

Pizza Maggi...

dedicated 2 my frenz (yg xsuka msk n malas msk @ yg hanya reti msk maggi)


Bahan-Bahan:

1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)


Cara:

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan:

Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.

auralife2u




nOn alcohol perfume with aura vibration...
box of 15bottles x 5ml
plz visit
www.auralife2u.com