Thursday, July 23, 2009

super Dan tactic

'Ranking jatuh ciptaan Lin Dan'

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my


LEE Chong Wei (kiri) dan musuh tradisi, Lin Dan.

Ia untuk bolehkan Chen Jin uji kekuatan bertemu Chong Wei: Misbun

PERNAHKAH kita terfikir bahawa juara Olimpik, Lin Dan, sengaja membiarkan rankingnya merudum supaya dapat bertemu dan menamatkan cabaran Lee Chong Wei lebih awal pada Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, bulan depan?

Itulah tafsiran yang disahkan jurulatih, Misbun Sidek, sebaik mendapat pengesahan betapa pemenang pingat emas Olimpik itu akan menentang Chong Wei pada peringkat separuh akhir nanti.


"Sejak awal, kita perlu tahu mengapa Lin Dan kalah kepada Chen Jin. Ia untuk membolehkan Chen Jin menguji kekuatannya bertemu Chong Wei. Selepas itu, China lepaskan pula Chen Long untuk bertemu Chong Wei.


"Mereka boleh lakukan semua itu kerana memiliki ramai pemain. Strategi itu kita boleh baca. Lin Dan tidak lagi mengejar kedudukan nombor satu dunia, tetapi mereka cuba kacau daun demi membolehkan pemain muda turut meraih gelaran.

"Semua itu perancangan mereka untuk Sukan Olimpik (2012). Kita juga jangan lupa bahawa Sukan Asia nanti ialah di Guangzhou. Kita boleh baca. Malah, Lin Dan turun ke ranking nombor lima dunia untuk bertemu Chong Wei lebih awal, ia juga satu perancangan mereka," katanya.

PEMAIN muda yang cuba 'kacau daun' untuk meraih gelaran, Chen Jin (kiri) dan Chen Long.

Logik aturan strategi itu boleh diterima kerana Lin Dan memiliki peluang lebih baik untuk menundukkan Chong Wei dan menamatkan impiannya bergelar juara dunia.

"Jika dia berjaya, ia bermakna China akan jumpa China di final," kata Misbun.

Namun di sebalik segala 'mainan' itu, Misbun mengakui betapa aspek sebegitu bukan asing buat Chong Wei.

"Apabila jadi pemain nombor satu, tekanan meningkat dan terus meningkat. Lawan akan kaji kita, semua orang mahu cipta sejarah dan kalahkan pemain nombor satu. Semua itu perlu diatasi, menerusi sesi latihan.

"Cuma saya harap, beberapa perlawanan akan meningkatkan tahap keyakinannya ketika perlawanan. Jadi, apabila tiba waktu getir nanti, dia akan bersedia.

"Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah saya yakin dan dapat rasakan bahawa Chong Wei sudah pun bersedia untuk menghadapi situasi sebegitu," katanya.

No comments: