Monday, November 11, 2013

Sempadan

Assalamualaikum...

Ini mungkin cerita sempadan Indonesia-Malaysia atau Malaysia-Singapura atau tak ada kena mengena langsung.

Sempadan. 
Sempadan.Noktah.

Kalau mahu berpesan perlu berpandangan. Tanya iman, akal dan nilai. Pesanan selalu tawar kerana interpretasi yang berbeza buat yang membaca pesanan.

Kalau mahu berpelukan perlu disorokan. Bukan sahaja mata lensa memerhati tetapi Pemerhati sejati seakan menguji. Berbeza bukan? Seronok diperhati dengan memerhati Sang yang sedang berseronok.

Masih adakah sempadan wahai kawan dalam berpesan dan berseronok?

Berpesan tanpa mengira status diri. Berpesan tanpa nilai jati diri. Berpesan secara bedal tanpa menggunakan akal.

Berseronok. Rasa seronok dekat mana? Seronok peluk sampai mana? Seronok sayang sampai mana?

Sempadan tanpa rasa ketuhanan.

Wahai kawan, ingat bahawa dunia ini bukan milik kita kawan, tapi milik Tuhan (ZahirilAdzim)....

p/s: Aku capai inisiatif menulis kali ni kerana n3 Zahiril.

No comments: