Friday, November 15, 2013

Uncle Chinese

Assalamualaikum...

Salam Jum'ah

Sepatutnya aku ada kelas pukul 3pm. Last-last wat on9 review. Iya-iya jek masa mula-mula aku masuk kelas, lecturer cakap...kita tak buat blended learning untuk kelas ni. Adoii...Aku rasa kalu ada peluang untuk skip masa, tak kisah untuk pensyarah atau pelajar. Blended learning adalah peluangnya. Bukan curi masa tapi peluang pada masa yang diberi untuk sesuatu yang lain. Tak setuju? Takpe... :p

Masalahnya sekarang, last minute punya decision buat aku salah rancang perjalanan. Ops bukan masalah, perkara biasa kann...kann?

Uisshh, salah introduction. Okeh, potong-potong :)

Pagi tadi, dalam keadaan mengantuk aku menunggu ETS di stesen Ipoh. Ipoh-KL Sentral.

"Mau pelegi keleja atau belaja?"

Hah? Macam ada orang jirus air kat muka aku. Yela, ngantuk kan tadi. Selain tu, sebab aku dengar dia cakap "keleja" macam "GEREJA". Mau tak terkejut aku.

"Apa uncle?" balas Long-Kang.

"Pegi keleja atau belaja?"....ulang uncle dengan penuh sabar la kot.

"Belajar" balas aku pendek dengan niat berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

Lepas itu,

#$%^^&&*&&^#$%&*((%%^^%$%&*

Yang kat atas tue bukan sumpahan tau, tapi berapa banyak aku berborak dengan Uncle tersebut.

Haha!

Rupanya dia bekas guru. Umur dah 70 tahun. Masa dia suruh teka umur dia, aku salah kira. Bab-bab nombor ni aku memang lemah! No.telefon pun, hanya nombor kak Ngah aku jek yang aku ingat sebab berkaitan dengan besday dia. Isteri dia Indian. Anak 4 orang. 3 perempuan 1 lelaki. Yang bongsu, masih belajar kat UPM. Dia balik Ipoh jumpa saudara-mara isteri dia. Dia orang Muar. Sangat talkative dan lovely uncle ni.

Aku cakap, uncle nampak sihat. (Biasalah, soalan balas yang nak membantu perbualan)

Uncle jawab, orang sihat juga akan pergi. Umur saya juga sudah berapa....

Tiba-tiba, aku terfikir...cara uncle jawab sama jek dengan orang-orang tua yang beragama Islam jawab.
Aku angguk dengan kefahaman. Dalam hati, yang muda pun akan pergi juga...uhuks

Tiba-tiba lagi, kamu umur berapa? Sudah kawin?

Hah? senyum aku dah tak berapa ikhlas. Belum uncle.

Sudah tunang? Geleng...
Jadi, belum kapel? Geleng...

Soalan uncle tue betul bertubi-tubi.

Dalam hati aku, nak jek tanya, 'apa rahsia uncle kawin dengan bangsa yang berbeza?'

Tapi aku simpankan sahaja hasrat tue sebab uncle dah mencelah dulu...

"Kamu masih kecik, umur pun masih kecik...."

Hah! tang ni beria aku angguk. Nak aje aku sujud syukur tang kecik tue. haha!

Moral : Orang tua tengok kita masih macam budak, tapi budak-budak tengok kita macam kita tua bebenor!

Aisshhhh....

Banyak lagi cite yang aku sembangkan dengan uncle tue. Rasa seronok, dan bermotivasi walau dalam 20 minit jek perbualan tue.

Nice to meet u Uncle!

p/s: Ada perkara yang aku sendiri terkilan dengan diri sendiri masa berbual dengan Uncle tersebut. Dem!

No comments: