Monday, November 11, 2013

Secret Love

Assalamualaikum...

n3 kedua aku selepas Dalam kejernihan ada kaca pada hari yang sama :)

Secret Love.

Love.

Secret.

Ommoo ommoo... bukan nak cerita tentang aku. Ni sebuah cerita korea yang berjaya dapat tempat kat hati aku.


Doohoon, Yoo Joong, Minhyuk, Seyeon

Sinopsis:
YJ sanggup berkorban demi bf dia, DH. Mengaku bersalah langgar gf Minhyuk. DH berhenti kerja sebagai pendakwa raya dan bekerja dibawah Minhyuk untuk dapatkan kehidupan yang lebih bermakna. Seyeon nak dapat cinta Minhyuk tapi 'macam' tak kesampaian jek. DH berkemplot dengan Seyeon. Rahsia disebalik kemalangan semakin terbongkar. Cinta berdasarkan balas dendam bertukar cinta. Bagaimana dengan kematian ayah YJ dan anaknya.

Amacam?? ok tak sinopsis yang aku buat sendiri. Ke tak paham? haha....Aku pun belum tengok habis lagi kat www.maaduu.com 

Seyesly, dari perspektif aku sebagai penonton. Jalan cerita dia memang terbaik. Dia pusing cerita ni sampai mula-mula aku tak paham. Bila aku tak paham, aku mula akan terdetik 'cerita ni kena tengok sampai habis'. haha! Daripada aku layan cerita macam Love You Mr.Arrogant, kann? Marah peminat cerita tue nanti :p

Lagi satu, selain jalan cerita aku suka sweet-gula moment yang ada. Bagaimana seorang lelaki yang berdendam masih lagi mem'protect' perempuan. Bagaimana perempuan yang berada dalam keadaan kebenaran sanggup mengaku dan nampak bersalah sentiasa. Ucapan maaf dan terima kasih yang disulami kasih sayang. Dan yang lebih penting adalah lelaki yang ikhlas untuk perempuan yang ikhlas jugak. Pergghh! memang suweet sangat cite nie.

Gila takut aku nak tau ending cite ni. Sebab dia ada satu ayat yang macam ni 'Awak jangan mati tanpa kebenaran saya' dan 'Pls...jangan mati dulu'. Takkan ending mati kot?? Suspens....

Kelemahan yang aku nampak? Well....orang kaya dan orang biasa-biasa. Sebab apa aku kata orang biasa-biasa?? Sebab mereka ni bekerja macam biasa cuma tiada kuasa. 



p/s: Korang ada secret love?? Jaga-jaga nanti terbongkar....haha! opss...hehe






No comments: