Saturday, June 29, 2013

Budak : Penilaian SATU

Assalamualaikum...

Tugas menilai 'budak' ini bukan satu kerja yang mudah.

Pertamanya, skema-skema permarkahan telah ditetapkan oleh UNiTAR. Kita just follow up jea. Tapi apa yang kita cakap selalu nya based on 'budak' punya performance pada hari tersebut.

Kedua, aku menilai dari sudut LP. Bukan sebab aku 'master' dalam bidang penulisan tapi berdasarkan LP tersebut, kita dh boleh nilai sama ada 'budak' leh mengajar atau tak mahu belajar. Senang jek. Lagipun, aku amik bahagian penilaian berdasarkan pelaksanaan LP adalah kerana hal-hal tersebut tak menyentuh sikit pun fizikal 'budak' tersebut. Maksud aku, aku takkan tegur macam ni 'Awak ni dah cantik tapi pakaian tak melambang seorang cikgu pun'...Okeh, itu contoh.haha!
Bukan aku sangat menjaga bahasa tapi aku belajar and sedang belajar menggunakan bahasa psikologi.Wah! tak caya kan...haha! Seboleh-bolehnya, suara paling lembut aku kuarkan. Tak kira, lelaki ke perempuan ke. Sama jek.

Penah sekali, aku marah sangat bebudak semester lepas. Aku boleh speaking, low-tone punya range. Itu sebab aku marah sangat. Marah sebab mengajar tak ada objektif, aktiviti buat macam bibik nak mengajar kat umah, datang lewat...pehh memang marah. Tapi kalu ag marah, boleh sampai menangis aku. Bodoh kan! Kalu aku marah, aku lak yang menangis.

Sesi kedua ini, aku amik insiatif untuk lebih lembut. Tapi aku niat untuk 'tackle' hati budak. Untuk buka hati mereka. Kenapa aku 'sayang' sangat Pendidikan Awal Kanak-Kanak?? Aku nak mereka rasa seronok  seperti aku rasa. Aku nak mereka kata suatu hari nanti, 'Ini bidang kita, kita pencetusnya dan kita akan mewarisinya'.

Ketiga, Kau percaya aku boleh sentuh jiwa 'budak-budak' ni? Doakan....

Ayat-ayat yang selalu aku guna, 'Apa yang kamu buat hari ini bukan salah tapi tidak sempurna, masih kurang. Kesalahan yang kamu buat bukan satu kelemahan. Saya juga buat salah, tapi saya tak mahu mengulanginya'....Ayat seorang ibu...wakakaka!

Memang 'ayu' gila masa aku cakap tu, aku sendiri meremang bulu roma. Tapi, 'budak' besar ni tak perlu marah, cakap elok-elok sudah. Mereka pandai pikir. InshaAllah.

p/s: Aku mula suka mengajar 'budak' besar :)

2 comments:

Encik Gaara said...

aku nk jd anak murid ko la..boleh?haha

Long-K said...

Boleh blah...haha!