Tuesday, October 22, 2013

Bawa daku pergi, pacu laju-laju

Assalamualaikum...

Salam Maghrib

Selepas solat...mengaji sepam dua mukasurat, makan kek..gullpp gulllp minum air kosong...baca blog orang then time untuk blog aku. Ingatkan nak bercakap depan cermin aje tapi lama-lama mereng aku nanti. Tak baik-tak baik.

'pacu'
Perkataan neh betul-betul wat aku kecut. Kisahnya? Aku ni dah lama ada lesen kereta. Sejak 2008. Angkuh kalu cite depan anak-anak buah ni. Tapi haram tak penah bawa secara real. Real maksudnya macam Kimi Raikkonen tu. haha...


First kereta yang 'pacu', Proton Saga arwah ayah aku. Ingat lagi aku masa tu baru nak belajar pacu. Bawa ayah dan mak poie kebun gotah. Sampai jek kebun, ayah semput. Mana tak nya? Semua lobang aku hentam. Lopak, bumper...abeh di langgarnya.

Taubat! Lepas tu langsung aku tak usik kereta. Jadi penumpang kepada pemandu-pemandu tersayang.

2013, Oktober ni haa....baru 'pacu' betul-betul. Tapi tak mahir pun. Start Aidiladha hari tu. Kereta Myvi dan Naza Citra kakak-kakak aku. Automatik kot. Boleh la. Pacu setengah jalan poie Kuantan, poie raya sekitar kampung....dan poie kubur. haha...

Sekarang, kakak-kakak aku bagi peluang aku 'pacu' kereta tu kat UKM. Masa dari Pahang ke UKM, kak Ngah aku jea yang drive. Aku duk sebelah. Sebagai penumpang yang disayang :)
Buat masa sekarang aku 'pacu' dalam UKM aje. Paling buat aku kalut apabila nak 'parking'. Berpeluh dia, kalah 'bangla' yang pusing roti canai tue weh. Seram sejuk. Kang salah pusing, langgar kereta orang. Lambat masuk 'parking' orang hon.

Nak aje aku tampal kat belakang kereta aku tu, "SAYA BARU BAWA TAK SAMPAI DUA MINGGU banggg"..
Amacam? Membantu tak korang rasa....

Hikmahnya?
Aku terpaksa berani. Rezeki aku bukan pekerjaan dahulu tapi kereta. Terima kasih la buat kakak-kakak kesayangan aku. Tak kisah la kereta lama pun, janji aku dah tak payah susah-susah tunggu bas.

Cuma,
Aku tak ada satu kaki jek lagi. Kaki jalan, kaki redah dan kaki gelak. Ni dah jadi TIGA kaki kot..haha

p/s: Camne aku nak 'pacu' poie temuduga minggu depan neh?? Takut......

2 comments:

Gaara Kazekage said...

boleh pinjam tak?haahaha

Long-K said...

Boleh..tapi bawak la aku jalan-jalan. Main badminton ke, bosan ya amatttt ni haa...haha