Sunday, May 19, 2013

Kisah Kerja-Episod Cari Rumah Sewa


Assalamualaikum

Sebelum Asar, elok lah aku menulis di blog. Lagipun aku buka pesbuk pun, tah pape tujuannya.

Cari rumah sewa

Sekarang aku duduk dengan pelajar. Macam tong sampah sikit keadaannya. Budak-budak. Biasalah, jiwa tak kental ag. Amboi...macam la aku tua sangat kot. Cuma, aku nak korang-korang yang belum terjebak atau memang tak nak terjebak dengan gejala soSIAL tu, bersyukur :)
Bahawa korang di didik dengan baik oleh ibubapa. Berkawan pun dengan kawan yang baik lah! Kira, kita perlu bersyukur...Mudah-mudah terlindung dari malapetaka. Amin weh!

Episod cari rumah sewa dalam kalendar kehidupan ak sejak bekerja ni agak leceh.

Apehal? Kawan aku nie cerewet bagai haram. Kotor sikit tak leh. Berhabuk, dinding kotor. Macam-macam la. Semua yang dia cerewet tu wat aku pening. Sekarang? kalu dia wat camtu, dalam hati aku dah berkata dulu, 'Konpem, dia taknak rumah ni'.

Moral : Lu pikir la sendiri.

Sudah dua rumah dia tolak. Aku follow jea dia. Agpun takkan aku nak berpisah dengan dia lak. Kira macam tak besh la kan. Lagipun aku perlukan dia, sebagaimana dia perlukan aku. Maklumlah sama-sama baru nak menapak!

Dia memang takde pengalaman cari rumah sewa. Kalu bagi aku, kotor tu biasa lah. Kita cuci abis cerita. Kalu dia, tengok kontrak....janji, kawasan rumah, banyak hal!
Aku plak jenis ikut dan jea. Tengok kontrak, harga, rumah and ON! haha....

Akhir nya, baru kami jumpa rumah sewa terakhir.

Rumah ni dekat Melaka Mannipal Medical College. Bajet? Jalan kaki : 15 minit + naik bukit & jejantas weh! Harga RM300. Kira murah la...

Meh nk cite macam aku dapat rumah ni.

Di waktu petang yang panas! Berjalan dua ekor puteri.haha...mencari-cari tempat perteduhan yang baru. Apabila mahu menuruni kawasan pendudukan sebuah kampung. Semua mata-mata jejaka & bapak jejaka memandang ke arah ekor-ekor yang tak wujud tersebut. Ahhh...merepek lak!

Semua mata pandang aku dengan kawan aku ni. Yang penting budak muda yang baya-baya aku. Mahu tak mati sogan sorang-sorang kek situ! Tapi tah kenapa, kaki aku turun juga menurun bukit ke rumah mata-mata tersebut. Mungkin sebab jalannya curam. Kawan aku dah cakap, 'Kita naik balik lah Long!'. Tak sempat nak wat keputusan, rupa-rupanya aku dah sampai depan rumah tu.

Assalamualaikum kak, kat sini ada rumah kosong tak?

Hah! (bukan akak yang jawab, bapak...atuk akak tu yang jawab!)

Kebetulan budak rumah ni nak kuar bulan 5 ni. Leh la ko duduk. Tapi sape bayar deposit dulu dia lah yang dapat. Rumah kat sini panas. Ko blaja kat mana??

Urmmm...gulpp...gulpp. Malu siut. Kerja. Kat KYM. Lepas tue, kwn aku yang cakap pape hal. Aku diam jek. Sebab, aku kan slenge skit. Ble dia kata sewa RM 300, korang boleh bayar ke? Aku boleh tercengang. Sebab aku pk RM 700.  Lepas kawan aku setelkan, and borak-ing dengan atuk & pakcik-pakcik kat situ. Kami g tengok rumah. Kali ni makcik pulak yang bawa kan. Rumah ok la. Bagi aku sangat ok. Bagi kawan ak?? Tahla dia. Sebab sewa murah, dia nak kot...haha

Jadi, ak lega sebab tak jadi felo. Aku pemalas nak deal dengan masalah budak-budak ni. Aku sendiri pun suka cari masalah. Kan! haha...

Pastu, 'Ko jangan nak bawa lelaki pulak!!' sejibik pakcik tu bagi!

Ish pakcik ni, tak nampak ke muka aku ni macam anak Tok Imam! haha

Cari rumah sewa senang! Tapi nak cari rumah yang berJODOH dengan kita tu yang susah!
Amacam?? Nak cari lelaki yang baik pun senang! Tapi yang berJODOH dengan kita?? Belum tentu jumpa! Pehal ek aku petang-petang ni....

p/s: Terima Kasih Allah :)



No comments: