Saturday, December 31, 2011

Isu: Amaran kepada pelajar UPSI


Latest News
AMARAN KEPADA PELAJAR UPSI MENYERTAI PERHIMPUNAN DI UPSI PADA 31 DISEMBER 2011- 1 HB JANUARI 2012.

Pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran akan bertindak tegasterhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan di sekitar UPSI dan dalam UPSI pada 31 Disember 2011 hingga ke tengah malam 1 Januari 2012.

Sehubungan itu, semua pelajar UPSI dinasihatkan tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Sekian harap maklum.
--
Bahagian Perundangan Pelajar,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
News Type: Regular Posted By: Syamimah bt. Abdul Hamid Date Posted: 30 Dec 2011, 09:55:57 AM


AMARAN KEDUA
Latest News
NASIHAT MESRA DARIPADA TNC HEPA UPSI

Salam sahabat-sahabat saya mahasiswa UPSI yang saya hormati.
Pihak polis menasihatkan agar mahasiswa UPSI TIDAKmenyertai perhimpunan atau menghampirinya sekiranya berlangsung pada hari ini, malam ini, atau esok di UPSI.
Mulai hari ini banyak sekatan jalanraya (roadblock) dan pemeriksaan oleh pihak polis. HEPA juga menasihatkan agar sahabat-sahabat mahasiswa menjauhi perhimpunan tersebut samada di dalam kampus atau di luar kampus.
Terima kasih atas kerjasama sahabat-sahabat semua.Selamat mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan. Saya doakan kita semua berjaya dengan cemerlang.
Salam.
ACP/KS Dato' Paduka Dr Junaidy Abu Bakar
News Type: Regular Posted By: Mohammad Firdaus bin Zainun Date Posted: 31 Dec 2011, 10:17:50 AM



p/s: Teringin NAK tengok!...haha!

No comments: