Sunday, July 15, 2012

Klinik Cure & Care 1Malaysia

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh.

Hi peeppps!

Klinik Cure & Care 1 Malaysia??? Like This
Klinik Cure & Care 1Malaysia, yang merupakan pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih serta pengguna dadah dengan menggunakan pendekatan baru, menerima pengiktirafan pelbagai pihak peringkat antarabangsa.Klinik yang dilaksanakan bagi menggantikan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) itu berkonsepkan pusat pemulihan penagihan narkotik secara terbuka dan berfungsi sebagai hab untuk rawatan dan juga pusat rujukan bagi memenuhi keperluan penagih.  

Alhamdulillah...Kelmarin, ak berkesempatan untuk menghadiri Hari Keluarga Klinik Cure & Care.
Mesti korang wonder kan?? Camne ak leh tersesat masuk ke Klinik Cure & Care.

Let me 'stori2' ngan U alls! (Oh! My English....haha)
Aku dengan sepupu ak menjadi kumpulan sokongan kepada 'klien2' di sana.
So setelah dijemput menghadiri Hari Keluarga tersebut, maka peluang itu kami ambil sebaik yang mungkin.

Pukul 9.15 am, kami sampai kat sana.
Dorang tengah senamrobik...
Then, masa tue cuma ada 5 buah keluarga sahaja yang telah hadir sedangkan klien2 terdapat lebih 30 orang.
Kami berdua di 'paksa' terlibat dengan aktiviti tersebut sedangkan kami datang hanya untuk memberi sokongan kowt!haha....

Kami berdua bersama dengan klien2 sama2 meng'havoc'kan aktiviti tersebut.
Pada pandangan ak,
Klien2 tersebut sebenarnya sangat 'sihat'. Secara fizikal & mental jika mereka tidak terlibat dengan dadah. Mereka juga bukan insan yang tidak menghormati orang lain. Semasa aku di sana tiada sebarang usikan nakal walaupun mereka bermasalah. Mereka cuma tiada kekuatan untuk berubah. Mungkin terdapat sesetengah pendapat bahawa mereka yang mencari nahas untuk diri mereka. Yup! memang betul,,tetapi bagi klien yang mahu masuk ke Klinik Cure & Care yang berfungsi secara konsep terBUKA ini, menunjukkan bahawa mereka ada keinginan mahu BERUBAH. Pls! Masyarakat semua....buka ruang minda dan ruang hati korang, terima mereka dengan sebaik mungkin. Dekati mereka & nasihati mereka....InsyaAllah.

Bukan ap ak cakap benda alah nie,,
Setelah ak masuk ke Klinik tersebut & terlibat dengan aktiviti tersebut, jumpa klien2 & kumpulan sokongan yang lain, minda aku lebih terbuka....malah sangat menyayat hati :(
In d ends tue, pengacara majlis minta pendapat keluarga yang hadir. Ada seorang pakcik tue cakap, "Tahniah kerna berjaya membuat aktiviti seperti ini, tetapi saya berharap apabila pulang....."
Percakapan itu tersekat....kerna airmata pengharapan!
Namun pengacara majlis, mengulas bahawa setiap kuarga mahukan perubahan daripada klien2 di situ.
Dan melihat kepada keadaan tersebut, ak melihat klien2 tersebut ada yang mengangguk2 keazaman untuk berubah, menyahut sahutan 'InsyaAllah....
Sesungguhnya mereka mahu berubah, DOAkanlah untuk mereka kawan2....Kalau korang xleh jadi kumpulan sokongan macam ak, Sekurang2nya doa korang akan memberi pahala buat korang & jalan buat 'klien2' tersebut. Peace! :)

(Naim xbantu aku langsung!....)

(Muka belajar Ber'sosial')

p/s: Spread Ur L.O.V.E!!! 

No comments: