Monday, October 8, 2012

Nampak jernih tapi berlopak!

Assalamualaikum....
Hi beb!

"Masalahnya adalah mentaliti mereka walhal jalan penyelesaiannya dh ad depan mata mereka"

Selalu kita dengar 'orang' berkata seperti itu kan? Yang pastinya, termasuk juga lah aku....Memang betul dan benar bahawa 'orang' yg disebut melakukan hal demikian....

Natijahnya, mereka adalah 'orang2' yang sama....dari kita kecil sampailah dewasa, kita akan mendengar masalah yang sama...espeseli di kampung. Pemikiran mereka masih belum terbuka. Kenapa??
Hal demikian kerana "siapa" kawan mereka? Jiran yang berpuluh2 taun adalah orang yang sama. Kalau keluar pun, ke Pekan atau Bandar untuk beli barang keperluan or kehendak!

Perlu ke kita menyalahkan mereka? (jawab sendiri)
Namun, kenapa di sesetengah tempat, 'orang2' seperti boleh terbuka sedikit mindanya. Bak kata Omputih, dey become more Open-minded! Cuma kalau terlebih open-minded pun teruk jugak....huhu

Solusinya? Mentaliti kita juga perlu di ubah...Cari sedikit kebaikan dalam 'masalah' tersebut. Kita mencari kebaikan dalam masalah tersebut adalah kerana supaya kita menjumpai ruang untuk mendekati mereka. Salah kita selalu menuding jari bahawa jalan dah ad depan mata tapi xnampak! Betul x?? Kita nak lepas tangan supaya masalah tersebut dibiarkan kepada pihak lain.

Itulah kata2 anak perantau yang kononnya sudah belajar tinggi! NAMUN apabila balik kampung & bertemu dengan 'masalah' orang kampung, kita masih "budak" tadika yang tercari-cari mna satu A, B dan C.

Permasalahan 'orang' kampung adalah satu masalah kerana mentaliti mereka
TETAPI
Kenapa kita juga menambah 'masalah' orang kampung dengan mentaliti kita?

Mungkin sukar....namun kalau dapat mendekati seorang, i2 juga jalan....kadang2 xsemua orang diberi 'jalan'
Tugas kita, selain mendekati mereka, kita juga berhak mendoakan mereka!

Masalah dalaman sesebuah negara, negeri, bandar, pekan, kampung, keluarga atau persendirian xboleh dilihat dengan "mata kasar", kadang2 nampak jernih tetapi sebenarnya berlopak!

p/s: Dekati dengan cara menjadi contoh juga satu penyelesaian....InsyaAllah,,.apabila tulus mukadimahnya, pasti lurus jalannya, baik pula natijahnya :)



No comments: