Monday, November 22, 2010

FrOm d bOttOm of my brOken hEart Part II

Chong Wei putih mata

   CHONG Wei (kiri) meraikan kejayaan menang perak bersama (dari kiri) Lin Dan (pemenang emas), Chen Jin dan  Park Sung-Hwan   (pemenang gangsa) selepas upacara penyampaian pingat  badminton perseorangan lelaki di  Stadium Gimnasium  Tianhe,  malam tadi.
CHONG Wei (kiri) meraikan kejayaan menang perak bersama (dari kiri) Lin Dan (pemenang emas), Chen Jin dan Park Sung-Hwan (pemenang gangsa) selepas upacara penyampaian pingat badminton perseorangan lelaki di Stadium Gimnasium Tianhe, malam tadi.
Gagal akhiri penantian 40 tahun emas negara

PENANTIAN 40 tahun pingat emas acara perseorangan badminton di Sukan Asia masih tidak kesampaian apabila jaguh negara, Lee Chong Wei disekat juara Olimpik, Lin Dan dari China dalam pertarungan final, malam tadi.
Dengan rekod seimbang 1-1 tahun ini tetapi pemain ranking keempat dunia itu di depan 13-7 sepanjang kerjaya, Lin Dan yang mendapat sokongan padu peminat tempatan, nyata lebih unggul untuk menidakkan hasrat Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia dengan kemenangan 21-13, 15-21, 21-10 dalam tempoh sejam 12 minit.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas Sukan Asia ialah menerusi Datuk Punch Gunalan pada edisi 1970 di Bangkok manakala dua percubaan Rashid Sidek dan Chong Wei sendiri di Doha 2006 sebelum ini gagal. Kekalahan semalam turut menafikan sasaran dua emas kontinjen negara pada temasya ini, selepas beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut tewas di final, kelmarin.

Sejak awal set pertama, Lin Dan menguasai gelanggang mendahului 8-4 dan terus memastikan jurang 12-7, 19-12 sebelum menamatkan permainan dengan 21-13 dalam tempoh 27 minit.

Begitupun, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama, meningkatkan permainan pada set kedua mendahului 11-6, 17-12 dan 19-14 sebelum memastikan kemenangan 21-15 dalam tempoh 20 minit.

Pada set penentuan, Lin Dan kembali menguasai rentak awal dalam gelanggang menerusi pukulan rendah mengelirukan untuk mendahului 4-0 dan 8-1 sebelum menang 21-10.

p/s: kalah menang adat pertandingan,,,lupakan segalanya perlu start fOkus pd exam!! RED warning dh nie!!!!!!!!!!!!!!!!!








2 comments:

Unknown said...

sabar lah syg..nnti bl dia lawan balik dia menang lh pulok 2...hikhikhikhik..jgn t'lalu emosi...awk 2 "m'gandung buku"...huahuahuahuahu...along nih sempat ag even da 6paper..

Long-K said...

hua3
alg ad 4paper je la...hu3
pasni alg bc=)