Monday, January 24, 2011

Xkisahla Jaguh Super Siri pun,,,


CHONG WEI (berdiri kanan belakang) dan Taufik (kiri belakang) bergambar kenangan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (berdiri depan tiga dari kiri ) selepas majlis penyampaian hadiah. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (berdiri depan, tiga dari kanan).


KEJAYAAN merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 ternyata menjadi suntikan semangat buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei
Ini kerana, pemain ranking No. 1 dunia itu akan turun pula beraksi pada Siri Super Terbuka Korea Selatan bermula Selasa ini.
Semalam, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama Terbuka Malaysia tidak berdepan halangan untuk menundukkan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat 21-8, 21-17 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Selaku juara, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM91,800) manakala Taufik meraih AS$15,200 (RM46,512).
Ternyata, kemenangan yang dilakarkan Chong Wei itu dianggap sebagai motivasi terbaik buat pemain berusia 29 tahun itu sebelum beraksi pada Terbuka Korea Selatan yang menawarkan hadiah paling lumayan dalam kejohanan Siri Super.
Terbuka Korea Selatan menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya berjumlah AS$1.2 juta (RM3.6 juta).
"Saya harap, kejuaraan di sini (Malaysia) memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan kecemerlangan pada Terbuka Korea Selatan nanti," kata Chong Wei.
Bagaimanapun, laluan Chong Wei pada Terbuka Korea Selatan kali ini tidaklah semudah yang disangka apabila undian yang dikeluarkan tidak memihak kepada pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Pada aksi pusingan pertama, Chong Wei dijadual berdepan pemain Denmark, Jan Jorgesen.
Sekiranya menang dia perlu menentang sama ada pemain sensasi Korea Selatan, Park Sung-hwan atau Chen Jin dari China pada pusingan kedua.
Sekalipun laluan Chong Wei pada kejohanan tersebut dilihat penuh berliku namun pemain itu tetap optimis dengan peluangnya untuk menggenggam gelaran juara.

CHONG Wei (kanan) dan Taufik bangga dengan hadiah masing-masing selepas muncul juara dan naib juara Terbuka Malaysia yang berakhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.


"Memang undian tidak memihak kepada saya dan saya perlu berdepan pemain-pemain yang hebat pada pusingan awal.
"Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut.
"Apa yang penting, saya mahu fokus terhadap diri saya sendiri dahulu. Saya akan fikir satu demi satu perlawanan," jelas Chong Wei.
Chong Wei telah berlepas ke Korea Selatan lewat malam tadi.

The Malaysian Fans Rowkkk d stadium!!!!
 Fanatik fan Of BadmintOn,,,whO???

Nie tuala C.wei,,unfOrtunately,, dia baling xsmpi kt aku,,,hu3

p/s: next time need 2 spend mOney on premium seat plak,,hahahha

4 comments:

KhAiReDzAiMy said...

pi sorang ke... ajak abby pi tgok badminton skali ke... hu,, hu...

Fanatik giler...

Long-K said...

xla,,,g ngn bdk umh
gurlzzz hangOUT only=)

Che Ss Says said...

huhuhu...caya la...beh giler...tgk orang 2....

Long-K said...

saba,,tgk org yg mna 2???haahah
c.wei in heart!!!4eva!!!