Sunday, April 8, 2012

Petua Mencuci Hati


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf ianya perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa) nk minta maap bkn senang_nk jmp kt akhirat nti k??baik jgn la yeee.....

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.(tp klau ptptn xdpt ag xyah la yeee)

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama( kwn ngn 4S pn ap salahnyeee)

15) Berkawan dengan orang miskin (buat kte insaf)

16) Pesan pada orang lain, jadi baik n kte sama2 bbuat kbaikan

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

P/s: sesungguhnya kwn2, klau kte niat utk bbuat baik...insyaAllah. Berubahlah walau hny sebesar zarah....yg baik 2 dr Allah n yg buruk 2 dtgnye dr c penulis dengan izin Allah juga ^_*...huhuu

2 comments:

casandra said...

subhat tu ape wani?? still byak lg mnda su kena bljr sikit dmia sedikit..huhu

Long-K said...

so nk tau lbh lanjut leh link k blog nie..
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/11/jauhi-perkara-syubhah.html