Saturday, February 2, 2013

Aku dah agak!

Assalamualaikum...
Wassup?

Tengah makan petang ke? Agak-agak la tak ajak aku! Seyes majuk :)
Haha....

Aku dah agak!

Aku balik kampung, Khamis malam Jumaat sampai. Tak paham ayat nie sudah! haha...
Sampai aje pakcik-pakcik & my 'Mak' masa amik aku pada hari kejadian.
"Jadi cikgu ke awak nie? Ngajar mana? Sabah Sarawak?" Ke jadi penganggur jek...

Aku dah agak! Memang aku dah agak! Ayat nie akan terkeluar macam aku taip keypad nie.
Seyes, Aku memang dah agak!
Jawapan aku? Tak kot menganggur jek takpun jual-jual kat Pasar Malam. Tah dari mana datangnya ayat tue. Aku banyak sangat baca blog sengal kot. Ayat pun macam endah tak endah jek. Aku ingat nak jawab camni 'Keje saya mengumpat, mengata & mengutuk orang jek kot'. Amacam?? Ada berani cakap kat Bapak sedara camtu?? Ada kena makan pelempang bukan lempeng!

Aku dah agak!

Hai, ingatkan dah sombong...
Tengok! Aku dah agak dah! Memang dah agak!
Itu kes sebab aku salam lambat. Tempat tue sempit takkan aku nak langgar barang-barang hanya untuk salam kowt. Itu Cikgu weyh, kalau penoreh getah tah apa yang dikatakan pada aku!. 

Aku takde la amik hal sangat. CUMA aku dah agak! Ayat & kata-kata dorang tue macam dah bese.

Aku dah agak, jadi penganggur nie macam beban sikit. Tapi janji parents & famili korang paham usaha yang korang buat, so semua kata-kata tue, Tarak hal punya!

Lepas nie aku agak orang akan tanya aku 'Bila aku nak kawin'....haha

p/s: Alhamdulillah kak Ngah aku dah selamat 'operation' nya & another 'operation' untuk Abang Teh aku juga selamat hendaknya....amin3

Aku dah agak! Korang rindu aku kan?? plis la kan :)

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....doakan ngah cepat sembuh....Dan sihat walfiat ....utk beramal ibadat. Soalan cepu emas tu...kena jwab mcm "Retis" No komen...hahahahahahah

Che Ss Says said...

sabar ajerk la...mulut orang bukan boleh ditutup....insyaALLAH ada rzeki Allah dah aturkan untuk kita...

pada kak ngah semga cepat sembuh...
n abg teh selamt mnjalani pembedahn,,,,

luv u n mis u LK!!

Long-K said...

Mamahayyu : In sha Allah

Che : Maceh :)