Tuesday, April 26, 2011

LCW 'Kacang Lupakan Kulit'???

Chong Wei, Misbun 'lain macam'
Berita Harian, 2011/04/26

pix_gal0
APAKAH Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek mungkin sudah 'berpatah arang berkerat rotan' pada saat ini?

Pepatah Melayu ini tampak sesuai buat menggambarkan situasi pertemuan kali pertama jaguh badminton dunia itu dengan Misbun yang dipertemukan dalam majlis penganugerahan sukan anjuran sebuah stesen televisyen swasta, kelmarin.
Misbun yang membuat kemunculan sulung di khalayak ramai selepas ‘bersembunyi’ sejak menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember 2010 tetap bersikap ‘mendiamkan diri’ selepas ditawarkan kontrak baru membimbing skuad pelapis.
Tambahan, ragam Chong Wei yang langsung tidak berbual mahu pun bersalaman dengan bekas jurulatihnya itu diperhatikan kumpulan wartawan yang membuat liputan, termasuk jurugambar yang menanti peluang merakamkan detik penting kedua-dua mereka berbual atau pun berpelukan secara dekat.

Ketika ditanya kenapa dia tidak menyarungkan jaket kepada Misbun ketika berlangsung acara di atas pentas kelmarin, Chong Wei yang kelihatan tergesa-gesa mahu meninggalkan majlis itu untuk berlepas ke New Delhi bagi Terbuka India hanya berkata: “Semua penganjur yang aturkan.
 
p/s: Nampaknya konsep 1Malaysia Xberjaya!!! Skunk LCW vs MISBUN,,,^_*

No comments: