Saturday, March 26, 2011

n3 yang UNpredictable BUT meaningFUL

Friday, March 25, 2011
Aku sebenarnya ada "musuh" kat dalam dunia blogging ni. Memang "musuh" ketat. Siapa agak-agaknya "musuh" ketat aku ni kan?OK, hari ni aku introduce aku punya "musuh". Orang yang bertuah jadi "musuh" ketat aku ialah cik Long Kang.

Siapa beliau ni?Ok jom aku citer siapa dia ni yang sebenarnye.

______________________________________


Beliau ialah seorang student di UPSI, mengambil kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Ijazah). So beliau akan menjadi seorang Cikgu Tadika atau pun jika beliau mahu menubuhkan Tadika beliau sendiri, maka beliau akan menjadi seorang CEO di tadika beliau. Beliau juga merupakan bekas pelajar IIC yang mengambil kos Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak(Diploma). Ini bermakna beliau dan aku satu tempat belajar dahulu.

Walau pun satu tempat belajar masa kat IIC dulu. Aku dan dia tak penah bertegur sapa sebab kami "musuh" ketat. Masing-masing suka wat hal sendiri. Tapi yang wat kan aku pelik, macam mana aku boleh jadi team mates dia dalam acara badminton untuk IIC team kat Kedah dulu? Pelik betul. Padahal kami memang "musuh".

Beliau juga seorang yang peminat No 1 Lee Chong Wei. Korang cakap je pasal Lee Chong Wei, aku gerenti dia tau. Tapi dia punye feberet player tetap susah nak tewaskan player feberet aku iaitu LIN DAN.
_________________________________________


Ok cukup introduction pasal "musuh" aku tu. Sebab aku nak ucapkan terima kasih kat dia sebab bagi aku satu lagu yang amat best iaitu SKA SEMUT HITAM. Macam tau-tau je aku suka lagu-lagu SKA. Lagi-lagi MODERN SKA. Memang aku layan habis.

Thanks banyak-banyak kat ko Cik Long Kang sebab bagi aku lagu yang best untuk didengar. At least boleh aku topup lagu-lagu yang ada kat dalam MP3 aku untuk didengar di atas motor.hahaha

Aku rasa cukup sampai disini sahaja entri kali ini. Sekian.....

__________________________________________

Gaara: Kita tengok nnt LCW ko boleh menang Gold Medal utk Olimpik 2012 ke tak?hahaha


P/S
* 1st n3 yg 'orang lain' cte ttg ak espeseli 'musuh' lak 2,,,tQ pakcik!!!^_* 
* Feel free 2 'singgah' his blog http://kingdjango.blogspot.com

No comments: