Saturday, March 5, 2011

Rahsia Awak Bukan Hak Milik Saya

Nada: Marah dalam kesedihan???
Suara Latar: Ct Haliza & KD~Lagu: Ammarah
Amaran : Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia,,,Xsesuai untuk ibu2 mengandung ~peace!!!~

Rahsia awak bukan rahsia saya.
Saya marah sebab rahsia awak menunjukkan saya tidak penting bagi awak.
Rahsia awak menyebabkan keyakinan saya pudar.
Rahsia awak buat saya rasa pengalaman awak jauh berbeza dari saya.

Rahsia Awak bukan rahsia saya.
Saya geram sebab rahsia awak membuatkan awak melupakan saya.
Rahsia awak menyebabkan saya kehilangan awak.
Rahsia awak buat saya rasa ingin berundur dari setiap kenangan yang kita cipta.

Rahsia saya bukan rahsia awak.
Awak pasti marah sebab saya juga ada rahsia.
Rahsia saya menyebabkan jurang antara kita makin besar.
Rahsia saya buat awak rasa hilang sabar.

Rahsia awak bukan hak milik saya.
Rahsia saya juga bukan hak milik awak.
Saya hormati rahsia awak sepertimana saya mahu awak hormati rahsia saya.
Jika saya xberitahu tentang rahsia saya.
Bukan bermakna saya TAKKAN beritahu.
Saya hanya memerlukan masa dan peluang.
Kerana awak dan saya bagai langit dan bumi, bagai Enggang dan Pipit....

TETAPI hari ini,,,
saya cuma nak beritahu bahawa Rahsia Awak membawa kesedihan pada saya.
Rahsia Awak menutup Rahsia Saya.....

TAMAT

p/s: Nukilan ini hanya boleh d'layan' di sini ^_*

No comments: