Saturday, January 28, 2012

Ex-Pengalaman VS Pengalaman

Ex-pengalaman nie bukan nak wat kita membenci macam kita selalu wat kat ex-ex-ex boyfrienz kita. haha! Tetapi ex-pengalaman nie mungkin boleh membantu kita menyelesaikan masalah2 @ perkara2 yang bakal berlaku pada masa mendatang.

Okeh! cukup dengan deklamasi definisi ex-pengalaman berdasarkan Kamus Long-Kang.

Disebabkan ak akan ber'pengalaman' sekali ag dengan budak2 tadika & taska & pekerja2 serta cara2 birokrasi pentadbiran sistem tadika,,ia seakan memanggil ak bercerita tentang EX-pengalaman ak d beberapa buah tadika!

Ex-Pengalaman 1 :

Tempat : Tadika Sri Pinang, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Tahun : 2007 atau 2008 (xbape nk ingt...)

Pada masa tersebut, umur ak baru 20-an kot..haha! Apa sahaja yang ak kena wat, ak amik sebagai satu tugasan la, agpun ad markah beb. Praktikal jugak! Masa nie ak blaja kat IIC dalam DICE (Diploma in Islamic Early Childhood)...
Kerana terpaksa Ku melangkah pergi...huhu (alamak ternyanyi lak aii).
Ex-pengalaman nya,,masa ak kena observe bdk2 taska...terkejut ak sebabnya penjaga2 saja2 jek marah2 then  pujuk balik...then wat ag benda yang sama! Letih2 ak melihatnya...malah sedih skali:'(
Macam mendera mental budak2 tue,,padahal dorang baru 1-2 tahun kowt! Budak2 tu punya takut sampai duduk sederet jek kat tepi tingkap,,xd sape2 pun berani nak main....cian2!
Penjaga2 budak2 dah la duk sebilik ngan ak,,mulut manis siut! Sebab masa tu ak pendiam..haha! Sebab g tempat orang kan,,,ak diam la. Takde masa nak bising2 sebab nti ak lak kena buli ag teruk dr budak2 tue. Then kalau kat tadika,,ak okay jea sebab cikgu2 tu kebanyakan nya dah kawin malah leh jadi kawan ag. Cuma yang sama umur lak nak jadikan ak 'musuh'. Pehal pun ak tarak tau beb!!
Sebelum ak abeh praktikal, dorang dulu yang benti sbb dapat tawaran lain....
Pada suatu malam berbuka puasa, first day pose ak rasa....ak pun senyum, borak2 kiranya meraikan dorang la...ad sorang pekerja baru tue pun join skali. Haziq anak owner tadika tu, suka sangat kat ak....tunjuk gambar2 dia, so ak layan la. Suami Kak Su tu pun agak sporting gak...


Sebelum ak balik dh nak raya tue,,,budak baru tu baru cte!
Wni,,,
Sebenarnya Kak Su ad tanya, "Wni okay k x kat sini??"....
Uiksss...terkejut ak
Budak tu kata : Ak okay jea...yela, ak xcmpur hal dia jangan dia pandai2 lak kan! haha...
Rupa2nya : Penjaga2 budak taska tu kutuk ak kat Kak Su, kata ak nie xmasak! Siut jek,,ap kaitan masak ngan praktikal,,,Ak makan ikut lauk tadika tue, klau dorang masak kira advantage la kan! agpun xsuruh pun ak masak & ag satu ak keja kat Tadika,,balik umah dah pukul 7malam.....ak balik ingt nak tdo jea kowt! 
Ble dah dengar cm2, macam menyampah beb! Nasib Kak Su xterpengaruh...kalau x konpem failed praktikum ak ms tue!
Tapi dorang nie,,depan ak xtunjuk langsung..memang talam dua muka, Nasib masa tue ak bukan seperti hari ini....kalau tak mesti ad adegan 'tarik2 rambut'..hahha

p/s: Kali pertama kena tikam dari belakang! cian ak,,,haha!

Ex-Pengalaman 2 :

Tempat : Taska ap tah, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Tahun : 2008

Yang nie, ak xingat nama tadika sebab sebulan jek ak keja. Ak keja sebab minta2 nak masuk U xdapat kan,,,Ownernya seorang Tuan Haji. Okeh! Orangnya baik,,dia nak belajar ilmu yang dapat dari IIC, so ak tolong ap yang patut la.
Budak2 pun okeh, ad satu budak nie..umur dalam setahun lebih. so dia xbese ag nak join budak2 2tahun ke atas. Asik2 nangis...xleh nak berpisah ngan mak dia. Pastu penjaga2 nie xmau la rapat sangat ngan dia, konon nak ajar budak tu berdikari. Setahun lebih nak berdikari cmne?? kan? Agpun dia baru jea masuk taska tue. Ak mula2 xlayan la budak tu sebab dorang kata biar jea nangis nanti dia bese la. Dah nangis sampai kuar urat biru kat mata pun xkan xkena pujuk kowt. 
So ak wat berani la, amik budak tu jaga dia...pas2 dorang lepas tangan. Siap ap kes budak 2 wat, cth cm wat susu or tdo, ak yang kena. Tapi ble ak yang jaga budak 2 macam dh rasa bonding attachment ngan ak, so xsusah langsung ak deal ngan dia. Cuma mula2 dia nak tdo dlu, kena peluk xleh berpisah...ad satu kali tu, dia dh lena ak tdo kan, so ak wat la tugas ak yang lain, basuh botol susu sebanyak 30 botol beb,,kecut2 tangan nie, pas2 tu budak tu terjaga, tengok ak xd dia nangis! 
Pas2, ad k ak kena marah...& budak tu dikurung dalam bilik yang dia tdo 2 sambil terjerit2 menangis..cian siut! Ak pun cepat2 basuh botol 2, & diam kan dia....cian weyh! Masa ak tepuk2 dia tdo, ak ap ag....menangis teresak2 gak la,,,sedih weyh! Kalau anak ak kena wat cmnie, cmne la agaknya kan?


PAs2, ak kena buli x dtinggalkan makanan tengahari. Dah la malam xd makanan dsediakan. Kalau ad ayam, memang xkan ad la kowt, atau ayam tu macam dh dsentuh orang kira macam lbh2 orang la. Disebabkan keja kat c2, ak jadi suka makan tempe sehingga la ke hari nie sbb tempe jea yg dorg tinggalkn utk ak, & ak kena gastrik & demam seminggu......Ni yang paling teruk ak kena!
MAk ak suh benti, tapi ak cakap cian kat Tuan Haji tue sebab dah percaya ak...Bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang kan?
Lastly, ak benti gak sebab TERIMA tawaran UPSI....

p/s: Kalau xkena BULI masa nie,,,ak mungkin xdapat rasa nikmat tempe....haha!

Xtuali, ad ag satu Ex-pengalaman 3 kat tadika or taska nie,,,tapi penat la nak ingt balik,,,haha!

So, Ex-pengalaman mengajar kita erti kemanusiaan,,,erti kesakitan & kasih sayang....Bukan keburukan jea yang dapat, malah kebaikan yang dapat juga banyak!....Keep Ur Faith!!^_* Stay Strong!hehe

No comments: