Saturday, January 26, 2013

'Move on or move aside maybe move along'

Assalamualaikum...w.b.t
11.51 am jam lappy aku menceritakan sedikit kegelisahan tuannya...who?

'Move on'
Menurut kamus Lk (2013), kalau tak silap aku 'move on' bermaksud teruskan or 'non-stop' :)
Rasanya betul lah kan...haha
Banyak orang kata, xpayah la nak tunjuk-tunjuk status geram or marah or tak puas hati kat fesbuk, gila banyak punya or.....Jadi, aku nak cite sikit kegelisahan 'tuan' tersebut di blog jek! Maklum la, blog nie xbanyak peminat & kalau yang ada pun, orang-orang kanan jek. Salute!
Kegelisahan apa? Kadang-kadang, rasa hidup 'selepas' tamat pengajian macam tak move on. Macam tak ada arah tujuan. LOST!
Walaupun, masih sibuk dengan urusan kertas kerja PHd pensyarah aku nie,,, tapi 'stress' memikirkan apa aku nak buat pada masa hadapan, kerja apa yang aku dapat, peluang bagaimana lagi yang perlu direbut...Soalan-soalan tersebut asyik berputar-putar WALAUPUN konklusinya akan di akhir dengan begini :
"Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita kan.... Rezeki tue kadang-kadang lambat tapi berbaloi, Kalau tak dapat kat sini mungkin ia tidak baik buat kita. Lihat pada hikmah bukan bencana"...

See?? Itu lah rahsia pemujuk hati yang keluar dari mulut sendiri, mulut kawan-kawan, mulut Bonda, mulut kekanda....& mulut si Dia.

Sebenarnya, hidup masih BELUM move on. Titipan doa & solat mohon dimurahkan rezeki,,,
Bagaimana kita mahu mencari hikmah disebalik belum move on ini?? Ustaz Pahrol dalam penulisannya selalu buat aku berfikir perkara di sebaliknya. Sampai hari ini, haru biru hotak aku memikirkan hikmah belum move on ini. Pity her! Her is mine! Cian aku la tu wooiii....adehh!


'Move aside'
Menurut kamus kembar Lk (2013) jugak, move aside nie macam bagi laluan kat orang lain. yea ke dak nie?? ahaks
Laluan pertama bukan untuk aku kot. Tempat tue bukan jugak untuk aku. Orang tu jugak tak berjodoh dengan aku kot. So masak la aku, kalau aku nak jugak masuk ke tempat yang bukan HAK MILIK aku. Nanti tak pasal-pasal, orang kata ' Hidung tak mancung! Pipi tersorong-sorong".
Oleh itu, tak salah aku bagi laluan pada mereka dulu sebab laluan aku belum tiba masanya. Macam naik flight. Opps sori, aku belum pernah naik flight, so kita guna tren jela ek. Kenapa kita perlu naik tren orang lain, kalau sesat barat nanti camne? Tak ke naye gak nanti. Lebih baik tunggu & bertafakur :) sehingga 'tren' itu tiba & selamat sampai ke destinasinya.
Move aside lepas tue amik balik pun boleh. Serah saja kepada Yang Maha Berkuasa. Jangan jadi Believer sahaja. Percaya yang membuta tuli la katakan. Keyakinan kepada rezeki orang lain juga adalah kebahagian bagi kehidupan kita bersama.

'Move along'
Hat nie koi malas la nak terang lebih-lebih.
Hat = yang/hal
Koi = saya/aku
(Perghh cakap Pahang pulok)
Move along dengan harapan. Mungkin bersama-sama teman seperjuangan sama ada dalam doa, atau pertempuran yang baru. Orang kata 'Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh' atau 'United we Stand Devided We Fall' laa kan...
Atau pun mungkin kena berpindah-randah dua tiga kali. So kali ini, aku move along dengan barang-barang keperluan aku yang banyak & messy itu! Sangat menyampah untuk kemas barang. The 'habuk' develops d resdung. omg! Teruk nya bahasa aku.

Okeh la,, cite move move move tue dah TAMAT.

In Sha Allah, dapat jadi pensyarah... korang rasa aku bersedia ke?? ok, ok...aku tak tanya korang. Aku tanya diri aku sebenarnya..
Preparation aku di tahap mana, pandangan orang lain pulak? & potensi aku macam mana? Arrgghhh!
Mulut banyak tapi akal tak guna...worthless!
So bak kata orang biar 'Diam-diam ubi berisi'. Asyik kata orang jek kan! Positif! Apa sahaja yang positif kita serap, yang  negatif bukan buang tetapi ada tapisannya. Buat macam sempadan. Maybe jambatan pun boleh but bukan jam***. Oppss!

Isu yang ter'move' pulak.
Ini satu hal lagi. Isu sambung belajar. Bonda seyes suruh sambung terus. Aku? Tak ada masalah. Cuma, aku harap boleh kerja & sambung. y? may I keep d reason for myself only, please :)
Cuma itu perancangan aku, Perancangan Allah S.W.T siapa kan tahu??

p/s: Yang baik datang dari Allah & yang buruk datang dari kata-kata aku sendiri dengan Izin Allah juga. Maap semua! :)

Okeh, aku nak move pi rehat jap! adios...

3 comments:

Gaara Kazekage said...

perghh jadi lecturer...tahniah!

H.Wni said...

Weyh! lom la...belum MOVE ag!
Tapi doa2 kan la...he~

Che Ss Says said...

saya setuju.... man jadda wa jadaa