Saturday, March 29, 2014

O Allah


O Allah. Anak muda ini dengan rendah hati mohon kekuatan. ketabahan. dan kesabaran.

O Allah. Anak muda dengan rendah hati mohon ketenangan walau dihimpit kesulitan.

Anak muda mohon tunjukkan kemampuan dalam menghadapi ujian.

O Allah. Hentikan tangisan anak muda ini di hadapan anak muda lain.

O Allah. Anak muda ini akan berlari bersama kekeliruan. Aku menghayati keindahan dalam kegusaran.

O Allah. Anak muda ini melihat masa tuanya ketika memerhati anak-anak kecil.

O Allah. Anak muda ini mohon istirehat. Anak muda ini berputus asa. Jelas anak muda ini telah berputus asa.

O Allah. Di kala berputus asa. Anak muda ini masih berdoa. Kerana anak muda ini Islam bukan pada nama.


                                                                                            Anak muda....

Sunday, March 23, 2014

Momen-momen

Assalamualaikum...

Pernah rasa dunia korang macam berhenti sekejap.
Itu aku panggil momen-momen.

Oleh sebab sekarang aku dah mula keja dari pagi sampai ke petang. Pemikiran aku selalu melayang dan kelaut. Mungkin juga asik pk MH370. Yela...MH370 dah jadi asgmt aku utk subjek Psikologi Kemahiran Berfikir. Adeh :/

Memang aku selalu kelaut, ke hutan pun.... i mean pemikiran la.

Satu kali tu,
Budak-budak tengah makan, makcik kantin pasang lagu lama....sampai budak-budak leh angkat-angkat bahu. Masa tu la momen-momen bermula. Macam dunia berhenti jap, dengan seruan angin....fuuuuhhh fuuuhhh

Sekali, air tumpah! kacau-kacau.

Dua kali pula,
time nak g jog. Macam la aku joging sangat. Kahkahkah. Besa kalu g jog, tingkap bukak. Dengan lagu lite.fm yang mendayu-dayu tue. Kawan aku nyanyi la ala-ala Whitney HAUSton. Masa tu aku rasa bukan dekat trek tapi kat sebuah pulau. Suara kawan aku yang asik nyanyi seakan senyap dan aku berlari-larian sambil menutup enjin kereta.

Woi along!

Kacau-kacau. Memang kacau la kawan aku ni.

"Tingkap tak tutup!"

Allah...terpaksa la idupkan enjin semula dan berlari-lari anak. Kahkahkah.

Tiga kali pula,
Aku kat kafe Keris Mas. Memang selalu lepak sini. Sambil tungu kengkawan beli makan. Mereka ni memang  leceh bab makan. Nak sedap, murah, banyak pilihan. Lebih 10 minit kalu aku tunggu.haha. Masa tu, dalam kesibukan budak-budak degree main masterchef....

Aku rasa macam aku pergi tengok konsert FT masa kat UPSI dulu. Suasana tue. Ohsem. Jerit-jerit dan nyanyi-nyanyi walau suara aku kalah FT lah!

"Tengok lelaki lah tue"

Kaget aku!

Dorang ni ingat aku ni playgirl ke, hah? Aishh....otak aku boleh rehat walau orang bising. Tak tengok sangat dah lelaki-lelaki bawah umur ni beb, banyak komitmen lain lah.

Tgk tu tengok jugak....ssshhhh, jangan gitau sape-sape.

Tapi momen-momen always make me feel 'slenge'. Sebenarnya ia diibarat aku termenung dan memberhentikan keadaan masa, malah membayangkan apa yang aku mahu.

Life will stop at the moment we died. Then continued in hereafter. hehe.

F.A.I.T.H

Sunday, March 9, 2014

Pray

Assalamualaikum..

Malaysians was been shocked by news for MH370's missing...


p/s: Please don't manipulate the news and lets keep praying for the best.... InshaAllah

Friday, March 7, 2014

Rutin Harian

Assalamualaikum..

Lama dah tak wat n3 yang macam gegurls sket.

Cerita tentang rutin. My lately routine.
Hari Isnin hingga Khamis, aku selalunya lepak library pagi. Petang, keja. 2 jam sahaja.

Petang Khamis, hidup aku agak khaos sket. Kawan-kawan tumpang bilik. Korang bayangkan 4 orang satu bilik, macam kenduri beb. Tapi as usual, syok ah! Borak-borak, lepas segala cite.

Khamis malam, kelas! Kelas ni boleh buat aku berpinar mata. Its psychology. Tapi syok gak sebab buat dalam bilik meeting & d lecturer is ohsem. Bukan nak bodek pun, he is knowledgeable and experienced. Sempoi and caring! Kelas tue dalam 21 orang sahaja. And my team mate pun nice!

Jumaat pagi or Sabtu pagi,
Yang ni aku boleh pilih. Kelas isu. Tipical sket. Tapi atas penyampaian lecturer. Untuk pagi tadi, aku tak ngantuk. Seyes! Macam pelik. heheheh.

Jumaat petang...
Kelas ini thrill sangat. Kelas tutorial yang pertama tadi dah kena sembur!. Tapi mathematic & statistic is ohsem. Rasa bangga dapat buat latihan. Kahkahkah.

Walaupun aku mahu fokus belajar tapi aku mahu still chill. Tak mahu kalut sangat. Tapi rutin kali ini padat sikit sebab dah bekerja part-time. Dan kena perah tenaga & otak bekerja dengan orang. malangnya orang buat tak paham masalah orang lain. Bagi pelempang sedas dua kat orang tu please! hahah!

Tapi, cite kawan aku lagi tragis. Dah keja hampir 3bulan, baru dapat RM100. Apa cite? Orang profesional tau yang lakukan jenayah tue!

K, tak mahu cakap banyak...buku 'lejen' aku masih belum terusik ag. hikhik

p/s: Keyword : Rajin Raju!

Tuesday, March 4, 2014

Jauh Dekat

Assalamualaikum...

So phenomenal dengan keadaan bumi sekarang ini. Cuaca panas, hujan kejap-kejap. Kontroversi pihak atasan. Dan reformasi gaji yang tak dapat-dapat.

Let it go. The time will pass. Be positive. Ruang positif yang banyak kosong dalam otak harus dipenuhkan.

Jauh Dekat.

Tadi baru 'skype' dengan seorang sahabat. She agreed when I said 'Dulu duduk jauh, berkomunikasi secara jauh terasa dekat TETAPI sekarang duduk dekat malangnya terasa jauh'.

She said, my theory can be used to those who went through this feeling.

Korang tak setuju? Gila aku kisah...memang tak lah :p

Uolls penah rasa? Jangan ingat duduk jauh jek terasa jauh, duduk dekat pun macam tak kenal.
Demit! Ini propaganda ke apa? Atau apartheid? Aku kulit gelap ke? or pilih kasih?

Kalu duduk jauh terasa jauh, i think its normal.
Kalu duduk dekat rasa jauh, its phenomenal.
Really!

And apa uolls akan buat?
Biarkan? Simpan? Atau luahkan?

Kalu bagi iolls la kan, aku akan buang jauh-jauh.
Sejauh mana orang dekat buat aku rasa jauh, aku akan jauhkan orang yang dekat tersebut.

See?
I talked about 'seseorang', someone. Kau rasa cili? harap tak makan pedas.

No la, aku cakap pada orang yang aku sayang supaya even kau, Oppa...duduk jauh dari aku pun hopefully every single minute kau ingat tuhan. Bukan ingat aku. Yang jaga kau bukan aku, tapi tuhan KITA.

Siapa orang yang aku sayang tue, hopefully kau bangun dan sedar bahawa kau ada aku, yang bukan sekadar ditakdirkan tuhan untuk datang sekejap-kejap, tapi aku boleh datang kerap dalam hidup kau.

Kiranya...jika tuhan izinkan.

p/s: Aku terpengaruh dengan novel lejen! Kau BABI...tunggu lah aku beli kau nanti! iamlejen


Sunday, March 2, 2014

I am human, you?


I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one
I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am


I can do it
I can do it
I can do it


[Chorus]
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human


[Verse 2]
I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If that's what you need
Be your everything


I can do it
I can do it
I'll get through it


[Chorus]
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
"Cause I'm only human, yeah


[Bridge]
I'm only human
I'm only human
Just a little human


I can take so much
Till I've had enough


[Chorus]
'Cause I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human, yeah

p/s:  Jar of heart from this girl, now its time for 'human'....

Wednesday, February 26, 2014

Surat untuk Bonda

Assalamualaikum..

Ini mungkin surat terakhir aku dibulan Febuari. Memang niat aku nak jadikan bulan Feb sebagai bulan surat instead of 'bulan cinta'...

Kehadapan my lejen mak, lately aku selalu sangat sakit. Demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Pakej free. Ditambah dengan cuaca 'gering' ni, kepala pening. pusing dan bagaikan nak pitam. Semua ada. Aku memang jangka mak akan risau. And risau dia tahap paras kolesterol tinggi. heh :p

Aku tahu mana-mana mak pun akan risau kalu anaknya demam. Espeseli anak yang last-last ni :p. To mak, aku oke. Walau demam kelas dan kerja aku tak ponteng pun. Bertahan habis. Sampai peluh kering. Tapi malam airmata jatuh jugak sebab sakit :/

Even aku cakap kat mak jangan risau, tapi memang demam aku sejak dua menjak ni susah nak kebah. Tahap selsema tu mesti sampai ke tulang. Seharian keja aku asik baring. Walhal dah poie klinik. Macam-macam ubat doktor bagi. Dulu, makan panadol jek dah baik, sekarang antibodi dah lembik kot. aiiyak!

Lagi satu, to my lejen mak...jangan risau kalu aku tak makan. Kadang-kadang memang aku taknak makan, kadang-kadang....urmm...biasalah. Jadi, mak jangan risau. Anak mak oke. Masih machoo ag. hehe.

See? Baru aku nak happy ending kan blog ni mak call, tanya dah sihat ke belum. Aku jawab slow and steady, I'm ur daughter la mak. Gagah di luar Gigih di dalam. Ceh :p (Jangan meluat dengan ayat tue)

To mak, jaga kesihatan diri. Aku sentiasa doakan mak sempat terima pengorbanan aku pula. Walau takkan dapat ku bayar susu ibu. Aku, anak mak akan sentiasa sedekahkan al-fatihah untuk mak. Lebiu mak, jantung hatiku.

p/s: Health is wealth. So take care buddy!

Monday, February 17, 2014

Surat untuk Chinta

Surat untuk Chinta

Kehadapan Chinta,

Surat ini aku titipkan tatkala terlalu banyak sangat aduan tentangmu, Chinta. Kadang-kadang boleh jadi serba salah kerana kau Chinta! Kadang-kala ada orang yang hilang munasabah kerana Chinta. Jangan aku pula yang hilang sabar kerana kau, Chinta.

Okey, maapkan aku kerana ter'emosi' sekejap. Aku seperti kaunselor cinta yang disoal tentang Chinta. Ada yang menangis dan ada tertekan. Kerana kaulah Chinta. Aku? nak nasihatkan pengalaman gila cetek. 

Meh aku cerita sket tentang masalah Chinta ni. Ada yang dipaksa bercinta, ada yang suka bercinta tapi tiada haluan, ada yang mempermainkan cinta dan ada yang putus cinta. 

Okey, akhirnya aku hanya memberi jawapan cinta lah pada Cinta Abadi, nescaya akan memperoleh cinta duniawi. Aku akan beri jawapan yang realistik sebab aku bukan dalam keadaan Chinta. Jadi maap kan aku kalu kasar dalam jawapannya.

Chinta, aku harap kau lebih 'lembut' dengan sang pencinta.

p/s: Listen to Lite.fm boleh dengar lagu cinta jenjaman kecik dulu.haha

Sunday, February 16, 2014

Surat untuk Ayahanda


Assalamualaikum...

Kehadapan Ayahanda,

Anakandamu minta maaf masa kecik-kecik dulu selalu main kat tanah sampai taknak balik. Selalu melawan cakap. Tapi anakanda mu ini manja...kan? Ayah. O Ayah, aku tak penah rasa kau tiada dalam kehidupanku. Pergi mana-mana sahaja, aku kaitkan aku dengan kamu. Ayah jangan risau, aku akan membesar dan men'tua' dengan baik. Mudah-mudahan aku pembawa manfaat untukmu.

Kadang-kala aku jatuh Ayah, aku takkan bimbang kerana aku yakin tuhan aku dan kamu adalah sama. Tuhan kita akan jaga hubungan kita. Mudah-mudahan aku menjaga agama kita sebaiknya kerana aku mahu berjumpa denganmu Ayah. Aku jarang melawat Ayah sebab sekarang aku jarang balik kampung. Tapi sedikit pun aku tidak melupakan Ayah dalam doaku dan al-Fatihahku.

Ayah, aku nak bagitahu...aku akan melepasi rintangan ini antara sebabnya adalah nasihat dan tunjuk ajar Ayah. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih masukkan aku ke sekolah agama, Ayah, aku anakmu yang paling tak cantik tapi aku nak jadi anakmu yang paling baik. Ayah kau tatang aku ibarat permata, aku harap aku boleh jadi permata untukmu kelak.

Ayah, mak banyak berkorban untuk aku. Kalau Ayah ada mungkin mak kuat tapi cinta mak pada Ayah kerana Allah. InshaAllah, mak dan ayah akan berjumpa kelak di sana. Aku doakan. Ayah, aku juga belajar tentang cinta melalui mak. Mak pemalu orangnya, Ayah pendiam pula orangnya...Mak ajar aku supaya memberi. Ayah pula orang yang sama. Ayah tinggalkan harta untuk kami meneruskan kehidupan. Dan harta yang paling utama adalah didikan yang Ayah berikan.

Ayah, bila aku aku tengok ayah orang lain...aku teringat kat Ayah. Tapi terubat juga rindu aku pada Ayah. Ayah dulu aku lupa nak peluk-peluk cium Ayah. Seingat aku, bila aku masuk asrama, aku mula cium pipi Ayah. Masa tu aku puas hati sangat. Bila naik keta, Ayah suka borak ngan aku. Aku kan 'tembey' suka nanges-nanges dalam keta. Ayah, aku gila rindu saat tu. Kadang-kadang bila terlalu pk kan masalah, aku nyaris jatuh dalam tandas. Aku cuai juga kadang-kadang Ayah. Kadang-kadang Ayah, aku pergi kerja dengan mata merah sebab menanges. Tapi tak ada orang yang perasan, sebab mereka bukan Ayah. Betul, kadang-kadang aku memerlukan bahu Ayah, tangan kasar Ayah untuk lap airmata. Tapi aku minta, tuhan keringkan airmata kesedihan dan kepahitan ini. Ayah, kita patut berterima kasih pada tuhan. Terima kasih Allah.

Ayah, aku bakal meneruskan kehidupan. Aku tak harap Ayah disisi. Tapi aku harap aku berada disisi Ayah kelak. I do love you. Dunia akhirat, you d only Ayah that i waiting for. Ayah, jaga diri...anakanda mu ini milik tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Mohon doakan agar aku makin dekat kepada Maha Pencipta.

p/s: Surat untuk Ayah Husin. Al-Fatihah.

Sunday, February 2, 2014

Letter to Cik Long Kang


Letter to Cik Long Kang
Kehadapan Cik Long Kang,

Sihat? Sejak beberapa bulan ni ko pasti kurang sihat kan? Berat badan macam mana? Aku syak mungkin menurun. Walau apa pun, ko kan nak kurus ;p. Jaga kesihatan fizikal, mental dan rohani. Maap lah Cik LK, aku kuat membebel seperti ko jugak.

    Macamana? Dah dapat kerja? Owh besa lah, ini soalan yang sama semua orang akan tanya. Lagipun, ko dah tamat pengajian ijazah kan? Aku harap ko tak malu walau tiada kerja tetap lagi. Kalu lah iman di ukur mengikut ada kerja tetap, gaji tinggi, rupa badan macam Jessica Alba....nampaknya kurang lah iman kita. Namun tidak, iman tidak di ukur sebegitu. Allah Maha Adil. Alamak! Bebel lagi kat ko Cik LK.

    Bila ko nak datang melawat pakcik makcik & kawan-kawan ko? Atau orang-orang yang pernah sentuh hati kecil ko? Kalu ada kesempatan, datang lah melawat mereka. Jangan lupa pada mereka. Lagi satu Cik LK, kalu ada kawan-kawan yang pernah buat ko kecik hati, maapkan mereka. Jangan simpan dalam hati. Sekarang, mesti ko dah jumpa banyak teman baru kan? Pandai-pandailah ko bawa diri.

    Aku tengok ko ni kadang-kadang tutup aurat, kadang-kadang 'longgar sket'. Harap lepas ini ko istiqamah dalam berjihad. Usia ko pun bukan muda lagi. Jangan mencari cinta fitrah, lebih baik mencari cinta abadi. Solat jaga. Kalu boleh solatlah di awal waktu, takpun gi jemaah dekat mana-mana surau or masjid. Aku yakin ko boleh. 

    Hah! Aku dengar ko terer bawa keta? Ko rempit eh? Kat highway ko hentam 100km lebih-lebih. Jangan Cik LK, ko budak baru. Bawa slow-slow, kang kena saman padan muka. Tapi baguslah ko dah boleh bawa keta, senang sket....tak perlu suruh orang amik dan hantar ko lagi. Yelah, ko kan duduk pedalaman. Bas awam takde, teksi lak mahal sangat. Aku yakin lepas ni, orang lain dah boleh harapkan ko ;)

   Lagi satu, aku dengar ko dapat keja sementara kat Tunas Permata UKM? Alhamdulillah. Tak perlu lah ko nak 'ikat' selera ko pasni. Lepas lah untuk duit belanja ko. Tapi jaga-jaga, jangan boros! hehe. Apa-apa hal pun, jadi lah seseorang yang menghormati orang lain. Senyum, jangan kedekut! ;p
Aku dengar ko suka Joo Won. Mamat korea tuh? Kata tak suka orang jambu! Make-up tebal kot mamat korea tuh. Aku harap lepas ni selera ko pergi lah kat Beto Khusyairi ke, Remy? Oh tak tak...jangan LCW! Udah-udah lah suka kat suami orang. Heh! ;p

   Akhir sekali, aku nak tanya....kawan-kawan ko hampir kesemuanya dah nak kawin dan dah berkahwin. Ko?? ko? ko bila lagi? Aku tau mesti ko akan bagi jawapan ni 'Tolonglah carikan'. Betul tak?? Haha...sebab ko dapat nasihat dari Aunti Halizah kan. Kan? Betul, ingat senang nak cari imam. Dan imam pun bukan senang nak cari makmum. urrmmm. Apsal lak aku yang mengeluh yea Cik LK. Oklah, sayang diri ko dulu, jaga diri ko dulu....belajar untuk sarjana ni jangan main-main sangat. Lebiu till jannah ;)

p/s: