Sunday, October 16, 2011

kakak kakak,,,panggil Si Kecil

Semalam aku pergi Politeknik Seberang Prai, bersama 4orang lagi kawan-kawan aku. 'Keberangkatan' kami ke sana kerana ingin menyaksikan pementasan Drama Tari 'Mayang Sari' oleh pelajar-pelajar politeknik tersebut dibawah anjuran Minor teater kot. Aku pun tak pasti siapa yang anjurkan. Asalkan tak kena bayar apa-apa, aku ikut sahaja. Bayar untuk perut sendiri, okay la kan???

Di persinggahan R & R Tapah......

Selapas siap Solat,, aku memulakan rutin biasa, 'touch-up touch-up' sikit, lilit belit tudung Shawl sikit.....
& akhirnya aku melangkah ke tepi untuk memakai stokin'

"Kakak-kakak, kakak pun pakai stokin'???, tegur Si Kecil dengan ramahnya.

"Aha, kakak pakai stokin', balas aku sambil memandang wajah Si Kecil.

"Kakak pakai stokin' sebab nak solat yea???, dia meneruskan persoalan.

"Aha, tapi stokin' pun boleh pakai untuk jalan-jalan", jelas aku.
(Di sini dalam hati aku niatkan supaya adik tu faham, tutupla aurat walau menggunakan apa kaedah sekalipun)

Walau si Kecil tu mungkin tak faham tentang aurat namun dia sudah faham stokin' boleh dipakai untuk solat (dlm menjaga aurat Wanita)

Kami berdua diam sebentar, Si Kecil sibuk bermain dengan permainannya, manakala aku masih lagi menyarung stokin' ...

"Adik nanti bila dah besar nak pakai stokin' tak, macam ibu???, kebetulan aku lihat ibunya memakai stokin' untuk solat.

"Nak....," jawab Si Kecil sambil mengangguk.

"Bye,,,,," akhiri aku sewaktu melangkah keluar dari surau tersebut.


Walaupun perbualan tue hanya sebentar,,tetapi aku rasa aku akan ingat selama2nya..insyaAllah

p/s: Sucinya hati anak-anak kecil nie,,,umpama kain putih, & ibubapa lah pencorak utama masa depannya=))




p/s 2: Aku cuba menjadi penulis yang 'formal' tapi macam kaku jekkk,,,hhahaha



4 comments:

Anonymous said...

kakak dpt email saya x?,..opah_kechik nk perkenal kan diri,..huhu

Long-K said...

Xdapat pun,,,

Anonymous said...

ada la,..opah_kechik email kt dunk_kungfu@hotmail.com,..huhu

Long-K said...

owh emel 2 xle bukak,,,soli,,pehal opah_kechik nie brahsia sgt???? nak kena ekk!!!