Tuesday, November 15, 2011

Badminton : SEA GAMES


TeRKiNI :BaDMinToN BeRPaSuKaN LeLaKi AkHiR SuKaN SEA 2011 InDoNeSiA

Asssalamualaikum..

Kepada sesiapa yang ada sakit jantung tak patut tengok perlawanan bergu 
antara Malaysia dan Indonesia tadi sebabnya, saya sendiri yang takde 
penyakit ni pun berdebar macam nak putus jantung. Tak senang duduk 
dibuatnya sewaktu menyaksikan perlawanan tadi apatah lagi setelah 
menyaksikan gelagat melampau yang ditunjukkan oleh penyokong/penonton 
Indonesia. Geram sungguh! 

Namun pasangan baru bergu negara Lim Khim Wah dan Goh Wei Shem 
layak diberi pujian kerana kekentalan mental mereka mampu menahan 
asakan jerit pekik/ejekan penyokong Indonesia seterusnya berjaya 
menumpaskan pasangan Indonesia yang berada di ranking ke 6 dunia 
dengan  kemenangan  21-18,15-21,25-23 . Sekurang-kurangnya 
semangat juang dan kemenangan mereka telah membuatkan 
penyokong Indonesia terdiam sebentar.

Dengan kemenangan dalan game ke dua tadi sedikit sebanyak 
telah menaikkan semangat pasukan negara setelah 
Liew Darren kalah kepada Simon Santoso dalam perseorangan 
pertama dengan mata 20-22, 21-12 .

Namun begitu, kemenangan  straight set Tommy Sugianto 
ke atas Mohd Arif Latif  dalam game yang ke tiga telah 
meletakkan Indonesia di depan dengan kedudukan 2-I.  
Mungkinkah Malaysia masih ada harapan untuk mendapatkan
 pingat emas dalam acara badminton ini? Atau, 
kita bakal keciwa lagi??? Rasanya..macam tu la..

p/s: Kita KALAH okehh!!!.....
kalau LCW da retired nti,,ak nk jd BIG FAN sape lak????aiiiyo0oo,,,

No comments: