Sunday, November 20, 2011

Lagi kekalahan Lee Chong Wei


Lin Dan sekat Chong Wei di Hong Kong



JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) gagal mara ke final Kejohanan Terbuka Hong Kong selepas tewas 16-21, 14-21 kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China semalam.
Pada aksi separuh akhir tersebut, Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia terpaksa akur dengan ketangkasan pemain pilihan ketiga dunia itu sebelum kalah dalam masa 46 minit.
Sebelum ini, Chong Wei menempah slot ke final selepas menewaskan pemain India, Ajay Jayaram 21-16, 21-13 pada perlawanan suku akhir kelmarin.
Manakala Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 mara selepas menumpaskan Shon Wan Ho dari Korea Selatan, 21-15, 21-18.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam, pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China tewas 21-14, 21-18 kepada rakan senegara, Chen Jin yang juga pemain pilihan kelima.
Ini bermakna, Lin Dan akan bertemu rakan senegara, Chen Jin pada final yang akan berlangsung hari ini.
p/s: Beter LCW & senior team main kat SEA games,,leh tambah koleksi pingat & habuan ag!!!,,,,haha!!

2 comments:

Encik Gaara said...

hero aku menang..LCW hampeh!haha!

Long-K said...

hampeh pun hampeh la,,,
ak tetap sayang LCW....haha